Pages

Saturday, March 16, 2013

Cendol Borhan - Kuala Selangor


Asslamualaikum..



Kat area Kuala Selangor tu ada lagi satu cendol yang famous selain Cendol Bakar tu..
Sepupu sy kata dia lebih suka Cendol Borhan ni compare Cendol Bakar..
Yang Cendol Borhan ni lagi sedap..katanyalah..



So, hari ahad lepas tu mak dengan abah sy ikut balik Bentong..
Kitorang decide untuk ikut Kuala Selangor - KL - Bentong..saja jer, asyik jalan belakang jer, bosanla pulak..jadi hari tu bolehla jalan2 sekali..





So, bila lalu Kuala Selangor kitorang pon singgah kat kedai Cendol Borhan ni..
Tapi pelanggan taklah seramai macam cendol bakar tu..
Memula kereta standard macam taknak singgah, asyik makan cendol jer katanya..
Tapi sy pedulik hapa, kene singgah jugak..




Yang budak ni pulak buat perangai dari pagi..
Tak ketahuan punca asyik melalak jer..
Stress sungguh..asalnyer tak puas main air waktu mandi..
Tu yang terus melalak, dan melalak..pakai baju melalak, buat susu taknak minum, bagi makan  taknak jugak..melalak pulak sambil berguling2 dekat lantai..
Semua taknak..apa yang dia nak pon tak tahu..
Kesudahannya, cepat2 kemas barang, cepat2 gerak balik..
Masuk dalam kereta pon melalak lagi..
Bagi gula2 barulah senyap..
Nasib baik dalam kereta terus senyap jer..




Kitorang order otak-otak..
Tokey cendol la yang bakar otak-otak ni..
Tapi kereta standard kata otak-otak kat sini tak berapa sedap..
Ntah, sy layan jer..
Ok jer, takder la tak sedap sangat..
Satu harga RM0.70..
Kitorang order lima jer, just untuk rasa..




Mak dengan abah sy taknak makan sebab katanya tak reti nak makan otak-otak..
Qayyum pulak yang bersemangat makan otak-otak ni..
Bila tanya sedap ker..budak tu angguk kepala jer..





Sy order cendol pulut durian..
Kereta standard pon sama, sibuk jer nak tiru..
Ingatkan ada durian sebiji ker, rupanya pes durian jer..
Yang ni harganya RM2.00 sahaja..
Rasanya pada sy BIASA-BIASA sahaja..
Sy lagi suka Cendol Bakar..hehehe
Sy pon confius apesal cousin sy kata cendol borhan ni lagi sedap..
Ntahla, tekak masing2 kan..




Mak abah sy makan cendol biasa jer..
Terlupa plak nak snap menu cendol kat sini..
Ada lebih kurang dalam 6 menu cendol rasanya..





Kalau tengok dari bunting ni, cam dah banyak branch jer cendol borhan ni bukak kan..




Budak ni bagi cendol taknak makan pulak..
Bagi kacang pon bukannya dia makan, seronok nak mencucuk jer..




Muka gembira dapat makan cendol..
So kesimpulannya Cendol Borhan vs. Cendol Bakar..
Yang mana menjadi pilihan..sudah tentunya Cendol Bakar..hehe
Next time nak ajak kereta standard singgah makan lagi la kat cendol bakar tu..
Teringat2 pulak..
Ishh, tak boleh jadi neh kan..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..



No comments:

Post a Comment