Pages

Monday, February 4, 2013

Kuih Balungan Ayam


Assalamualaikum...


Last two weeks masa balik Sg Besar, mak sy buat kuih ni..
Ini kuih orang BANJAR, namanya kuih BALUNGAN HAYAM...
Kalau bahasa melayu, kuih balung ayam..
Ala macam kuih koci jer, tapi cara lipat daun pisang tu jer yang lain sikit...


Bahan2 (adunan tepung)

Tepung pulut
Air pandan
Garam


Inti

Kelapa parut
Gula merah
Gula Pasir
Isi durian


Daun pisang
Minyak masak untuk sapu daun pisang



1. Mula-mula sapu daun pisang dengan minyak untuk elakkan tepung melekat..



2. Ambik sejemput, agak2la saiz nak besar mana..letak kat tengah2 daun pisang..
Jangan besar2 sangat sudah, takut tak muat pulak daun pisang tu..



 3. Buat macam gambar di bawah..
Lebarkan dia jadi bentuk bulat..
Qayyum pon masa ni kemain sibuk nak menguli tepung jugak..
Yang tak menahan tu, dia boleh suap masuk mulut plak tepung mentah tu..haishh budak tu kan..kacau jer lebih..



4. Letakkan inti..agak2 jer..



 5. Lipatkan daun pisang sehingga hujung tepung melekat..



6. Lepas tu lipatkan macam bentuk bumbung rumah tu...
Ada sesetengah orang tu buat, dia gunting bentuk separa bulat..tapi mak sy selalu buat bentuk macam ni jer..



 7. Lepas tu kukus dalam 15 minit..



Tadaaaah..dah boleh makan..
Wangi jer sebab masih panas..


Sy pon baru tu la nak menolong mak buat kuihnyer...
Selama hari sebelum ni takder pon nak nolong..hehe..
Sy makan dalam 3 ketul jer..intinyer manis sangat..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..


No comments:

Post a Comment