Pages

Friday, March 22, 2013

Lift Rosak..


Assalamualaikum..


Lift dekat rumah sy kan dah tiga minggu rosak..
Almaklumlah, duduk rumah flat, macam ni la..
Dah tiga minggu jugak terpaksa turun naik tangga..
Nasib baikla duduk rumah tingkat empat jer..tapi tingkat empat pon semput jugak woo..
Perut dah makin besar, berat badan pon dah bertambah, maka bertambah STRESS jugak..
Apartment ni ada lima tingkat jer pon..


Kali ni rosak lama la pulak, kadang2 jer rosak tapi selalu kalau rosak sekejap jer dah ok..
Tapi kali ni macam taknak repair jer..
Takkan nak tunggu pilihan raya baru nak repair kot..(tiba-tiba...hehe)




Inilah rupa lift buruk kat rumah sy tu..
Sewa maintanance dah naik tapi tak repair2 lagi..
Aritu mak abah sy datang, kesian penat nak naik tangga..
Dahla orang tua tu sakit kaki..
Menggigil-gigil jugakla nak menyampaikan tingkat empat tu..
Malam ajak makan kat luar dah taknak pulak, alasan tak larat nak panjat tangga..




Dah tiga minggu tau..takkan "LIT" masih dibaiki lagi kan..
Siap tukar kertas baru tu tiap kali kene conteng..haha..
Biasa la kan bahasa cina translate kepada bahasa melayu..


Terima kasih sudi baca..
Bye..



Wednesday, March 20, 2013

Misi Mencari Kain Langsir..



Assalamualaikum..



Last weekend masa balik Temerloh ternampaklah bunting pasal promosi cuci gudang ni..
Sepanjang jalan di merata-rata tempat ada bunting promosi ni..
Terpengaruhla jugak nak gi tengok2..


Tahun ni sy memang ada plan nak buat langsir..
Kalau korang nak tahu kan rumah sy takder langsir baru pon..
Kesian tak..hehe


Masa plan nak buat langsir tu sy dah tanya dah mak sy kat kampung nak tempah langsir, nak suruh carikan orang jahit..
Mak sy pesan suruh hantar cepat2 sikit nanti dah dekat raya takde orang nak ambik tempahan..
Cuma, sy tak sempat lagi nak pegi kedai cari kain langsir tu..


Sejak sy kahwin memang tak pernah buat langsir..
Langsir yang sedia ada yang pelbagai warna tu dah ada sejak sy masuk rumah sebab kereta standard memag dah menyewa kat rumah tu sejak bujang..


Masa first raya tu bila sebut jer pasal langsir, kereta standard kata tak perlu buat langsir, membazir jer..tunggu ada rumah sendiri baru buat..
Masalahnya, bila ntah nak ada rumah sendiri tu..


Kali ni memang tekad setekad2nya nak buat langsir..
Biarpon beli kain yang murah2, yang penting ada langsir..
Kat kampung tu mak sy beli kain harga RM4 jer semeter..bila dah siap lawa jer sy tengok..
Tapi harga upah jahit langsir sy rasa sangatla tak munasabah..apesal mahal yang amat ek..


Petang sabtu tu keluar sekali dengan mak mertua sy, bila sy kata nak beli langsir mak mertua sy support 100%..lepas tu dia siap offer lagi nak jahitkan..hehehe..suka!!
Tapi jahit biasa2 empat segi jelah..takder ropol2 pon..
Empat segi pon empat segila mak..


Mak mertua sy kata kebanyakkan pintu dan tingkap size standard jer..
So tak rugi pon buat langsir..
Bila ada orang support, sy lagi bersemangatla kan..




Ada banyak pilihan jenis kain langsir..
Sy tak tahu la sebenarnya murah ke tak..
Kadang2 promosi je lebih, tak setanding langsung dengan kualiti kain..
Nasib baik mak mertua sy ada..
Lagi satu kan sy pon tak pernah beli kain langsir untuk rumah..ni lah first time dalam hidup sy..
Hahaha..kelakar sangat kan..


Sy pon pilih jelah mana2 kain yang sy rasa berkenan kat mata sy..
Bila mak mertua sy kata ok, terus jer suruh pekerja kedai potong siap2..
Ukur siap2 pintu dan tingkap dalam dua meter setengah setiap satu..
Mak mertua sy suruh pekerja kedai potong dua meter setengah tu betul2 supaya senang nanti terus jer jahit..
Dah tak payah potong2 lagi..





Bila banyak sangat pilihan kain, sampai sy pon tak tahu nak pilih yang mana..
Akhirnya, sy pilih warna putih bunga coklat..




Lepas tu mak mertua sy advice buat dua lapis langsir..
Kene beli pulak untuk kain langsir yang nipis..
Lagipon kan mak mertua sy dah offer diri nak jahitkan, jadi sy ikutkan jelah..




Lama jugakla kat sini..
Nak pilih, nak tunggu potong lagi..
Padahal bukan banyak sangat pon..cuma 3 pintu dengan 4 tingkap jer..



Kain ela pon ada..
Tapi sy malas nak belek2..
Kejap2 abah mertua sy datang tengok suruh cepat2..
Lelaki memang macam tu kan..tak menyabar..
Lepas jer bayar terus balik..
Settle dah misi mencari kain langsir..


Sekian..


Tuesday, March 19, 2013

Resepi : Puding Roti Karamel



Assalam..


Last week merajinkan diri utk buat kuih..
Bukannyer apa, ada roti putih dalam peti sejuk..
Kadang-kadang nak makan roti ..
Selalu macam tu, beli roti jer mesti tak habis..



Kali ni google resepi puding roti karamel..
Resepi dan bahan-bahan pon senang jer..
Tapi kene memunggah barangla pulak nak cari steamer..maklumlah, aritu dah kemas2 sumbat dalam almari..
Ni nak guna, terpaksalah keluarkan semula..
Lagipon dah lama tak gunakan pengukus ni..
Last sekali masa buat apam polkadot utk jamuan raya tahun lepas..
Lama giler kan..



Resepi : Puding Roti Karamel

Bahan A : Karamel
 
3 sudu besar gula 
(sy masukkan terus dalam loyang dan panaskan atas api..guna api perlahan..dah agak2 perang dan gula cair sepenuhnya terus matikan api..yang ni sy tak tambah air pon..resepi asal letak sesudu air..)


Bahan B : Puding Roti
 
4 keping roti (sy masukkan 6 keping sebab roti yang tinggal tu ada 6 keping jer)
4 biji telur
1 cawan susu cair (sy maukkan 1 tin susu cair, dan tak perlu masukkan air suam)
1 cawan air suam (sy skip sbb dah letak banyak susu cair)
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecik esen vanila


# Belender jer semua bahan, buangkan buih2 batter dan terus tuang dalam loyang..




Senang sangat kan nak buat puding roti karamel ni..
Sy lebih suka puding roti ni berbanding yang guna telur sepenuhnya sebab kalau puding karamel biasa kene guna banyak telur..tu yang tak tahan tu..
Lagipon puding ni teksturnya lebih padat..




Kukus selama 40 minit..mula2 sy guna maxsimum tapi lepas tu tengok macam nak melimpah keluar jer puding tu terusla perlahankan api pengukus kepada sederhana sahaja..
Sy buat puding ni waktu malam, jadi lepas sejuk jer terus masukkan dalam peti ais..




Sy sampai rumah dalam pukul 7 petang, terus teringat puding roti yang masuk dalam peti pagi tadi..
Terus terbalikkan letak dalam pinggan..
Alaaa, tapi cacat sikitla puding roti sy sebab dah biarkan semalaman dalam peti..
Tak cun sangatla..tapi belasah jerlah..yang penting jadi dan sedap..hehe
 



Nyum2..sedap..
Tambah pulak dah sejuk, lagilah sedap berganda2...
Silalah mencuba yer..


Sekian, dari dapur mama Qayyum..
Terima kasih sudi baca..


Monday, March 18, 2013

Obimin, Calcium & Vitamin



Assalam..


Alhamdullillah..sekarang kandungan dah masuk 31 minggu..
Harap-harap semua akan dipermudahkan..
Last check-up dua minggu lepas..sepatutnya minggu ni kene follow-up check-up tapi kelmarin balik Temerloh doktor MC pulak..
Doctor pon manusia biasa kan..agak2 doktor tu ambik MC kat maner ek..takkan sendiri sign kan?..hehe
Tapi takpelah, minggu ni akan balik Temerloh semula utk check-up dgn doktor tu..



Kali ni sy nak share ubat-ubatan yang sy makan sepanjang mengandung..
Untuk first trimester, kita kene makan asid folic..lepas kandungan masuk bulan ketiga, doktor akan tukar kepada obimin..
Fungsi obimin adalah untuk menambahkan darah dalam badan BUKAN menambahkan berat badan & berat baby..kita selalu salah anggap bahawa obimin tu untuk buat baby besar kan..sebenarnya salah tanggapan tu..




Tapi, sy pon cengkelat jugak..takdelah makan hari2..
Kalau ingat sy makan hari-hari..kalau tak dua hari sekali baru makan..
Kali ni sy memang tak ambik langsung susu, sy harap boleh bersalin secara normal..
Dulu masa Qayyum sy minum Anmum, doktor terus plan ceaser sebab masa scan doktor kata baby besar..
Masa operation tu doktor kata kebanyakkan ibu minum susu Anmum tu la, sebab tu baby membesar bagaikan juara..
Jadi kali ni sy memang tak minum susu langsung, so sebagai ganti kene makan kalsium..
Untuk supliment pulak, sy ambik Spirulina Elken..




Ubat yang warna merah tu adalah obimin, yang kuning tu pulak kalsium..
Bapak besar kan ubat dia..rasa cam nak tercekik jer kat tekak..
Spirulina pulak sy makan sehari 10 biji..
Selalu sy makan terus sepuluh biji tu sebab kalau nak makan dua atau tiga kali sehari takut terlupa..
Untuk obimin dan kalsium tu sy dapat FREE sebab check-up dekat PANEL Clinic..
Spirulina tu jer beli, harganya RM150 untuk 500 tablet..
Sebotol ni tahan dalam tak sampai dua bulan kalau makan secara konsisten..
Spirulina ni sy beli dekat Doktor Rusmini yang check-up sy tiap2 bulan tu lah..
Doktor ni sangat friendly dan dia siap bagi harga ahli dengan diskaun lagi..baik kan..
Harga ahli dalam RM152 kalau tak silap..


Setakat ni sy baru makan botol yang ketiga..perbezaan yang SANGAT ketara adalah kaki dah tak krem malam-malam dengan syarat kene pakai stokin la waktu tidur..
Kalau dulu masa pregnant Qayyum, seminggu dua ke tiga kali kaki asyik krem jer, terpaksa asyik MC jer tau..
Tapi untuk mengelakkan kaki krem, kita kene cepat2 berdiri dan jalan perlahan2..insha-Allah sakit tu akan hilang sikit demi sedikit..


Apa itu Spirulina??
Kehidupan bumi bermula di dalam laut. Sumber makan pertama ialah lumut dan alga. Spirulina ialah salah satu bentuk kehiduan pra-sejarah yang paling purba, dengan rekod kewujudan selama 350 juta tahun.

Kini terdapat kira-kira 35 jenis spirulina di dunia.
Spirulina yang boleh dimakan oleh manusia secara besar-besaran adalah :
- Arthropira
- Arthropira (Spirulina) Maxima
- Arthropira (Spirulina) Platensis

Spirulina ialah mikroalga yang membiak dalam cuaca panas bermatahari dan air beralkali di seluruh dunia.. Ia mengandungi kepekatan nutrien yang tidak tertanding oleh mana-mana satu bijian, herba atau tumbuhan lain.

Spirulina adaah 1000 kali lebih tinggi kandungan nutriennya berbanding dengan rumpai air dan sayur-sayuran. Apabila dimakan setiap hari, spirulina akan menggantikan mana-mana nutrien yang kurang didalam diet seperti kekurangan buah-buahan dan sayur-sayuran; membekalkan nutrian seimbang; dan memperbaiki keadaan badan berasid.


Kenapa ELKEN SPIRULINA dikatakan sebabagai Raja Spirulina??

Keunikan 1 - Pengesahan Organik
Keunikan 2 - Menggalakkan kesihatan dan pemulihan
Keunikan 3 - Pengasas Termasyur dan Pengiktirafan Antarabangsa

Penerangan Keunikan 1 - Pengesahan Organik
- Pasti mengandungi 46 jenis nutrien perlu, kerana nilai nutrisi makanan organik mengandungi 4 kali lebih tinggi berbanding dengan makanan yang dihasilkan oleh kaedah perkebunan biasa
- Ia memastikan pengambilan nutrien dalam kadar yang seimbang. Komponen nutrien EKLEN SPIRULINA adalah berkadaran dengan jumlah yang diperlukan oleh badan Berdasarkan Saranan Keperluan Harian (RDA).
- Memastikan kepekatan nutrien yang tinggi.

Penerangan Keunikian 2 - Menggalakkan kesihatan dan pemulihan
- Beta-Karotena
- Xantofil
- Fikosianin
- Klorofil A
- Vitamin B12
- Zat Besi
- Asid Gama-Linolenik
- Super-Oxide Dismutase (SOD)
- Protein
- Selepas pengambilan EKLEN SPIRULINA, kepekatan Beta-Karotena dalam darah adalah 3 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengambilnya.

"Asap rokok dan alkohol akan mengurangkan kepekatan Beta-Karotena dalam darah sebanyak 2 kali ganda dibandingkan dengan org biasa. Oleh itu, mereka yang merokok dan meminum alkohol patut mengambil EKLEN SPIRULINA untuk meningkatkan jumlah Beta-Karotena dalam darah mereka."

 
Badan yang sihat terdiri daripada 60,000,000,000,000 (60 trilion) sel yang sihat.

Sel sihat memerlukan :
1. Nutrisi seimbang
2. Oksigen Mencukupi
3. Air tulen (0 klc)
4. Kesihatan Rohani

Ambil 2 atau 3 kali setiap hari.
Dewasa - Ambil 5 hingga 10 biji setiap kali
Kanak-Kanak (di bawah umur 12 tahun) - Ambil 1 hingga 4 biji setiap kali.

ELKEN SPIRULINA terdapat dalam dua harga, iaitu harga untuk ahli dan bukan ahli.

Harga Ahli
250 tablet sebotol  - RM   86.10
500 tablet sebotol - RM 152.50
1200 tablet sebotol - RM 345.00
3000 tablet sebotol - RM 699.00

Harga Bukan Ahli
250 tablet sebotol  - RM   98.00
500 tablet sebotol - RM 171.00
1200 tablet sebotol - RM 381.00
3000 tablet sebotol - RM 777.00


Reaksi Yang Mungkin Dialami selepas mengambil ELKEN SPIRULINA

1. Demam atau Demam ringan
Sebab-Sebab yang mungkin : -

Spirulina kaya dengan protein dan nutrien-nutrien lain yang dapat meningkatkan metabolisme badan sehingga membebaskan haba badan, dengan itu meningkatkan suhu badan.

2. Demam, teransang, bertenagam, terjaga pada waktu malam.
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Membakar Lemak berlebihan dalam badan kita lalu bertukar kepada haba adalah keadaan yang normal.

3. Kumuhan hijau atau kehitam-hitaman ~ buang hadas besar
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Spirulina membantu untuk membuangkan sisa  yang terkumpul dalam usus.  Juka kumuhan masih berwarna hijau setelah satu jangkamasa tertentu, ianya adalah disebabkan oleh pigmen hijau Spirulina.

4. Berkentut dan sakit dada
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Sistem penghadaman yang tidak baik, sakit kembung perut.

5. Rasa lebih sakit pada tempat sakit
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Ulser gastrik, reumatisme, asid urik berlebihan, migrain, neuralgia

6. Mangantuk, tangan dan kaki berasa letih
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Keadaan badan yang berasid, fungsi hati tidak baik, terlalu letih atau pengambilan ubat yang berlebihan.

7. Pening, tidak bertenaga, kelaparan
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Jika diambil oleh org yang mempunyai hipoglisemia dananemia, paras gula darah mungkin turun untuk membakar minyak yang berlebihan.





Berbalik semula pada cerita obimin..
Sy pernah dapat obimin brand appeton macam gambar di atas..
Sy ambik kat Klinik Setia dekat office sebab Klinik Sulaiman dah kehabisan stok obimin..
Wekkk, sangat tak sedap..
Rasa pahit dia melekat kat tekak..
Lepas makan obimin ni kene spare gula2 ke asam ker sebab memang rasa nak muntah..
Tapi sebab takde choice, sy telan jugakla masa tu walaupun terpaksa..




Last 2 week check-up, urine sy kotor sikit..
Dan doktor bagi anti-biotik dan juga ubat serbuk untuk diminum bagi membersihkan urine..


Itu jelah kot nak story pasal supliment yang perlu sy makan sepanjang mengandung ni..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..



Saturday, March 16, 2013

Cendol Borhan - Kuala Selangor


Asslamualaikum..



Kat area Kuala Selangor tu ada lagi satu cendol yang famous selain Cendol Bakar tu..
Sepupu sy kata dia lebih suka Cendol Borhan ni compare Cendol Bakar..
Yang Cendol Borhan ni lagi sedap..katanyalah..



So, hari ahad lepas tu mak dengan abah sy ikut balik Bentong..
Kitorang decide untuk ikut Kuala Selangor - KL - Bentong..saja jer, asyik jalan belakang jer, bosanla pulak..jadi hari tu bolehla jalan2 sekali..





So, bila lalu Kuala Selangor kitorang pon singgah kat kedai Cendol Borhan ni..
Tapi pelanggan taklah seramai macam cendol bakar tu..
Memula kereta standard macam taknak singgah, asyik makan cendol jer katanya..
Tapi sy pedulik hapa, kene singgah jugak..




Yang budak ni pulak buat perangai dari pagi..
Tak ketahuan punca asyik melalak jer..
Stress sungguh..asalnyer tak puas main air waktu mandi..
Tu yang terus melalak, dan melalak..pakai baju melalak, buat susu taknak minum, bagi makan  taknak jugak..melalak pulak sambil berguling2 dekat lantai..
Semua taknak..apa yang dia nak pon tak tahu..
Kesudahannya, cepat2 kemas barang, cepat2 gerak balik..
Masuk dalam kereta pon melalak lagi..
Bagi gula2 barulah senyap..
Nasib baik dalam kereta terus senyap jer..




Kitorang order otak-otak..
Tokey cendol la yang bakar otak-otak ni..
Tapi kereta standard kata otak-otak kat sini tak berapa sedap..
Ntah, sy layan jer..
Ok jer, takder la tak sedap sangat..
Satu harga RM0.70..
Kitorang order lima jer, just untuk rasa..




Mak dengan abah sy taknak makan sebab katanya tak reti nak makan otak-otak..
Qayyum pulak yang bersemangat makan otak-otak ni..
Bila tanya sedap ker..budak tu angguk kepala jer..





Sy order cendol pulut durian..
Kereta standard pon sama, sibuk jer nak tiru..
Ingatkan ada durian sebiji ker, rupanya pes durian jer..
Yang ni harganya RM2.00 sahaja..
Rasanya pada sy BIASA-BIASA sahaja..
Sy lagi suka Cendol Bakar..hehehe
Sy pon confius apesal cousin sy kata cendol borhan ni lagi sedap..
Ntahla, tekak masing2 kan..




Mak abah sy makan cendol biasa jer..
Terlupa plak nak snap menu cendol kat sini..
Ada lebih kurang dalam 6 menu cendol rasanya..





Kalau tengok dari bunting ni, cam dah banyak branch jer cendol borhan ni bukak kan..




Budak ni bagi cendol taknak makan pulak..
Bagi kacang pon bukannya dia makan, seronok nak mencucuk jer..




Muka gembira dapat makan cendol..
So kesimpulannya Cendol Borhan vs. Cendol Bakar..
Yang mana menjadi pilihan..sudah tentunya Cendol Bakar..hehe
Next time nak ajak kereta standard singgah makan lagi la kat cendol bakar tu..
Teringat2 pulak..
Ishh, tak boleh jadi neh kan..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Friday, March 15, 2013

Wedding & Birthday Party


Assalamualaikum..


Semalam sy urgent leave, minggu lepas mak dengan abah ikut balik Bentong..
Sy ingatkan diorang nak tido seminggu kat umah sy..tuptup baru dua tiga hari dah menggelupor nak balik umah sendiri..
Kesian kucing tak bagi makanla, takut pokok mati tak bersiramlah..itulah, inilah..
Maka, terpaksalah sy dan kereta standard cuti gi hantar mak balik kampung..
Kitorang gerak balik Sg Besar pagi tu, makan kat kedai siap2..petang dalam pukul 3.30 gerak balik Bentong semula...
Kesian pulak kalau nak suruh kereta standard gi hantar sorang2..
Lagipon dia kata mesti bosan drive balik sorang, tu yang sy terpaksa temankan jugak tu..



Tapi entry ni bukan cerita psal semalam, ni baru nak update activity balik kampung minggu lepas..
Tujuan utama balik kampung sebab ada kenduri kendara di rumah saudara mara..
Ada dua kenduri, satu dekat jer masih kat Sg Besar..lagi satu kat Bagan Datoh, Perak..



Tapi, yang bestnyer kenduri kat Sg Besar tu diorang buat birthday party sekali..
 



Qayyum pon sibuk nak main belon..
Tapi belon tu tak boleh tiup besar2 sebab cepat jer meletop..




Meriah dan glamour kan..
Happy birthday Fatin..
Budak Fatin ni second cousin sy..kira anak sedara jugakla kan..




Budak comel putih melepak macam cino ni pon anak cousin sy..
Semangat sungguh budak ni, dan terserlah perbezaan kulit yang agak ketara disitu..
Qayyum masa ni kusyuk sungguh makan candy..
Kereta standard pon macam dah gemok kan..
Bukan macam lagi, dah memang pon..hehe




Ada macam2 jenis kek..
Walaupon sy dah kenyang melantak nasi arab tapi tetap jugak nak makan kek..




Yang ni red velvet cake, first time kot sy rasa..
Mula2 macam takut jer nak makan, kek tu merah sangat..




Seterusnya rainbow kek pulak..
Yang ni pon first time rasa jugak..
Kek ni cantik sebab colourful..
Kedua2 biji kek ni dibuat oleh sepupu sy jugak..dia meniaga kot..




Sempat makan sikit jer, lepas tu terus bawak lari pinggan masuk kereta..
Haha..buruk perangai betul..
Sebabnya, nak mengejarkan kenduri yang lagi satu dekat Bagan Datoh tu..


Kat dalam kereta dah jadi huru-hara pulak..
Bila Qayyum nampak jer, dia pon sibuk jer nak makan kek jugak..
Sampai  tergolek2 kek kene tudung nenek..
Kesian nenek..



Sekian..


Wednesday, March 13, 2013

Mee Ketam - Batu 23, Sg Nibong


Assalamualaikum..


Sambung balik cerita balik kampung minggu lepas..
Hari Jumaat lepas tu tak lunch pon..
Bayangkanlah betapa laparnya perut sy..
Nasibla sebelum tu dah makan cendol pulut kat Cendol Bakar, kira oklah sikit..


Lepas tu kene pikir pulak kitorang ni nak makan apa? nak makan kat mana?
Sy decide kita makan jer kat Batu 23, Sg Nibong..
Kereta standard pon ok jer, then kata bolehla dia makan satay..
Kitorang dah pernah makan kat sini dulu..
Dah blog dekat SINI dan SINI..




Kitorang sampai dalam pukul 6.30 la lebih kurang..
Lengang jer..tak ramai sangat pon yang datang makan kat sini petang tu..




Kereta standard order satay ayam 20 cucuk dengan nasi impit 3 ketul..
Satay kat sini boleh tahan sedap jugak..
Harga pon ok, ayam dia besar jugak lepas tu takderla banyak kulit sangat..
Selalu makan satay tu, kulit mesti ada kat setiap cucuk tu..
Kereta standard siap kata, satay kat sini antara yang tersedapla dia pernah makan bila balik Sg Besar..
Tempat2 lain semua kureng..




Harganya pulak RM0.50 secucuk..
Daging harga RM0.60 secucuk, tapi masa ni satay daging belum sampai lagi kot..
Satay ayam jer ada, tapi masa kitorang dah nak balik tu sy tengok dah ada orang order satay daging..




Kereta standard muka gembira dapat makan satay..
Order 20 cucuk untuk makan, lepas tu bungkus lagi 30 cucuk untuk mak dengan abah kat rumah..
Mak pon tak masak, sebab itulah kitorang makan dulu kat luar siap2..




Budak Qayyum ni ntah berapa cucuk jgak dia makan..
Qayyum kan memang suka satay..
Kalau dulu, nak makan satay jer kener patahkan dulu lidi yang tajam kat hujung tu..
Tapi sekarang dia dah bijak, dah pandai dah makan satay ikut tepi..
Takdelah tercucuk mulut dia..




Sy pulak order mee ketam..
Dulu2 makan ketam ada dua ekor, tapi sekarang apasal ketam dia ada sekor jer ek..
Maybe sebab ketam besar kot sebab tu ada sekor jer..
Tapi sebenarnya takderla besar sangat..biasa2 jer..
Dan ketam jugak tak berapa segar..
Bila sampai jer mee ketam ni atas meja, maka datanglah dua tiga ekor lalat escort..nampak sangatla kan tak berapa nak fresh..




Tapi sebab lapar punyer pasal, habis licin jugak sepinggan mee ketam ni..
Kulit tu tak makanla kan..kalau lembut rasanya dah habis licin semua..hehe..
Lepas makan terus gerak balik rumah...



Sekian..