Pages

Sunday, November 9, 2014

Cuti-Cuti Langkawi - Jalan-Jalan dan Makan-Makan


Salam..


Ni baru nak sambung cerita pasal Langkawi bulan lepas tu..


Ni kira dah macam kali ke-3 pergi Langkawi so tak berapa excited sangat..
Sy excited masa nak beli pinggan mangkuk jer..hehe


Kitorang pegi 4 hari 3 malam, naik flight and sewa apartment 3 bilik utk kitorang satu keluarga..
Flight 8.30 am hari Rabu 8/10/14 balik plak hari Sabtu flight jam 6.00 petang..


Hari Selasa tu sy masih kerja, malam tu mak abah mertua datang Bentong then kitorang terus gerak tido rumah long kereta standard kat Cyberjaya..


Pagi2 jam 5 am dah bangun, siap2 terus gerak..
Kitorang naik kereta then park kat stesen ERL Putrajaya.
Solat siap2 kat situ..
Then naik ERL pegi KLIA2..
Ni first time jugak naik ERL..
Macam naik tren KTM, sama jer..


Budak2 tak mandi pon, tukar baju terus angkut keluar..haha
Sampai KLIA, check in beg semua then tunggu nak naik flight jer..
Time tunggu ni la boring sket..
Biasa la kalo naik flight memang kene datang awal 2 jam..


Masa nak lalu pemeriksaan kastam, kene kosongkan poket, kene buka jam tangan dan tali pinggang semua..pendek kata yang ada besi semua kene keluarkan..
Yang ni kelakar, sebab masing2 la merungut kene buka belt bagai..
Lepas tu kene pakai balik..haha..


Semuanya settle dan ok2 jer..
Tapi nak masuk exit ke pintu flight tu bapak jauh nak menapak..
Kita yang muda2 ni ok la, tapi sian kat mak abah..


Kitorang yang teruja..
Maklumla, orang kampung..
Tak pernah lagi naik flight...hehehe



View di angkasa raya..
Cantik..


Kat KL memang cerah memancar2 tapi sampai Langkawi hujan..
Nasib baik masa nak keluar tu hujan dah stop..


Flight sejam jer..
Baru nak lentok, ehh dah sampai pulak..


Tapi budak Qayyum ni sempatla tido sekejap..
Yelah pukul 5 pagi dah bangun mesti letih..


Sebelah petang tu pegi Dataran Lang..



Kira ni lokasi wajib pegi la ni..




Second day kitorang naik Cable Car ke Gunung Mat Cincang..
Tapi harga entrance tiket dah mahal sket..
Dulu rasa RM15 jer tapi sekarang RM20 sorang..
Tapi sky bridge tu under maintenance..
So tak dapatla pegi situ..


Haha..sian Qayyum takut..
Senyap jer tak begerak2..


Hoii, tinggi..gayat2..


Budak tenit ni memang tak reti duduk diam..
Kita pulak yang seriau dalam ni..


Sampai atas, lepak2 dulu tunggu paklong dengan pakde diorang..
Ralit tengok mickey mouse..


Sekarang ada banyak aktiviti kat atas ni..
Contoh mickey mouse tu untuk tujuan ambik gambar..
Kalau nak beli RM35 kot kalau tak silap..
Bapak mahal harga sekeping gambar kan..


Qayyum pon pakai baju mickey mouse, boleh ler kawan dengan si mickey tu..



Layan jelah gambar2 yang super banyak ni..




Sebelum turun, mengopi dulu kat atas ni..
Wahh, memang best giler duduk lepak kat atas tu sebab angin kuat..
Rasa taknak balik jer..
Over betul..



Lepas minum terus turun..
Masa ni mak abah mertua sy takmo ikut naik..so kitorang jelah yang jalan2..


Kereta standard beli gambar ni untuk kenang2an..
RM35 sekeping..
Mahal giler, lepas tu apesal sy gemokkk..**nanges..
Dah takmo diet kan, gemokla kau..


Lepas tu gigihla nak makan laksa..
Siap google lagi, katanya Laksa Penarak adalah the best in town..
Pakcik drebar teksi yang kitorang mula2 naik first day tu pon kata kat sini paling best..


Lokasi adalah dekat food court kawasan Dataran Lang..
Ada satu jer kawasan food court kat situ..


Tapi..
My personal opinion, laksa ni biasa2 jer..tak sedap pon..
Tapi apesal orang kata best ek..
Kuah dia cair sketla..
 

Kitorang macam tak puas hati sebab makan kat sini tak sedap, so untuk dinner malam tu kitorang try makan kat situ sekali lagi..
Memang ternyata tak best pon..
So Laksa Penarak ni biasa2 jer..tak rasa pon takpe..
Tapi kalau tak percaya juga sila la try sendiri..


Keesokan tu, misi nak makan laksa diteruskan..
Antara yang famous amos adalah Laksa Power dengan Laksa Ikan Sekoq kat tepi airport..


Tapi laksa power tu tutupla pulak..
Kitorang gamble jer singgah mana2 gerai kat tepi airport tu..
Sedap jugak laksa kat sini, better dari Laksa Penarak tu sebab kuah pon pekat, ada pedas sket..
Okla..takdelah kempunan dah nak makan laksa Langkawi..
So, most recommended makan laksa kat tepi airport Langkawi ni..
Cucur udang pon sedap..



Ni masa hari ke3, pegi pantai mana ntah..
Tapi masa ni sy tak join sebab baby masih tido, lepas tu rasa malas nak keluar jalan..
Diorang2 ni jelah yang pegi..


Tapi sy teringin nak pegi Pantai Pasir Hitam tapi tak sempat..
Lagipon tempat dia jauh sikit..
Kitorang punyer apartment kat area Pekan Kuah..
Takpelah takde rezeki, next time maybe..



Malam tu pulak kitorang menjelajah kat area Pantai Chenang tu..
Letih jugak menapak..
Tempat ni memang happening, ramai mat salleh kat area ni..


Last day hari ke-4, cuti pon dah nak habis..
Sebelah pagi tu sempat lagi shopping last kopek punyer..
Sy sempatla beli pemanggang ajaib brand Vantage, harga RM99..
Tu tak rasmi lagi, tak tau nak masak apa..




Bye2 Langkawi..till we met again..
Untuk next vacation kene kumpul duit banyak2 dulu..
Rasa macam dah malas nak pegi jalan tempat shoping2 neh, sebab asik menghabiskan duit jer..
Kang kalo tak beli kang, termimpi2 mengigau malam plak..
Susah betulla jadi perempuan ni kan..
Nafsu nak shopping jer..hehe


Nanti sy update appartment kitorang duduk tu ek..


Sekian..





No comments:

Post a Comment