Pages

Tuesday, January 8, 2013

Buah MENCEPU


Assalamualaikum..


Kelmarin cuti sabtu ahad aktiviti kitorang adalah balik Temerlove...
Masa melawat wan belah abah kereta standard, wan dia hidangla buah ni...
Maka TERBATAK la sy sekejap sebab tak pernah jumpa buah ni..haha
Nama dia pon cam pelik sket, buah MENCEPU...
Tak tau la kat tempat lain ada ke tak tapi yang pasti kt selangor memang takde...




Disebabkan buah ni agak unik dan susah dijumpai maka sy pon beria lah ambik gambar bagai..hahaha..
Rupa dia macam buah manggis cuma KECIK sket & warna OREN..
Macam pessimon pon ada jugak kan..
Mari kita tengok demo cara-cara nak makan buah ni daripada wan kereta standard..



Haa, ni lah wan kereta standard..nenek belah abah dia..
Nenek sebelah mak dia baru meninggal seminggu lepas..
Nasib baik sempat melawat masa sebelum meninggal..cuma masa meninggal tu jer kitorang xsempat nak balik sebab masa tu ada kat Skudai..nanti sy update entry cerita pasal Skudai la yer..

Wan kereta standard ni masih sihat lagi..
Tapi sihat2 orang tua la..dah dekat 80 tahun umur dia..
Buah ni ada cara nak makan dia tau..




Memula kene kopek kat tampuk atas dia tu..
Lepas tu masukkan garam kat tengah2 tu..
Buah ni bergetah, jadi fungsi garam tu untuk keluarkan getah dia la..
Tapi bukan buat magic tau tetiba keluar gelang getah pulak..



Kene tunggu sekejap untuk proses menyahgetah..
(wah..tetiba terasa giler urban menggunakan perkataan menyahgetah..)haha..
Lepas tu bolehla kopek dan makan ..
Isi dalam dia ada ulas2 macam buah limau tu & ada biji kecik..
Rasanya masam2 manis..
Sy rasa sebijik jer..
Sebab bergetah macam kita baru lepas kopek cempedak tu..
Giler kuat getah dia, tak padan dengan kecik buah mencepu ni..
Dah rasa sebijik, malas nak makan dah..

Kereta standard pon tak pernah jumpa buah ni..
Ceh, nama jer orang kampung..tapi baru tau jugak..



Masa hari ahad tu kitorang jalan2 kat PEKAN SARI Temerloh..
Tetiba terjumpa plak orang jual buah ni..
Selonggok RM3..mahal jugak ek..
Tapi makcik yang jual tu kata kalau ambik gambar dia cas RM10...
Hehe..dia gurau jer..
Tengok2 jer, xbeli pon...



Sekian..


2 comments:

  1. lamanya tak makan buah mencepu ni...dl kat kampung banyakla, sekarang takde dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker yan, aku pon baru tau pasal buah ni..rasa pon sebiji jer aritu..

      Delete