Assalamualaikum...
Last week cuti federal state 3 hari, sy ada office trip ke utara..
Kitorang naik bus jer, first time bawak Qayyum naik bus..
Disebabkan kene berkumpul kat office so hari Khamis tu sy memang tak balik rumah..
Malam sebelum tu sy dah kemas beg siap2 supaya senang. Kereta Standard tinggal masukkan dalam kereta jer..
Kereta Standard bawak Qayyum datang KL, petang tu dia jemput sy then kitorang gi makan sambil menghabiskan masa sementara nak tunggu pukul 11 malam..
Lama giler rasanya nak tunggu pukul 11 malam tu..
Bila Kereta Standard tanya nak makan dekat mana, sy pon terus ajak dia makan kat Kg Baru..
Restoren Rosdet namanya..
Restoren ni berdekatan dengan KL International Hotel, Kg Baru..
Dulu housemate sy selalu ajak makan kat sini, tapi since dah kahwin dan dah pindah Bentong sy dah tak pernah datang makan kat sini lagi..
Dah lama tak makan kat sini, bila sampai tu tengok restoren ni dah berubah jadi besar..
Dulu kat sebelah tu ada restoren lain, sekarang dah jadi satu jer..
Kitorang sampai sini dalam pukul 7..
Orang pon tak ramai sangat..
Sempatla layan "Hingga Hujung Nyawa" tapi cam tak feel sangat sebab tak berapa dengar...
Budak ni mula2 taknak duduk diam..
Letak dalam baby chair ni beria2 dia nak keluar..
Tapi sy paksa jugak dia duduk diam2..
Apa yang kitorang makan kat sini adalah ikan siakap sweet sour, tomyam ayam, ayam masak pedas dan sayur campur..
Tapi macam tersilap orderla pulak sebab semua lauk ni pedas2 belaka..sian dekat Qayyum makan kuah sayur jer..
Tapi sy bagi jugakla ayam dalam tomyam tu, sy hisap dulu bagi hilang pedas baru suap dia..
Rasa cam rugi pulak tak order sup ayam jer, kesian Qayyum..makan nasi pon sikit jer..
Ikan siakap dia hias kemain lawa lagi kan..
Ikan ni rasa dia ok la, xderla pedas sangat..
Tomyam ni pedas yang amat..tahap kepedasan 8/10 rasanya..
Len kali xmo order dah tomyam kat sini..
Kereta standard pon jenis yang tak makan pedas sangat, perut dia tak tahan..
Kesudahannya sy jer yang makan tomyam ni..
Yang memang pedas yang amat jugak..
Dah nama pon AYAM MASAK PEDAS..
Padanla muka sy kan, sapa suruh order..
Dulu2 makan rasa sedap sangat tapi malam tu ntah kenapa sy rasa cam tak kene sangat dengan tekak..
Rasa nak terbakar jer lidah..sampai berair2 mata menahan pedasnya..
Doa2 perut janga buat hal malam kang sudah..
Dahlah nak naik bus karang..
Yang ni pulak sayur campur..
Biasa2 jer..
Air pulak, kereta standard order carrot susu..sy minum air suam jer..
Qayyum pon xnak makan banyak..
Sy takut jugak dia sakit perut nanti..
Biar karang dia minum susu jer..
Semua yang saya makan tadi jumlahnya adalah RM45 sahaja..
Macam murah jer..
Makan kat Bentong lagi mahal sikit rasanya..
Kat restoren ni ada disediakan surau, jadi kitorang solat siap2 kat sini tapi ganti2 la..
Lepas tu pusing2 area Bukut Bintang sekejap then terus jer tunggu kat office..
Next entry sy update cuti2 sy ke Penang, Kedah dan Perlis yer..
Thank sudia baca..
Sekian..
hye. tmpat peberet sy ni. hihi..
ReplyDeletemmg pon tomyam dia pedas sgt.. jrg order tomyam. sy suka nasi paprik, sup ekor.. sambal belacan dia je..
itu je yg slalu order. kalau ke rosdet. lg stu sbb slesa. rasanya tivi tu mmg x buka suara. apa pon x dngar.. kiki