Pages

Tuesday, February 19, 2013

26 Weeks - Uri Masih Di Bawah




Assalamualaikum...



Hari Sabtu lepas buat monthly checkup dekat Klinik Sulaiman, Temerloh..
Sy memang buat checkup kat sana since pregnant Qayyum lagi..lagipun dah biasa dengan doc kat sana..
Nama doc tu Dr. Wan Rusmini..sangatla peramah dan baik orangnya..
Dah dua kali sebenarnya check-up dgn doc lain, tp kali ni dapat Dr Rusmini on duty..


Mula2 excited nak tau jantina baby..boy ke girl..
Last check-up baby menyongsang so tak nampak..
Tapi...bila doc scan kata uri masih kat bawah dan menutup jalan keluar, terus rasa cuak..
Last month punyer checkup pon sama uri dekat bawah tapi mungkin baru 5 bulan so Dr. Rosnah tak kata apa2..tapi kali ni doc agak risau sebab kedudukan bayi masih melintang..kepala dia kat sebelah kiri dan kedudukan uri tu masih tak naik2..Dr. Rusmini minta follow-up scan lagi 2 minggu, masa tu kandungan dah capai 28 minggu....


Dr. Rusmini minta jangan angkat berat2, terutama si dak Qayyum tu..jangan banyak sangat bergerak dan banyakkan rest..moga2 lagi 2 minggu scan, uri akan naik..
Memang tak dapatla nak berehat banyak2..sy ni dah la gi keje naik bus, turun bus naik lrt pulak, lepas tu nak menapak lagi sampai office..cemana nak buat jangan banyak bergerak sangat..


Lepas tu doc kata bila berlaku pendarahan cepat2 pergi hospital..
Bila dengar jer macam tu lagilah cuak habis..
Bila sy tanya apa yg menyebabkan uri tu berada kat bawah, doc pon tak dapat nak explain..
Urine test menunjukkan ada darah walaupun sy tak nampak..so memang doc mintak sy extra carefull..


Balik jer rumah sy terus google, ramai jugak ibu2 hamil yang mengalami masalah uri di bawah.
Then sy dapat info seperti di bawah..
Selepas 28 minggu, jika kedudukan uri masih di bawah ia di namakan "placenta previa"..
Tajuk wanita berisiko tu yg buat sy lebih cuak..


Apa itu plasenta previa, dan adakah kerap berlaku?

Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.


Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.

 

Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?

Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.

Lesley, seorang ibu BabyCentre UK, menjalankan imbasan pada minggu ke-16, dan ini menunjukkan yang plasentanya berada dekat dengan serviks. Doktornya tidak begitu bimbang, jadi Lesley meneruskan kehidupannya yang sibuk. Dia pergi untuk percutian berkhemah dan membuat perjalanan ke negara Jerman.

Imbasan seterusnya pada minggu ke-28 menunjukkan yang plasenta Lesley sememangnya menutupi serviksnya. "Doktor saya lebih bimbang dan berwaspada pada kali ini," kata Lesley, "dan meminta saya supaya memaklumkan dia dengan serta merta jika berlakunya sebarang perdarahan." Dia juga dinasihatkan supaya jangan terlalu aktif dan supaya banyak berehat untuk mengurangkan risiko perdarahan. Dia tahu yang bayinya perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

 

Apakah rupa plasenta previa?

 

Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?

Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.

 

Bagaimana untuk menangani plasenta previa?

Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat. Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah.

Lesley mengalami episod perdarahan pertamanya pada minggu ke-32 – kehilangan darah adalah seakan-akan kedatangan haid. Dia disuruh supaya berehat dengan tenang di rumah, tetapi, empat hari selepas itu, dia mengalami perdarahan yang lebih banyak dan dimasukkan ke hospital selama lima hari sebelum dibenarkan balik ke rumah semula.

"Saya dibenarkan pulang hanya sebab suami saya bekerja di rumah," kata Lesley.
"Kalau tidak, saya mungkin diperlukan duduk di hospital sehingga habis tempoh kehamilan." Lesley telah diberikan suntikan steroid untuk membantu paru-paru bayi matang sekiranya ia dilahirkan awal.

Dia masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan caesarean pada minggu ke-36. Anaknya dilahirkan dalam keadaan sihat. Lesley kehilangan darah sedikit semasa pembedahan dan memerlukan transfusi darah selepas itu. Dia pulih sembuh sepenuhnya.


Sy jugak baca tentang petua untuk menaikkan uri..
Harap2, lg 2 minggu uri akan naik dan kedudukan baby akan normal..


PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Sumber : http://purple-sakura5.blogspot.com/2012/01/petua-menaikkan-uri.html



4 comments:

  1. Thanks for the info. Sangat berguna buat ibu hamil macam saya. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian maklumat ini

    ReplyDelete
  3. Tq...saya akan cuba...sbb sya dlm keadaan bgitu

    ReplyDelete
  4. Tmksh bnyk2 atas info anda..anak saya mgalami masaalah ini...

    ReplyDelete