Pages

Friday, November 7, 2014

Pantai Sg Nibong dan Sawah Padi


Salam..


Tiap kali balik Sg Besar, memang akan buat aktiviti yang sama jer..
Ala balik kampung pon sebulan sekali jer..


Antaranya adalah kitorang akan singgah Pantai Sg Nibong ni..
Pantai ni takde benda best sangat pon, ramai orang mancing jer..
Just singgah tengok view jer..
Rasa tenang sangat tengok laut..aman dan damai jer..


Sekarang musim hujan sebelah petang, air pon naik sket..


Kali ni bawak mak sy jalan2 sekali sambil beli barang2 dapur..


Ni dah nak jadi macam fosil kan..
Cengkerang tu dah melekat dekat batu tu..


Budak2 ni pon suka bila bawak jalan datang sini..


Masa ni ada cerita kelakar..
Ingat nak lepak lama2 ler sket sambil duduk2 kat batu..
Sekali ombak datang habis basah kuyup diorang..
First ombak basah sikit jer, baru nak bangun turun terus datang ombak kedua terus splash air laut..kuat betul ombak..
Sian..Qayyum la yang paling teruk, habis lencun basah kuyup..
Masuk kereta bogelkan jer..
Lepas tu gelak berdekah2..hahaha


Balik rumah terus laju2 nak gi bendang..
Sekarang tengah musim menanam..
Kira padi memang tengah cun la kalau nak ambik2 gambar..


Tapi kitorang ni salah timing..
Hari dah gelap sebab dah nak magrib..
Tapi dah nak gelap pon, gigih betul hangkut budak2 gi tengah bendang tu semata2 nak berselfie..haha
Sampai kaki kene gigit semut api la..
Banyak giler semut api kat batas sawah tu..heee..pedih2 jugakla kaki kene gigit..
Tapi excited punyer pasal, pedulikkan semut api..muahaha..


Kereta standard yang gagah, hangkut budak sekali dua orang..
Yang dah Anaz tu, dah meronta2 tu nak terjun sawah tu..
Pantang betul tengok air..
Budak ni kan memang berani sket, apa pon tak takut..
Semua benda dia nak redah..
Kalau Qayyum tu, kita sergah2 cicak ker ulat ker dah mencicit2 lari takut..
Tapi dak Anaz tu selamberrr jer...
Hadoii..cemana nak buat yer..


Sebab hari dah nak gelap, jadi gambar tak berapa nak cun sangat..
Henpon canggih pon tak membantu..haha..
Takpe, esoknya kitorang try lagi..
Haa..nampak tak gigih tak gigih..


Haa, ni keesokan harinya pulak..
Tapi ni sawah kat rumah makcik sy..
Rumah dia memang kat tengah sawah, so tak payah menggigihkan diri nak lalu batas sampai kene gigit semut api bagai..


Cantikkan view sawah..
Ni kalau balik lagi sebulan ni memang dah tak dapat dah view cantik macam ni sebab nanti padi dah tinggi, mesti dah naik rumput takpon naik padi angin..
Tu yang sy takkan lepaskan peluang nak selfie..hehe..


Qayyum tu kene cirit birit, tukarkan pampers tapi seluar dah kebocoran plak..
Tu yang cekci tak pakai seluar tu..





Budak Anaz tu macam biasa, bila nampak air mesti meronta2 nak terjun..
Layan jelah..cecah kaki sket kat air buat syarat..
Budak ni kalau ajak mandi, cepat jer nak bukak baju lepas tu cepat2 masuk bilik air..
Suka sangat main air..


Masa balik tu kitorang lalu jalan tengah, laluan pesawah gi bendang..
Memang best tengok sawah..hilangla stress keje kolumpo sekejap..


Benda lain yang best bila balik kampung adalah makan pecal..
Yang ni beli kat Pekan Bagan Terap tu, pekan tu hari ahad jer ada..
Pecal dia bungkus daun pisang tau..
Lepas tu kene datang awal2 kalau tak habis..

Dulu2 kereta standard mana minat tapi sekali rasa terus dua bungkus makan..
Haa, baru dia tau sedap..hehe


Tu jer nak cerita..
Bye..



No comments:

Post a Comment