Assalamualaikum..
Semalam hari ahad, macam biasa sy ada kelas..tp semalam adalah last kelas untuk semester ni..tinggal tunggu untuk final exam 13/6/2012..semalam just final project presentation jer, xder lecture pon..maka ramailah yang ponteng kelas..
Masa ni awal lagi..dalam pukul 9, ramai yang datang lewat..Annie plak lepas jer presentation terus gerak balik gi kenduri kendara..tak cukup geng la kitorang nk camwhoring, so tinggal sy dengan zura jer..
Sy terpaksa tunggu sampai habis kelas sebab nak tunjuk final PSM sy..sepatutnya hari Jumaat last week dah kene hantar ke UTM Skudai tapi..pandai sangat kan, sampai sy terlupa nak minta sign penyelaras setiap kali perjumpaan..sy dah inform UTM awal-awal sy xdapat ikut due date yg diorang tetapkan tu, nasib baiklah alasan sy tu boleh diterima..fuhhh, nasib baik la kan..
Sebelum tu nak ucapkan tahniah untuk kawan sy ni..dia kata dia pregnant, tp belum offically check dekat hospital/klinik lagi..tahniah Zura..anak sulung dia pon dah besar, dah 4 tahun..takde masalah la nak tambah baby lagi..eeiii, seronoknyer mengandung..sy??hehe..dont ask ok!! tak ready lagi..
Pukul 11 pagi kelas pon bersurai..tunggu kereta standard sekejap, lepas tu kitorang jalan-jalan dekat Jusco Wangsa Maju..konon-konon nak makan kat sini, tapi tak tau nak makan apa pulak..beli roti dengan tako untuk alas perut dulu..
Sebelum tu jalan-jalan dulu..jusco ada sale sampai pertengahan bulan 6..sempat jugak beli jeans Qayyum, beberapa helai baju untuk sy dan baju kereta standard jugak..
Kereta standard gunting sendiri rambut Qayyum..almaklumlah kan, tukang gunting langsung tak professional..habis senget benget bertompok-tompok rambut budak ni dikerjakan..cian anak sy, dah tak encem dah..
Lepak makan roti dekat food court dalam jusco tu..yang ni stall yang dekat bahagian roti kat hujung skali..dekat dengan tempat jual tako tu lah..kalau kat area food court tengah tu ramai sangat orang..nama pon hari ahad, hari cuti..mau tak ramai..
Ok, lepas habis fikir..kitorang decide makan pizza hut..terus straight away gi pizza hut wangsa maju..dapat parking baik punyer..orang pon belum ramai lagi, masih banyak seat kosong..
Dah lama tak makan kat pizza hut, menu pon dah baru..budak baju hijau ni dia punya mengganas memang runsing betul..mula-mula dah taknak duduk dalam baby chair tu..terus memanjat atas meja..ambik sudu ketul2 ketuk meja..hadoii..susah la len kali nak makan kat luar macam ni..tapi kalau tak biasakan nnt lagi teruk, lagi haru pulak kan..takpe, sabar jelah..dah nama pun budak-budak kan..asal jangan menangis melalak-lalak, beguling-guling dekat situ sudahla..
Kitorang order set regular pizza. Dapat 2 ice lemon tea, 2 mushroom soup, roti dan regular pizza..terlupa nak snap gamba masa mula-mula makanan sampai..
Sy order spaghetti sebab tetiba rasa macam nak makan spaghetti pulak..lepas tu rasa muakla pulak sebab dah kenyang..tapi habiskan jugak sebab tak elok membazir..
Utk kids pulak dapat free meal..sy pilih set meatball, tp bukan Qayyum yang makan..hehe..mak bapaknyer la yang tolong makan kan..set ni dapat 4 ketul cheese meatball dengan 1 cawan fresh milk..yang susu tu habis Qayyum sedut..xder can nak share..
Tengok tu, sibuk nak sedut air jer kerjanya..tp, this one much better than memanjat meja makan tu..kalau tak memang haru betul..
Yang ni siap tak kasi papa dia minum dalam cawan dia..kedekut betul..lepas tu, semua straw dia nak..
Ok, air dah habis..dah boleh pegang cawan sendiri..sila tengok gambar Qayyum jer yer dan sila abaikan background amoi seksi kat belakang tu..:)
Ok, dah kenyang..terus gerak balik..masa ni dah dekat 3.30, alamak..belum solat zohor lagi..kereta standard pecut giler laju kot..sy sampai tertidur-tidur sebab letih sangat..cuaca panas pulak tu..sampai rumah pukul 4.15..solat, kemas-kemas apa yang patut, terus shut down..
Sekian..
No comments:
Post a Comment