Pages

Tuesday, November 4, 2014

Rumahku Syurgaku Part 2 - Rumah Lelong at Auction Day


Assalam,


Haritu kan ada cerita tentang nak beli rumah lelong dlm entry sebelum ni, click SINI
Tapi hari tu kereta standard kata entry tu takde gambar so tak menarik nak baca..
Ehh..ehh..ehh..awak, ni blog kita sukati kita la nak letak gambar ke takmo..


Disebabkan ada pengkritik, maka meh tepek banyak2 gambar sket ha..
Meh nak sambung cerita beli rumah lelong tu..



Sy dapat info tentang rumah lelong tu dekat online website : auctionmart..
Untuk dapatkan POS, kene bayar RM100 macam yang sy dah blog sebelum ni..
So, dalam POS (Proclamation of Sales) tu ada dinyatakan syarat2 untuk beli property lelong ni dan yang paling penting kita kene sediakan bank draft 10% dr harga rumah dan tarikh untuk lelongan rumah tersebut..


Sebab lelongan tu dibuat pd hari bekerja, maka sy dan kereta standard terpaksalah ambik cuti..
Lelongan dibuat di MahkamahTinggi Temerloh..
Balik kampung kereta standard la kitorang sekejap..


Lelongan akan start lebih kurang jam 10 pagi, so pagi2 lagi kitorang dah gerak..
Takut lambat pulak, biar awal sikit takper..
Sepanjang perjalanan dekat highway tu memang tengah berkabus tebal, rasa tenang jer..
Tapi dalam hati dupdap2..
Lepas solat subuh lagi dah doa macam2..cuak pon ada, maklumla ni first time experience nak beli rumah..rumah lelong plak tu..
Harap2 semuanya berjalan dengan lancarla..


Bila sampai mahkamah Temerloh tu, waktu masih awal lagi tapi tengok2 ada orang lain yang dah sampai dulu..
Laaa, ingatkan takde orang lain yang tau pasal rumah lelong ni..
Ingatkan kitorang jer, terus hancur harapan nak dapat harga rumah pada harga reserve bank tu..
Orang tu adalah 2 orang lelaki cina, adik beradik kot sebab muka seiras lebih kurang sama jer..


Tapi, sy positif jer..kalau ada rezeki adalah..


Mula2 kene masukkan bank draft dalam peti lelongan tu tapi kene pastikan isi semua maklumat kat belakang bank draft tu..


Lepas tu bermulalah episod yang menyakitkan hati..


Bila start jer bersembang2 dengan mamat cina tu..startla macam2 hal..
Diorang nampak macm memang nak beli sangat rumah lelong tu tapi atas nama isteri dia, isteri dia tak datang..mengandung katanya so dia wakilkan jer..
Kalau nak beli rumah lelong, boleh wakil tapi kene husband & wife sahaja..
Kene bawa surat nikah skali..


Kitorang pon sama2 tanya berapa budget nak bid..
Sy dengan kereta standard dah discuss sebelum tu so kitorang plan kalau bid pon tak lebih RM260K..
Reserve price rumah adalah RM240K..
Kang tinggi sangat kang takut loan tak lepas..mampus..
Kalau kita berjaya bid, tapi kemudian loan pulak tak lepas memang akan burn la deposit tu..
Sayang woi kalau burn..


Tetiba diorang pon budget dalam RM250-260K jugak..
Ish sama la pulak..
Ok takpe..


Sembang punyer sembang..
Mamat cina tu kata dia dah pernah ada experience pegi auction tapi kat KL la sebelum ni..
Tapi lagi katanya tak pernah berjaya bid..
Siap kata orang melayu ni kaya2 sebab selalu bid harga tinggi lebih dari market price..


Bila dah lama sket sembang tu diorang pon kata dia nak sangat rumah tu..
Siap offer RM2K supaya sy drop nama dr masuk bid..
Ciss bedebah betul, time ni sy dah rasa sakit hati giler..


Dia ingat sy main2 ker nak beli rumah..
Dari awal tahun lagi kitorang survey, mentawaf kawasan, tengok macam2 rumah, deal dengan macam2 owner dan macam2 hal lagi..
Memang sy bersungguh2 la nak beli rumah tu..


Lepas tu dah malas nak duduk dekat2 sebab diorang ni asikla nak offer duit..
Kereta standard pon dah macam nak surrender dah mula2 tu..
Tapi sy keraskan hati jugak..
Sy memang takkan offer duitla dekat diorang, sebab utamanya kitorang memang dah takde duit..


Lepas tu diorang pon start buat cerita dongeng..
Sekarang duduk sewa rumah kampung, rumah papan katanya..
Diorang ada baby, isteri pulak tengah pregnant lagi..
Lepas tu siap cakap anak dia selalu kene gigit nyamuk..
Motifff???
Habis ko ingat anak aku kat rumah tak pernah kene gigit nyamuk?
Ada aku kesah..


Lagi2 nak provoke dengan offer duit..
Dari 2K dia up pegi 3K..
Lepas tu sy dah paham dah mamat cina ni memang kurang asam keping betulla..
Sampai satu tahap sy dah tak tahan, dah duduk jauh pon diorang datang dekat jugak so sy cakap direct jer..kita masuk bid jer, kalau rezeki u, u dapat rumah tu..kalau bukan rezeki u, makna rezeki i la..


Settle mamat cina 2 orang tu, sy ingatkan itu jelah saingan sy rupanya ada lagi sorang lelaki cina..
Yang tu pulak memang ejen rumah..
Yang tu lagi dasyat dia punyer provokasi..
Siap offer RM3K sorang supaya kitorang drop nama dr bid..
Sy yang dah sedia ada sakit hati ni, makin bertambah2 sakit hatila..


Cina agen tu siap kata, procedure bank susah..
Itulah inilah, nanti loan tak lulus..
Kene bayar lagi 10% harga rumahla..macam2..
Mula2 tu cuak jugak tapi kitorang dah tanya sedetail2nya  pada pegawai mahkamah dengan lawyer untuk auction hari tu..
Diorang ok jer, tak cakap benda2 yang complicated sgt pon..
So sy berserah jer nak masuk bid tu..


Ni adalah suasana dalam bilik lelongan tu..
Kebetulan semua orang pon boleh masuk dalam tu..
Sy tak sure tempat lain, tapi sebenarnya tak boleh masuk hanya pembeli jer yang dibenarkan tapi maybe sebab tak banyak rumah nak lelong, orang pon tak ramai so dibenarkan masuk..agaknya jelah..
Masa tu abah mertua sy pon ada untuk memerhati dan memantau..haha


Yang macam sakit kepala tu adalah pegawai lelongan untuk haritu..
Yang pakai kot gelap tu adalah lawyer..
Ada dua rumah nak lelong pd hari tu..
Lawyer rumah sy, yang nampak belakang jer tu..



Haa, mamat cina lelaki yang 2 orang yang pakai baju putih tulah yang provoke RM2K suruh sy drop nama untuk bid tu..
Yang agen tu pulak dah tarik diri siap2..nasib baik..
So saingan sy cuma sorang ni jelah..


Bila nak start lelongan, pegawai mahkamah akan bacaran peraturan2 untuk membida..
Untuk bid, cuma dibenarkan angkat tangan jer..tak boleh bercakap..
Pegawai mahkamah akan naikkan bid setiap RM2K cuma kalau tak setuju harga tu boleh sebut harga baru..
Ini untuk rumah lelong pd hari tu..


Peguam akan bacakan harga rumah, kita adala masa dalam sepuluh saat jer nak angkat tangan samada setuju ke tak..
Memang kene bertindak pantas..


Dari reserve price 240K (sy angkat dulu untuk sahkan nak bid) then naik 242 kemudian naik 244 lepas tu terus mamat cina tu naikkan 250K..
Hoii, cepat betul, tak sabar sangat nampaknya..
Sy layankan jer sampai mamat cina tu sebut 260K..ooo, masih melawan la diorang ni..
Tapi dalam hati berdebar2 jugak ni, alamak dah lebih budget perbincangan ni..


Tapi dah alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan..
Sy pandang kereta standard tengok muka dia dah cuak dah..
Sy keraskan hati jugak lawan..


Akhirnya sy dapat jugak bid rumah ni dengan harga RM270K..
Lepas tu cuak giler sebenarnya, takut loan sy tak lepas..habisla burn deposit 24K tu..
Doa jelah banyak2 semoga semuanya baik2 jer..


Bila berjaya bida, sy dapat surat menyatakan sy berjaya bida rumah pada harga sekian2 tu dan sy perlu settlekan loan dalam masa 3 bulan..


Alhamdulillah, dah setle satu step nak beli rumah..
Lepas sign memorandum rumah lelong tu sy kene bayar stem hasil sebanyak RM100..


Utk beli rumah lelong ni, sy dah invest:-

1. POS (Proclamation Of Sales) - RM100
2. 10% Bank Draft dr harga rumah - RM24K
3. Bank dratf charge - RM5
4. Stem Hasil - RM100

Total RM24,205.00


Nanti sy sambung next stage pulak..
Tentang loan dan pemilihan peguam dimana sy dah tersilap langkah sikit..
Takpelah, sy anggap tu sebagai ujian..



No comments:

Post a Comment