Pages

Thursday, September 17, 2015

Mari Berkebun : Kebun Kecil Updated


Assalam..


Semalam petang cuti hari Malaysia barulah berkesempatan nak alihkan anak2 pokok dr polybag masuk dalam pasu bunga..


Seharian duduk rumah sebab jerebu, petang sket baru kereta standard ajak jalan2.
So kitorang sempat singgah nursery beli tanah dengan alas pasu.


Tanah satu beg RM10 dan alas pasu satu RM3 sahaja.
Tapi alas pasu beli 3 jer sebab ingat nak transfer 3 pokok jer sekali transfer jelah semua pokok sebab pasu ada banyak kan..
Lubang2 pasu tu sy cover dengan batu, tu pon batu kutip kat tepi jalan..hehe


Ni pokok mint yang ala2 dah nak mati ni..
Akak dekat office sy yang bagi, pucuk asal dah kering dah ni pon baru bertunas baru.
Sy risau jer mati, lagipon dah sebulan besar ni jer pokok mint ni..
Sebelum ni sy letak kat dapur jer, maybe kurang pencahayaan kot.
Tapi akak ofis tu siap pesan kata jgn letak kat panas, letak kat redup jer..
Harap2 bertahanlah pokok mint ni bila dah transfer masuk pasu besar..


Ni pulak pokok halia.
Ala bila beli halia kan tak habis masak, terus jelah sy letak kat tanah. asalnyer letak dalam botol mineral.
Mula2 tu letak kat dapur jer, tak sangka cepat pulak halia ni tumbuh.
Tapi halia tua jer yg hidup kalau beli halia yang muda tu walaupun dah letak kat tanah, sampai kesudah tak tumbuh2..


Ni pulak pokok kunyit.
Sejak 2 minggu lepas, kereta standard rendam jer dalam baldi tp air sikit jelah.
Ingatkan mati tp tengok ubi kunyit ni segar jer, so sy tawakal jelah pindahkan masuk pasu.
Harap2 menjadilah hidup kunyit ni..


Ni pulak pokok limau purut, ada 2 polybag so terus pindah masuk 2 pasu..


Ni pulak pokok kari.
Dah besar dah pokok kari ni.
Kalau nak masak kari dah boleh ambik dah ni daun kari dia.



Setakat ni ada 6 pasu jelah kebun sy baru.
Lepas ni sy nak tanam pokok pandan, daun sup dengan kucai.
Yang lain2 xde hati lagi nak tanam..


Eh lupa plak nak snap picture daun kesum..
Alhamdulillah berjaya hidup dengan tengan teknik tanam rendam tu..


Alas pasu kene beli lagi.
Tunggulah bila ada masa free karang..


Sekian cerita kebun kecil sy.
Terima kasih sudi baca..


1 comment:

  1. seronok bercucuk tanam ni kan. Kat rumah tu ada daun pandan dgn pokok kesum yg belum tanam. Ntah bila la nak buat tu.

    ReplyDelete