Pages

Tuesday, April 2, 2013

Qayyum is Two Years


Assalamualaikum..


Pada 31/3/2013, hari ahad lepas Ammar Qayyum genap 2 tahun..
Kereta standard memang tak berkenan betul nak buat birthday party ni..
Kebetulan dah balik Sg Besar, jadi nenek Qayyum buatkan pulut kuning sikit..
Baca doa dan makan2 kat rumah jer..
Kek ni pon order dekat sepupu sy yang baru berjinak2 membuat kek..




Kat dalam rumah amatlah panas, jadinyer makan2 kat luar rumah jer nenek Qayyum jer..
Memula jemput jugak sepupu2 sy datang tapi hari ahad semua busy, ada kenduri la..nak mengandamla..gi jemput mak balik umrahla..banyak sangat halnyer..
Kesudahannya yang datang cuma busu sy, anak dengan cucu dia merangkap sepupu sy la kan..
Takpela, bukannya kenduri pon..




Budak Aisyah ni menangis sebab taknak dengan orang lain..
Nak duduk dengan umi dan maktok dia jer..
Kereta standard cuba tangkap tu yang melalak tu..




Birthday boy..
Kemain sengih memanjang..
Sekarang kalau suruh posing dah pandai dah senyum sambil lentok2kan kepala..
Cumilla awak ni Qayyum..
Semoga anak mama ni membesar dengan sihat, cerdik, pandai, dengar kata dan jadi anak yang soleh..
Silalah abaikan pemandangan background yang tak berapa nak lawa tu yer..hehe




Mentang2 kek birthday dia, tak bagi can langsung kat orang lain pegang pisau pemotong kek tu..
Kesian Aisyah, tengok jelah yer..




Kek ni dalam dia kek coklat cheese..
Not bad jugak, sebab tak berapa muak sangat..
Senang jer buat tapi sebab sy pon tak sempat nak buat, tambahan pulak mood membaking memang kelaut sekarang ni, jadi order jelah..
Kek ni kereta standard yang request nak kek coklat, dia taknak kek yang berwarna warni macam red velvet ke, rainbow cake ker..




Siap letak mainan dia kat sebelah kek tu..
Ala, telur tu dapat free beli drypers..
Nenek tolong potongkan kek..




Lepa potong kek, kita potong pulut kuning pulak..
Sebelum tu baca doa dulu..
Sepatutnya pulut kuning dulu kan baru potong kek..terbalik pulak..
Sebab Qayyum dah tak sabar dah..tu yang terus jer potong kek tu..




Sila abaikan jugak gambar mama Qayyum yang dah gemok gedempol tu..
Ngeri nak declare berat semasa kat sini..hahaha..
Bila tengok gambar ni, ishhh..ishh...
Dahlah gemokkk, bulatt..buruk pulak tu...
Pipi ku lebar giler..
Tengok tangan dengan jari tu..gemokknyerr..
Huhh, mencik betullah..
Sabarlah hati..lagi sebulan lebih jer ni..




Budak ni makan adalah dua tiga suap jer..
Main air jer lebih..
Siap buat air basuh tangan lagi air sirap tu..




Budak Aisyah ni pon taknak kalah jugak..
Tengok abang Qayyum main air, dia pon nak main jugak..




Mak sy masak pulut kuning, rendang ayam, nasi impit dengan kari ayam..
Memula masak sikit sekali jadi banyakla pulak..
Petang tu kitorang balik, bungkus bawak balik Bentong sebab makanan banyak..




Sepupu sy ni pon pregnant jugak, dia due awal bulan 7..
Beza sebulan  jer..sama macam Qayyum dengan Aishah dulu pon beza dalam sebulan setengah jer..
Baik punyer planning kan..hehe




Petang ahad tu kitorang gerak dalam pukul 4 petang..
Jam 8 malam baru sampai rumah..
Jalan jem dekat Batang Kali nak ke simpang Genting Sempah tu..
Cuti sekolah dah habis tu yang jem tu..
Silap percaturanlah, sepatutnya gerak balik lagi awal..takdelah sangkut lama sangat..


Naik jer highway, tengok jalan jem dari Genting sempah menghala KL..
Nasib baik kitorang ni jalan yang bertentangan so takdelah stress dah dengan jem..
Sampai tol Bentong pon kereta bergerak perlahan..
Oii, pukul berapalah diorang ni semua nak sampai KL yek..
Kitorang yang dr Sg Besar yang jem sekejap ni pon dah stress..apatah lagi mereka tu..
Sabarlah yer..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..


5 comments: