Pages

Wednesday, February 6, 2013

Makan Besar @ Cafe Tawakal


Assalamualaikum...



Masuk jer gaji bulan lepas tu, kereta standard ajak pengasuh Qayyum dan keluarga gi makan2 dekat luar..
Katanya memang dah lama plan nak blanja Ma dengan abah Qayyum tu..
Lagipula dia baru dapat bonus kerajaan setengah bulan gaji kan..
Jd inilah masanya untuk membelanja mereka..
Sebelum ni plan tapi tak jadi pulak..
Kali ni baru jadi gi makan2nya...


Lokasinya adalah...
Dekat jer..Cafe Tawakal la kat mana lagi..
Dah banyak kali makan kat sini..
Western food dia bolehla tahan sedap dan takle mahal sangat..




Tu la pengasuh Qayyum..panggil Ma @ K.Intan, suami Ma, anak ketiga Ma iaitu Kak De dan yang bongsu sekali si Boboi..
Ma ni mengasuh dua orang budak jer..Qayyum dengan Asyraf..Diorang ni sebaya tahun, cuma beza bulan jer..




Restoren ni taklah besar mana..lebih kurang satu shop lot jer..
Sebab kitorang ni ramai, jadi dapat lokasi special iaitu dalam bilik..
Bilik ni khas untuk customer yang lebih 4 orang..
Tapi kene booking dulu sebelum datang, kalau tak booking memang selalu full..




Boboi order Teh 3 Layer..
Qayyum pulak share air dengan sy jer..




Ni air kereta standard..
Semedang jer kat sini order air kelapa..tak tau la sebab apa..
Kalau makan kat restoren lain tu xder pulak nak order air kelapa ni..




Yang ni pulak air sy, tapi macam mushkil sket..sepatutnya soya cincau..
Sy order air soya kalau tak silap..tapi tak tahu apa motifnya diorang ni letak sirap..
Ker sebenarnya ni air bandung cincau..
Ntahla..minum jelah..




Kali ni sy try order western food pulak..
Selalu makan nasi berlauk jer kat sini..
Yang ni "Grilled Chicken Chop" with cheese and blackpaper sauce..
Fuiyooo..giler hebat sy boleh ingat menu ni..Hahaha..
Sebabnya sy tanya satu2 apa kebenda menu tu..
Budak yang ambik order tu pon explainla dengan sabar...
Ada vege dengan mash potato, terlindung disebalik ayam tu..
Bolehla tahan, sedap jugak..
Harganya RM10.90 jer kalau tak silap..




Yang ni pulak pinggan abah Boboi..
Yang ni Tenderloin Steak..
Sama jugak ada cheese and blackpaper sauce..
Yang ni harga tak ingat la pulak..





Lepas tu kitorang tengok ada customer kat luar tu order steamboat..
Tak pernah try lagi, so order la satu set sebab nak cuba..
Lagipon nak rasa jer sedap ke tak..
Harganya RM19.90 satu set ni..
Ada 2 jenis kuah, sup dan kuah tomyam..




Tapi pada sy steamboat dia kureng sket..
Tomyam tu rasa ntahapa2 jer..
Yang fishcake tu pulak ada yang tak sedap..
Kereta standard pulak bila balik rumah sampai sakit2 kepala lepas makan steamboat kat sini..
Maybe banyak AJI kot..
Sebab selalu makan benda lain ok jer..
Jadi, cukuplah SEKALI jer makan steamboat kat sini..
TIDAK untuk lain kali..hahaha..terus pangkah..




Menu makan kereta standard kat sini macam biasa la, tiap2 kali makan order Lamb Chop..
Suka sangat lamb chop..sy pon tak pahamla..




Kuah steamboat ni kureng sketla pada tekak sy..
Dan pedas sket..
Yang mana ok, sy suapla dekat Qayyum..
Budak tu makan jer, manala dia tau sedap ker tak sedap..
Bagus..nasib baik tak memilih makan sangat..
Setakat ni setahu sy benda yang dia akan luah balik bila sy suap adalah udang..
Tak reti lagi kot makan udang..
Rugi sangatla awak Qayyum kalau tak makan udang..


Dulu2 tu bila suap durian memang dia akan luah balik..
Tapi bila dah lama2 dia telan jer..
Sekarang siap boleh habis dua ulas durian tu tau..




Tapi walaupon steambot tu tak sedap sangat, kitorang makanla jugak slow2 bagi habis sebab tak elok tau membazir..
Kan membazir tu amalan syaitonn..




Burp..kenyang..
Dahla makan waktu malam, sy pikir ni balik rumah karang mesti tak boleh nak tidur sebab perut kenyang sangat..
Kereta standard pon kata, dia pon sama mesti tak boleh nak tidor jugak nanti..
Sekali tu, sampai jer rumah dalam pukul 11 terus jer mengantuk..
Dalam sakit2 kepala tu boleh jer tidur..Qayyum pon tertidor jugak kekenyangan..
Sy, macam biasala..mana boleh tidor awal..
Lepas kemas2 mainan Qayyum, sidai kain, rest sekejap..dalam pukul 12.30 baru masuk tidur..



Terima kasih sudi baca..
Sekian..


No comments:

Post a Comment