Pages

Wednesday, April 10, 2013

Baskin Robbins @ ECM, Kuantan


Assalamualaikum...


Last weekend sy bercuti-cuti ke Kuantan bersama dengan keluarga kereta standard..
Sebenarnya abang dengan adik kereta standard nak tengok bola kat Stadium Kuantan malam sabtu tu, jadi diorang pon ajak kitorang dengan mak abah dia join sekali..
Tapi tidaklah kitorang ni ikut mereka tu tengok bola, just jalan2 cuti mata sahaja..
Bolehla kan daripada duduk rumah kebosanan..hehe


Kitorang gerak dulu dengan mak mertua sy..
Abah mertua pulak naik satu kereta lagi dengan abang dan adik kereta standard..
Disebabkan kitorang sampai awal, maka lokasi pertama yang dituju adalah East Cost Mall, Kuantan..
Sementara nak tunggu yang lain2 tu sampai kitorang pon pusing2 dulu kat dalam ni..




Ni mak mertua sy..
Dan family sebelah inlaw..
Adik beradik kereta standard ada tiga orang jer..yang lain belum kahwin lagi..
Qayyum pulak cucu pertama dan jugak cicit pertama keluarga sebelah abah dia..
Memang manja habisla si budak Qayyum ni..




Disebabkan birthday Qayyum last week tu belum celebrate lagi dengan family kereta standard maka kereta standard pon menge'pow' abang dia suruh blanjer ice-cream cake untuk Qayyum dekat baskin robbins..
Nasib baik long dia sporting..selamat duit mama kamu Qayyum..kehkeh..
Berapa harga kek eskrem ni tidaklah ku tahu..hehe..
Sebab orang blanjer, sy pon malas nak menyebok2 tanya berapa harga..




Qayyum macam takde mood sangat..letih agaknya..





Ni gambar instagram..
Satu jer yang sy upload..
Malas plak nak upload banyak2..




Pagi tu sebelum gerak ke Kuantan, gi buat pregnancy checkup dulu kat klinik..
Sekali kene ambik darahla pulak..
Ambik kat tangan, tu yang bertampal2 plaster bagai tu..
Tiga empat hari jugakla baru hilang lebam dia..
Doktor kata hb sangat bagus..15..
Urine test pulak kali ni first time bersih..
Dah tiga kali checkup, urine asyik kotor jer..
Rasanya sebelum checkup memang sy tak makan langsung, lepas tu dah minum 1 liter air..
Tapi kali ni bersih pulak..rasanya sebab sy minum air kelapa sehari sebelum checkup, tu la agaknya urine bersih tu..





Macam biasala, ambik gambar banyak2 dulu sebelum potong kek..
Qayyum dah tak sabar2 dah nak makan kek eskrim tu..
Tak lepas2 mangkuk dengan sudu dia..




Family picture, tapi gambar kereta standard takder la pulak..sebab dia yang ambik gambar..hehe





Ice-cream memang habis licin..
Kek yang kat bawah tu jelah kurang laku sket..
Lagipon manis sangat, sekarang ni sy pening kepala la kalau makan banyak sangat manis2, lagipon tengah pregnant takut darah naik pulak..
Tapi alhamdulillah, setakat ni berat badan masih terkawal dan yang paling happy tak pernah lagi kene minum air glukose tu..
Masa pregnant Qayyum dulu kene minum sekali sebab dalam masa 2 minggu berat naik 3 kilo..
Nasib baikla sekali tu jer..


Lepas jer habis makan kat sini terus chow cari nasi..
Dah pukul 1 masa ni, masing2 kelaparan..
Orang tua mana nak makan fast food sangat tu yang gi cari kedai nasi jugak..


Check-in hotel pukul 3 petang, so masih sempat nak makan tengah hari..
Kitorang bermalam dekat Grand Continental Hotel, semalaman jer..
Pukul 12 hari ahad tu check-out, jalan2 kat Megamall pulak lepas tu baru gerak balik..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



4 comments:

  1. wah.. sedapnyer kek aiskrem Qayyum..
    acik nak sikit.. hihi.
    Happy Birthday Qayyum.

    ReplyDelete
  2. Takder hal punya, anak sedara punya pasal. Lagipun, tolok point credit card je, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ayah long, nanti next time boleh blanjer lagi yer..tempat lain pulak..hehehe..

      Delete