Assalamualaikum..
Hari tu cuti Maulidur Rasul sambung ke Thaipusam dapat lima hari cuti..tapi terpaksa ambik annual leave la sehari..
Memang dah plan nak bawak mak dengan abah sy pegi Cameron Highland..kesian, mak sy asyik bising2 jer kata tak pernah pergi..
Jadi inilah masanya yang sesuai untuk bawak diorang pergi jalan2 sebab cuti pon lama..
Tapi sy tersilap sebab tak booking hotel sebulan awal..kalau tak boleh dapat TM Resort RM75 jer satu apartment..jadinya TM Resort sudah full house..
Terpaksa cari hotel lain, so sy pilih hotel dekat Brinchang..dekat dengan pasar malam..boleh jalan kaki jer kalau nak gi situ..takyah pening2 nak parking kereta..
Tahun lepas dah 2 kali pegi Cameron Highland, tahun ni awal2 tahun lagi dah pegi..
Boring jugak kalau selalu sangat pegi, macam dah biasa jer..Tapi sebab nak bawak mak sy..
Semangat jugakla nak gi jalan2 tu..
Gerak pagi dalam pukul 8 dari Sg Besar..
Kali ni nak ikut Simpang Pulai sebab sy nak naik ke Sg Palas Teh Boh tu..
Dah berapa kali pegi Cameron tak dapat nak naik ke atas tu..ramai sangat orang, jalan pon jem..malas nak tunggu..
Cuaca hari Jumaat tu sangatlah baik, redup jer..
Best giler kot ikut Simpang Pulai tu..kereta pon tak banyak hari tu, walaupun sebenarnya jauh sikit..
Sejuk pulak tu, awan berkabus2..memang aman damai betul..
Dalam 3 jam setengah baru sampai..itupon berhenti minum dekat Bidor sekejap..
Sampai jer, kitorang stop sekejap kat sini..
Lupa plak apa nama tempat ni..
Ada kebun strawberry jugak kat dalam ni..
Makan pon macam best jer..
Yang paling best ada strawberry strudel..
Dulu, kat Brinchang ada satu kedai macam ni tapi dah tutup agaknya..sy ingat lg, nama kedai tu "Stawberry Moment"..tapi skrg dah takder..
Tapi kat sini just tengok2 jer, dan singgah pon sebab nak gi toilet..
Tak beli apa2 pon..makan pon tak sebab masih kenyang..
Sy mencangkung sambil ambik gambar, si dak Qayyum tu pon ikut cangkung jugak..
Apa2 jelah Qayyum..
Strawberry strudel tu harganya dalam RM40..yg mini size pon ada jugak..
Sangat menawan, tertarik dan kau memang da boom la..
Sy tengok ada satu family tu siap celebrate birthday kat tempat ni dan diorang beli dua strawberry strudel tu..
Tapi kitorang cuci2 mata sahaja..
Nenek Qayyum sangat gembira dapat jalan2 gi tempat sejuk..
Alhamdulillah..dapat jugak gembirakan hati mak kita...
Siap ada kolam ikan dengan kolam kura2 kat tempat ni..
Nice jugakla, first time singgah sini..
Qayyum pon seronok jer tengok ikan2 tu..
Next time boleh datang lagi..
Mama Qayyum pon nak pose jugak..Sy sangat gemok..sekarang sudah mencecah 74kg..haha...obessss....
Lokasi seterusnya adalah Sg Palas Teh Boh..
Banyak jugak kenderaan yang nak naik atas ni..maknanya ramai oranglah kan..
Sy tak kira, jem tak jem harus redah jugak..
Akhirnya sampai jugak kat sini..
Parking kereta kat bawah..
Kesian nenek Qayyum terpaksa jalan kaki nak naik sampai atas tu..
Sy pon tersilap jugak, boleh jer sebenarnya bawak kereta sampai atas rasanya..tapi kene inform pengawal kat bawah tu la kita bawak orang tua..tak larat nak jalan kaki..
Macam biasa, terpaksa usung stroller ni kemana2 sahaja sebab tak larat nak mendukung budak..
Budak ni mana nak jalan sendiri..
Lagipon nak mengelakkan keadaan jadi tak terkawal..
Kalau tak ntah kemana2 hala dia berlari..
Dah tak larat nak mengejarnya...
Sampai atas barulah boleh senyum lega..
Mengah jugak nak mendaki bukit naik ke atas ni..
Jalan slow2 pon penat woo...
Sian nenek Qayyum sampai sakit2 kaki..
Lepak kat tempat ni lama sikit..
Penat memanjat bukit pon tak hilang lagi..
Haruslah minum secawan teh dulu..
Order yang light2 jer sebab nanti petang sket baru makan yang berat2 pulak..
Sy order hot chocolate..yang lain semua order teh..
Masa nak order ni pon beratur sikit punyer panjang ni..
Tapi nasib baik ada seat kosong masa ni..
Dapatla duduk tanpa perlu tunggu lama2..
Tapi agak kecewa sebab kat sini xder scone macam dekat Cameron Valley tu..
Hampa betul..ingatkan ada..
Kereta standard pon pujuk2 nanti kita makan kat bawah..hehe..
Sangat best, makan2 sambil menikmati keindahan ladang teh..
Cuasa pon redup jer..
Di atas adalah gambar perempuan gemok pose dekat ladang teh..hehe..
Lepas habis makan jer, terus chow..
Banyak tempat lagi ni nak jalan2..takut tak sempat..nak check-in hotel lagi..
Kali ni kitorang menginap dekat Country Lodge Resort Hotel kat Brinchang..betul2 kat belakang balai bomba tu..naik atas bukit sket..
Memang lokasi pilihan Kereta Standard, dekat dgn pasar malam..
Sy pilih dua standard room..harganya RM156 per night / per room..
Lepas check-in, rest dulu..driver pon nak tido, dah kepenatan..
Petang baru start jalan2 semula..
Jalan2 sebelah petang..
Lokasi pertama adalah kedai souvenir..kereta standard nak beli kambing untuk hadiahkan dekat anak kawan dia..
Lokasi pertama adalah kedai souvenir..kereta standard nak beli kambing untuk hadiahkan dekat anak kawan dia..
Dulu ada beli sekor warna merah, letak dalam kereta sampai pudar dah kaler kambing tu..
Tapi kereta standard hampa sebab tinggal warna putih jer, yg warna merah seperti diidam2kan sudah habis stock pula...
Kesudahannya, tak beli apa2 pon..
Kesudahannya, tak beli apa2 pon..
Lepas tu perut terasa lapar pulak..
Maklumla, cuaca sejuk..tu yang asyik lapar semacam jer..
Kat sebelah kedai souvenir tu ada kedai steambot..
Dan ada jual scone!!
Terusla masuk, ajak makan kat situ..
Ingatkan lepas ni nak pegi pasar malam Brinchang tu, so beli2 makan kat pasar malam jer nanti..
Set scone ni harganya RM9.90..
Satu set dengan teh o panas..
Rasanya bolehla..tapi yang kat Cameron Valley tu memang terbaikla..
Dah rasa scone kat sini, cukupla kot..malas dah nak makan kat tempat lain..
Kereta standard xnak makan..
Mak dengan abah sy pulak order mee goreng dengan nasi goreng..
Lepas makan ingatkan nak gi jalan2 dekat Taman Agro Al-Mashoor tu..sekali sampai tutupla pulak..
Gi esok jelah..situ tempat wajib singgah kitorang sebab nak makan ice-cream..
Terus gerak ke pasar malam..
Masa ni pon orang dah ramai..
Qayyum macam biasala, dah petang2, cuaca pulak sejuk..memang sedap ler dia membuta..
Belikan glove yang lain sebab takut sejuk, lagipon yang dulu2 punyer dah kecik..
Kat sini just beli benda makan jer macam ubi keledek rebus, kimcam goreng, lepas tu sy beli nasi kerabu, kereta standard pulak beli ayam goreng..
Then sy beli madu dan buah limau madu..
Mak sy banyak jugak borong segala sayur mayur dan ntahapa2 benda lagi ntah..
Beli fridge magnet ni sebab comel..
Kereta standard beli jugak untuk kawan2 office dia..
Better beli yg lekat macam ni sebab kalau beli yg ada magnet sebiji tu, bila jatuh jer mesti pecah..
Sy punyer dah banyak yang jatuh, dahla kawan2 office pegi oversea kasi..sayang tau..
Last picture..ambik gambar dengan carrot kontot ni..sangatla comel..
Tapi tak beli pon sebab pikir 50 kali bila masa nak masak..
Next entry jalan2 tempat lain pulak...
Thank sudi baca..
Bye..
teringin nak pergi cameron walau pun bukan jauh mana dari kampung aku..hahahha
ReplyDeletegi jer yan, minggu ni kan cuti panjang..kalau dah dekat sangat, balik ari pon boleh..
ReplyDelete