Pages

Wednesday, February 13, 2013

Office Trip Ke Utara - Day 1


Assalamualaikum..



Cuti federal day last week, sy ada office trip ke Penang, Kedah & Perlis..
Saje2 jer menghabiskan masa lapang dan menghabiskan duit..hehe..
Ni just jalan2 jer bukannya family day pon..


Untuk trip 3 hari 2 malam ni, sorang kene bayar RM170 utk transport dan penginapan..
Makan sendiri2 la..
Budak bawah 12 tahun free jer, xpayah bayar..


Antara tempat2 kitorang plan nak pegi adalah Bukit Bendera, Batu Feringgi, Padang Kota, Padang Besar dan  Sg Sedim..walaupun tiga hari, nampak macam sikit jer tempat nak pegi kan..semua tempat jauh2, tu pon ada yang tak sempat nak pegi..


Malam khamis, semua berkumpul dekat office..
Kitorang sewa bas jer, kalau drive sendiri lagi costly..
Nak dekat2 pukul 12 baru gerak..KL ke Penang bukan jauh sangat pon..
Itupun bas berhenti dua, tigakali sebelum sampai Penang..
Kalau nak ikutkan, ni kali kedua kot sy sampai Penang..kesiankan..hehe



Qayyum sangat gembira berganda2 dapat naik bus..
Memula jer duduk kat kerusi, lepas tu kehulu-kehilir berjalan dalam bus tu..
Kita takut dia jatuh jer, tp dia selamba rock jer..tambah pulak ramai orang layan..lagila berganda2 suka..





Sampai Penang sebelum pukul 6, solat subuh dekat Masjid Negeri..
Rest sekejap, pusing2 then baru stop untuk sarapan pagi..




Sarapan cuma kat gerai tepi jalan sahaja di Penang Road..
Masing2 dah letih dan LAPAR..







Kereta standard order roti canai BANJIR!!
Bila tengok roti banjir dia macam sedap jek, sy pon order jugak..
Tapi sy punyer roti telur..



Ni pinggan sy, roti telur banjir...
Tapi sambal dia pedas giler kot..
Sambal taruk tepi, takut kang kejap lagi sakit perut pulak..




Sebelum order roti canai, dah tibai nasi lemak sebungkus..
Kengkonon nak suap Qayyum tapi budak tu taknak makan pulak..
Kesudahannya, sy jugak yang makan..hehe




Muka tak mandi dua hari..
Hahaha..bocor rahsia..
Yelah, dah sy tak balik rumah..
Boleh jer sebenarnya nak mandi kat office tp malas jer..
Semua orang balik, takder yang stay back pon jadinya sy pon malas nak mandi kat office..
Pakai perfume banyak2 sket, takder orang perasan pon ko tu tak mandi..hehe


Lepas jer sarapan pagi..
Pusing2 town, lepas tu dalam pukul 10 pagi kitorang check-in hotel..
Kita menginap di Peking Hotel..hotel tu giler klasik, katanya dibina pada tahun 1951..giler lama kan..lepas tu ada kisah misteri..jengjengjeng...
Tapi yang bestnyer hotel tu berada di tengah2 Penang Road..kalau kat KL tu cam Bukit Bintang la..
Malam2, gi jalan2 kat kiri kanan penuh dengan pub..


Masuk bilik, perkara pertama adalah MANDI sepuas2nya...
Lepas tu TIDO...
Tidur dalam bus mana selesa, atas katilla baru bestkan..
Dalam pukul 3 petang baru start jalan2..
Dalam pukul 2 tu, siap2 gi makan nasi kandar line clear dulu..


Destinasi lawatan yang pertama adalah Bukit Bendera..
Sy update next entry ok..



Sekian,
Terima kasih sudi baca...


No comments:

Post a Comment