Pages

Saturday, February 16, 2013

Penang Road & Sup Hameed


Assalam...



Balik jer dari makan pasembor kat Padang Kota, sampai hotel dalam pukul 9 malam..
Rest sekejap, mandi solat lepas tu sy pon memulakan aktiviti malam dengan jalan2 sekitar hotel..




Hotel ni memang klasik habis..
Katanya dibina sejak tahun 1951 lagi..
Sebelum merdeka tu...
Tengok lantai pon dah tau kan..
Kat belakang hotel ni ada kubur kristian..
Sy tengok sekali jer, lepas tu sy tak pegi belakang dah..
Sy pon taknak berfikiran negatif, dahla ada anak kecik, mengandung pulak tu..
Tapi alhamdulillah, sepanjang 3 hari tak ada apa2 yang buruk berlaku pon..


Tapi bila balik office, ada pulak cerita kononnya ada yang jumpa rambut panjang dalam bilik air walaupun sebelum tu dah check bilik air memang clean and clear..
Lepas tu ada yang dapat misscall tengah2 malam..
Wahhh, misteri betul..
Betul ke tak, wallahualam sebab bukan sy yang mengalaminya..
So far sy, Kereta Standard dan Qayyum baik2 sahaja sepanjang menginap kat hotel tu..




Dalam pukul 10 macam tu, kitorang pon ronda2 kat sekitar2 tu..
Rasanya semua jalan ni adalah Penang Road..




Sebenarnya, tak ada apa yang menarik sangat pon..
Kawasan sekitar ni penuh dengan pub jer..
Mula2 macam pelik la jugak rasa, dahla jalan2 malam2..pakai tudung pulak tu, bawak anak lagi tapi meronda kat kawasan pub..
Yang dipenuhi dengan manusia2 yang sedang minum tettt...


Tapi PEDULIKAN semua, anggap jelah diri tu macam pelancong kan..
Bukannya diorang cam pon muka kita..
Buat bodo sudehh..




Gi mana2 memang sentiasa dengan stroller, bukannya apa..budak Qayyum ni memang malas nak jalan sendiri..
Kesudahannya nanti kene dukung jugak, nak jalan jauh2 mana larat nak dukung dia jer, dahla berat..dekat 15kg..
Kalau jalan sendiri pulak ntah kemana2 hala ntah jalan tu..
Tu yang kitorang angkut jer stroller dia walau kemana pergi pon..senang..









Siap boleh tengok live band dari luar..
Seksi dan seksa...hehe




Dah penat jalan, duduk sekejap..
Lepas tu sambung jalan semula..




Dah penat bejalan sakan, ada pulak yang rasa lapar lagi..
Singgah kat kedai mamak ni..
Kat sebelah hotel jer..
Restoren mamak ni buka 24jam..




Sampai2 jer, rupanya kawan2 yang lain dah sampai lagi awal..
Tapi diorang ni memang lepak kat situ jer, tak gi ronda jalan2 pon..
So, kitorang pon join the group..




Katanya sup kat sini sangat famous..
Bekas PM pon dulu pernah makan sup kat sini..ada gambar sebagai bukti..
Sy yang mula2 macam masih kenyang pon order jugak satu..
Ni semua Kereta Standard punyer pasal..ingat nak share jer sup dengan dia jer..
Tapi, dia sungguh tamak haloba nak makan sorang2 tak nak kongsi2..
Kereta Standard order sup kambing, sy pulak order sup ayam jer..boleh suap Qayyum sekali..
Sup ni makan dengan roti..




Sup dia memang sedap dan terbaik..
Semangkuk RM4, roti harga asing..
Qayyum pon kemain gembira mencicah roti dalam sup tu..
Kita suapkan dia taknak pulak..nak makan sendiri..




Walaupun dah lewat malam tapi gerai sup ni penuh dengan pelanggan..
Maknanya memang famousla kan..
Tapi tak heran sangatla ramai orang sebab sup dia pon memang meletop..
Semua makan sampai licin mangkuk tu..





Penuh dengan orang..
Nak duduk pon xder tempat dah..
Kitorang ni terpaksa berhimpit2 dua meja jer..




Lepas jer makan, sy pon dah tak larat nak melepak lama2..
Penat..kaki pon sakit seharian asik jalan jer..
Naik bilik, basuh kaki terus tidur..


Ni baru first day kat Penang, ada lagi 2 hari lagi..
Perlu tidur dan rest yang cukup sebab esoknya nak gi jalan2 lagi..


Nanti sy update lagi..
Thanks sudi baca..



No comments:

Post a Comment