Pages

Wednesday, September 30, 2015

Mari Berkebun : Tambah Pokok Lagi


Assalamualaikum..


Bila dah start tanam pokok kan, eheheh..rasa seronok plak..
Lagi2 kalau pokok tu hidup subur, tak mati tak layu..hehe
Syok sangat rupanya tanam pokok ni..



Last week cuti raya haji kan lama so balik Temerloh dulu then baru balik Sg Besar.
Bila dah balik Sg Besar memang gigih petang Sabtu tu dah nak magrib keluar gi cari pasu nak tanam pokok..
Well macam biasa sy beli pasu yang reject jer..
4 biji pasu RM10 sahaja tambah dengan alas pasu sama jugak harga 4 biji RM10..
So sy beli 4 biji pasu, 6 alas pasu sederhana dan 2 alas pasu besar semuanya RM30 sahaja..



Pokok mint ni jelah yang agak sendu sikit.
Tapi sejak letak kat cahaya matahari ni nampak macam daun mint ni cepat jer membesar..



Ni pulak pokok kucai, ambik kat kampung satu pasu kecik then alih masuk pasu besar..
Tapi macam tak kemas jer sebab kucai ni memang dah besar..
Sy alih pulak dalam pasu yang rendah..
Petang tu terus potong daun kucai ni buat cekodok..haha..



Mak bagi 3 pokok pandan..
Mak kata tanam jer dalam 1 pasu tapi tak muat ler pulak sebab pokok pandan ni dah besar..
Kalau kecik2 maybe boleh jer letak satu pasu..
Ala lagipon pasu banyak so tanam jer lah satu pokok sepasu..
Harap2 tak mati la..



Sy ambik lagi sepokok anak kunyit kot2 kunyit yang sedia ada tu mati..
Buat spare..
Tapi nampaknya dah tumbuh pucuk baru dah pokok kunyit yang tanam sebelum ni..


Masa tengah tanam pokok2 ni, budak2 main kat luar..
Selamba jer budak Anaz pegi cabut anak pokok limau purut tu..
Hei, sabar jelah budak2 ni..
Mendapat jugak kene piat perut sebab pandai2 gi cabut pokok mama..
Lepas tu protes bukak paip air sampai basah baju..
Hadoila budak, stress mama..
Baru nak gembira2 tanam pokok tau..



Last but not least adalah pokok daun kesum sy..
Ni hampir2 mati kekeringan sebab seminggu cuti raya, dengan panas dan tak hujannya..
Balik2 tengok dah kuning2 daun tu dan terus jer tambah air..
Kesian dia..


Tanah hitam ambik siap2 kat kampung campur dengan tanah beli tu..
Lepas tu taruk baja sket kat semua pasu..
Mak sy kata siram air basuhan ikan nak gemukkan pokok..
Tengokla kang kalau beli ikan boleh buat siram..
Jangan tumbuh ulat sudahla yer..


Sekian kisah kebun kali ni..
Nanti nak tanam cili padi dengan tomato pulak..


Bye..



1 comment:

  1. teruja tengok yanna bercucuk tanam, blk kg hari tu,terus ambil pokok pandan, tanam dalam pasu,dan bwk blk putrajaya.

    ReplyDelete