Pages

Friday, September 11, 2015

Mari Berkebun : Cara Tanam Pokok/Daun Kesum Dlm Pasu


Assalam..


Selama hayat duduk rumah flat memang satu pokok pon sy xde tanam..
Pemalas punyer pompuan kan..haha..


Tapi bila dah pindah rumah sendiri ni rasa syok semacam plak nak tanam pokok..
Bukan apa, bila nampak pokok hijau tu macam tenang jer..
So pokok pertama tanam kat depan rumah haritu adalah pokok pelam chockanan dah dah berjaya berbuah sebiji..hehe
Boleh check balik entry yang lepas kat SINI dan SINI


Minggu lepas masa balik Sg Besar, mak dengan abah sy dah semaikan siap2 masuk poly bag anak pokok kari dengan anak pokok limau purut..Siap suh bawa balik 2 pokok setiap satu..

 Anak pokok kari dengan pokok limau purut


Ni tinggal pindah dalam pasu jer..
Almaklumlah, rumah sekangkang kera xde tanah so terpaksalah tanam dalam pasu jer..


Kereta standard lagila teruk siap kata tak payah tanam sebab jiran sebelah rumah yang india tu dah tanam pokok kari, kalau nak guna ambik jer..
Ish ish ish..no no no, sy nak tanam sendiri jugak..


So ada jugak serai dengan pokok kunyit tapi lupa nak ambik gambar..
Serai tu buat masa ni tanam jer kat luar kat sebelah pokok pelam tu..



Di zaman barang semua serba mahal ni, mak sy belikan pasu yang reject jer..
7 biji pasu ni semua berharga RM20 sahaja..
Sy pon tak check apa kebenda yang rejectnyer..
Ala nak tanam pokok jer pon..
Sy xsempat nak belek pon pasu ni sebab mak dengan kereta standard beli, lepas tu terus masuk kereta then sampai rumah kereta standard cuci dan keringkan..


Tapi sy rasa macam lubang pasu sepatutnya kene 3 kot tapi yang tu ada 2 jer tu yang reject..agaknya la kan..
Tp kn..ada tapi lagi..
Sekali alas pasu xbeli plak, lupa.hehe
Nantilah balik Sg Besar gi beli pulak..



Kali ni nak share teknik tanam daun kesum dalam pasu.
Sy baca dalam group kebun dalam bandar kat FB tu, tengok dah ramai yang try dan berjaya..
Jadi sy pon try, dan alhamdulillah setakat ni daun kesum berjaya hidup segar bugar..


Sy petik daun kesum mak kat Sg Besar petang ahad tu, so sampai Bentong terus jer rendam dalam tong..harap2 tak mati ler..
Tengok esoknyer, nasib baik masih ok..


Meh sy share teknik nak tanam daun kesum ni:-

1. Rendam tanah dengan air dalam pasu semalamam..maksure pasu yang bertutup tau bukan pasu yang berlubang kat bawah. Nisbah tanah sy letak separuh pasu dan 1/4 air..tanah tu korek kat kampung hangkut bawa balik Bentong..

2. Lepas semalaman, cucukkan jer batang daun kesum kat dalam pasu..tadaa..dah siap, senang giler kan..



Setakat ni dah seminggu, daun kesum masih hidup segar bugar..
Sy tanam dalam pasu rendah yang lebar macam kat atas ni..
Ni pon pasu reject berharga RM5 sahaja, ada crack sket kat tepi tu..


Tapi yang ni sy angkut pasu mak kat kg sebab pasu yang baru beli tu kan berlubang kat bawah..
Teknik ni jugak boleh dipraktikkan untuk tanam ulam selum katanya..
Selamat mencuba..


So nanti bolehla berangan masak laksa dengan asam pedas..
Buat ikan patin tempoyak pon kene pakai daun kesum..


Terima kasih sudi baca..
Bye



3 comments:

  1. Nak try tanam camni jugak. Selalu tanam x lama mana dah mati

    ReplyDelete
  2. wahh.. boleh try teknik ni plak. pokok kesum saya slalu x menjadi...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sis sbb share...nak try la...

    ReplyDelete