Pages

Saturday, February 23, 2013

Marrybrown Fun Time @ Temerloh


Assalamualaikum..


Ni cerita last weekend punyer...
Last week kan sy balik Temerloh untuk monthly check-up..
Tapi mak mertua ai tak masak kat rumah..
Jadi haruslah satu hari tu kitorang makan luar sahaja..




Tapi sebenarnya, makan luar pon boring jugak..
Sebab jenuhla pikir nak makan ap?nak makan kat mana?
Pikir punyer pikir..
Kereta standard decide kita makan dekat Marrybrown sahaja..
Bagi sy, mana2 tempat makan pon ok..
Tekak tak mengada2 pon..so layan jelah makan kat mana2 pon..


Marrybrown Temerloh ni kira baru jugakla..
Buka awal sikit jer dr Mc'Donald Temerloh tu..
Kitorang tak pernah lagi lepak makan kat sini, tapi haritu dah pernah beli tapau sekali..







Yang paling penting kat dalam ni ada playground..
Qayyum seronok berganda-ganda..
Memula main sorang2 jer, lepas tu ramaila pulak yang datang main sekali..
Sorryla, kualiti gambar tidak memuaskan..blur sket sebab salah setting..
Tapi nak letak jugak dalam blog sebab dah xder gambar lain..
Hehehe..




Bila tengok ada ramai budak2 dalam ni, sy biarkan jer dia main..
Tapi sambil tengok2 la kot2 jatuh ker, melalak ker apa kan..




Sy suruh kereta standard beli Tower Burger ni..
Nanti sy nak rasa dia punyer..
Tapi untuk diri sendiri sy order Fish n Chip..
Sebab apa, hari2 nampak kat big three sebelum Genting Sempah tu sebesar2 alam Tower Burger ni..
Macam sedap jek kan..






Tapi biasa la iklan kan, marketing strategy mesti baik punya..
Takderla besar dan tinggi mana pon..
Kemain dalam gambar semuanya melimpah keluar dr burger tapi nan hadoo..
Indah khabar dr rupa jek..
Ceh..






Lepas jer habis makan, kereta standart tak puas hati dengan sy..
Dia bising2 kata tak kenyang..
'Ni awakla punyer pasal ni, sy nak order ayam tp awak suruh order burger"..
"Sy tak kenyang tau tak"...
Pulak dah..salah sy pulak..
Lepas tu sy suruhla dia order ayam goreng tu, tp taknakla pulak..




Yang ni sy punyer..Fish n Chip..
First time rasa ni..
Kereta standard pon makan jugak..tiba2 dia cakap..
"Apasal ada rasa kunyit kuat sangat kat mayonis dia ni?"..
"Tak sedapla"..
 Ceh, banyak songeh betulla lelaki ini...
Pada tekak sy ok jer..




Untuk Qayyum beli smiley potato ni jer..
Sy panggil kentang comel...




Muka gembira makan tengahari..
Air mesti tukar air milo..dah lama kot sy dengan kereta standard tak minum air gas..
Kalau makan fast food mesti nak tukar air milo or ribena..




Sambil makan sambil memantau si budak Qayyum tu kat dalam playground..
Memula ada empat orang budak..
Tiba2 tinggal 2 orang budak jer..
Yang lain mak diorang dah hambat keluar ajak makan..



Tiba2..
Kereta standard jengil2 biji mata..
Dia kata ada budak cina tu main sepak2 kepala Qayyum..
Lepas tu dia baling bola pulak dekat Qayyum..
Terusla kereta standard ambik..


Kereta standard kata kat budak cina tu
"Jangan buat macam ni, dia kecik lagi la"..
Boleh pulak dia jawap.."dia yang mulakan"
Suka hati jer, padahal td tengok Qayyum elok jer main sorang2..takde kacau budak2 lain pon..
Budak tu dah besar, dah sekolah rasanya maybe standard one or two..
Memang dasar.....
Bapak dia kat meja sebelah kitorang jer..




Memula angkat Qayyum dia melalak la jugak sebab nak main lagi..
Bagi kentang comel dengan air milo barulah senyap..




Ramai orang kata Qayyum sebijik muka bapak dia..
Boolat..
Kulit pon sama kaler jugak..hehe..


Dah habis makan, masuk dalam kereta pon kereta standard masih bising2..
Tak puas hati lagi kat anak cina tadi sebab main sepak2 kepala..
Takpelah..lepas ni ajar Qayyum tomoi supaya boleh balas kalau kene buli..



Terima kasih sudi baca..
Bye..



No comments:

Post a Comment