Pages

Tuesday, September 15, 2015

Serangan Chicken Pox


Assalam..


Hadoiii..
Cerita sedih ni..
Kalau budak2 jer yg kene chicken pox sy takdelah nak sedih sangat..
Tapi dengan sy sekali berjangkit chicken pox..
Nanges...



Sebelum tu Qayyum yg kene chicken pox.
Tapi xdelah naik banyak sangat..Jangkit kat sekolah rasanya sebab sebelum tu ada classmate  Qayyum yg dah kene..
Mc seminggu jugakla Qayyum tu, Anaz pon naik jugak 3-4 biji..


Since first day terus gi klinik dan doktor bagi anti virus.
Bila makan ubat, chicken pox terus stop..
Ingatkan dah takdelah dah, dah baik kot..


Tak sangka lepas 2 minggu, lepas cuti hari merdeka hari tu Anaz demam..
Kebetulan baru jer lepas kenduri kawin pak long budak2 ni..
Bila dah demam hari selasa tu sy urgentla..
Tp xsangka Anaz kene chicken pox pulak..
Yang paling terkejut bila masuk bilik air tengok2 badan sy penuh bintik2 berair...
Anaz naik xbanyak sangat masa first day tu, yang sy pulak dah penuh kat badan..


Dr first day, dah sakit2 badan..berdenyut2..
Pergi panel klinik, doktor just bagi ubat demam dan ubat sapu jer sebab pregnant.
Stress betul..sampai petang tu sy dah rasa macam sesak nafas pon ada..
Dia punyer sakit tu rasa macam nak mati pon ada jugak..


Malam tu laki bawak gi Hospital Bentong, menunggu nak jumpa doktor jer dah dekat sejam setengah..
Stress giler, kiter dah la sakitkan..time tu la ramai orang pulak tambah slow lagi..
Jumpa doktor, kene ambik darah and scan..
Baby ok jer..
Kita risau jugak takut apa2 jadi..
Doktor kata ok2 jer tapi kene scan 3D nak tengok kulit baby takut berparut jugak..
Doktor Hospital Bentong tu refer doktor lain dr Hospital Temerloh..
Dia dah pasang benda alah yg jarum tu kat tangan siap2..
Kalau perlu, awarded katanya..
Adalah dalam setengah jam tunggu utk dapat result darah..nasib baik result darah ok dan tak perlu warded..
Lega..


Sesak nafas dan sakit dada katanya simptom biasa kalau chicken pox menyerang orang dewasa..
Dah lama tak sakit so sy rasa memang stress giler..
Lagi2 kene chicken pox pulak..
Mak sy kata masa kecik2 sy dah penah kene.
Orang kata akan kene sekali jer seumur hidup, ni apehal pulak kene lagi neh..


Qayyum dengan kereta standard ok2 jer..
Takdelah jangkit.


Tapi kesian kat Anaz, gi klinik kat Bentong semua xde anti-virus tu..
Stok yg sebelum ni boleh tertinggak plak kat umah pak long diorang kat Cyberjaya..
So xdelah makan ubat..
Yang paling risau demam dia memang on-off..
Malam2 kene stanby ubat demam yang masuk bontot tu sebab bila malam jer dia akan start demam..
Siang ok la pulak..
Seminggu jugakla dia demam malam..


Kesian kitorang, anak beranak berbintat-bintat..
Hahaha..sampai kepala2 pon penuh dengan chicken pox jugak tau..
Yang sy memang sakit, malam tak boleh tidur lena sebab sakit kat kepala..
Tapi sekarang alhamdulillah dah baik dah, cuma kesan tinggalan sejarah yang tak hilang..hehe


Hari ke-3 lepas kene chicken pox tu kitorang balik Temerloh nak gi klinik Sulaiman..
Doktor sambung mc sy lagi seminggu..
Tapi anti-virus habis stock la pulak..
Hadoi..memang dah nasib la budak Anaz tu kene chicken pox teruk compare Qayyum..
Malam Jumaat nak balik Sg Besar, ambik ubat kat rumah sepupu kereta standard kat KL sebab pak long diorang dah tinggalkan ubat tu kat sana..
Tapi yelah sebab chicken pox dah naik banyak, so makan sampai habis sebotol pon memang tak berkesan sangat..



Ni la ubat anti-virus yang budak2 ni dapat..
Qayyum dengan Anaz makan masa mula2 tu memang chicken pox terus stop, tak naik dah..



Ni pulak ubat yang sy dapat dr Hospital Bentong..
Sy rasa macam tak berkesan sangat sebab chicken pox naik banyak giler dalam masa 2 hari jer..
Tengok muka pon dah seram, kat badan apetah lagi..
Tak pelah dugaan penyakit tuhan nak kasi..


Kesian kat budak kecik ni, chicken pox yang kat belakang badan lagi besar2..
Lepas tu sakan dia menggaru pulak tu..malam2 lagi sedap dia garu, siap cakap gatal nyamuk..
yelah budak2 kan..


Alhamdullillah, dekat seminggu lebih jugakla baru betul2 kering..
Sekarang pon masih menggaru kuping2 chicken pon tu..
Sy pon sama, sedap jer nak kopek..parut tak parut..lantakkan ajer..


Sekarang memang musim chicken pox kot sebab ramai jugak anak kawan2 sy yg kene..
Tapi ada ubat kan..
Kene begi cepat2 so takdelah merebak..


Sekian cerita serangan chicken pox..hehe
Terima kasih sudi baca..
Bye..


No comments:

Post a Comment