Pages

Thursday, April 11, 2013

Grand Continental Hotel, Kuantan


Assalamualaikum..


Last weekend kitorang bermalam dekat hotel ni..semalaman jer..hotel ni dekat dengan Megamall, Kuantan..boleh jalan kaki jer..
Tapi hari sabtu tu tak sempat nak pegi Megamall walaupun dekat jer, hari ahad lepas checkout baru berkesempatan singgah jalan2..



Booking reservation adalah secara online dan sangat berbaloi-baloi..dapat diskaun banyak..
Dapat free breakfast skali..





Budak ni kan memang malas nak jalan, siap naik troli angkut barang ni..
Lepas tu dah sampai bilik taknak turun pulak tu..haru betullah si Qayyum ni..




Kitorang dapat standard room dekat tingkat 9 ke tingkat 7..lupa sudah..
Tapi dapat katil single sebab yang lain dah full..
Kereta standard kata tak kisah jer, dan terus cantumkan katil tu..




Bilik ni ok la kot..selesa..
Tapi aircond dia cam tak berapa kuat sangat..
Nak adjust pon tak boleh..
Waktu siang sekarang kan panas, tu yang cam tak rasa sircond jer..




Budak Qayyum ni masuk jer bilik, dia dah start buat onar..
Perkara pertama nampak jer telefon terus nak main..
Pantang betul, siap kene marah dengan receptionist lagi sebab main telefon..
Terus jer cabut wayar tu, senang cerita..
Telefon kat rumah pon sama, dia buat main sampai dah rosak rasanya..
Apa tak rosak, main baling2..




Bilik air pon ok, ada bathtub..




Ni view dari bilik..
Pemandangan biasa2 jer..lagipun ni kan kat tengah2 bandar..
Kat belakang hotel ni ada sekolah..




Aktiviti anak dan bapak pada waktu petang adalah main air..
Budak ni apa lagi, gembira berganda2 la dapat main air..
Kat tingkat 3 hotel ada swimming pool tapi kereta standard kata takder pool untuk kanak2..so dia malas nak bawak Qayyum mandi kat situ..takut air dalam..
Jadinya mandi dalam bilik air hotel sudah..




Tengokla tu, lebar jer senyum budak ni..
Menjerit sekuat2nya kat dalam bilik air tu..hamboii, gembira sangat...
Kereta standard punyer layan anak dia ni mandi buih, siap cilok shower gel kat bilik mak abah dengan bilik abang dia skali..haha
Kitorang memang ada bawak shower gel sendiri tapi sebab nak taruk banyak2 tu yang guna jer yang hotel punyer..


Mak mertua sy kata, dulu2 masa bawak anak2 dia time kecik-kecik tido hotel pon macam nilah kerja budak2 tu..
Tak gi jalan2 pon tapi dah gembira sangat dapat mandi dalam bathtub hotel..




Yang tak boleh belah, bapaknyer pon sama naik dengan anak..
Gambar ada banyak tapi ni jelah kot gambar laki i yang tak berapa nak seksi..hehe..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



Wednesday, April 10, 2013

Baskin Robbins @ ECM, Kuantan


Assalamualaikum...


Last weekend sy bercuti-cuti ke Kuantan bersama dengan keluarga kereta standard..
Sebenarnya abang dengan adik kereta standard nak tengok bola kat Stadium Kuantan malam sabtu tu, jadi diorang pon ajak kitorang dengan mak abah dia join sekali..
Tapi tidaklah kitorang ni ikut mereka tu tengok bola, just jalan2 cuti mata sahaja..
Bolehla kan daripada duduk rumah kebosanan..hehe


Kitorang gerak dulu dengan mak mertua sy..
Abah mertua pulak naik satu kereta lagi dengan abang dan adik kereta standard..
Disebabkan kitorang sampai awal, maka lokasi pertama yang dituju adalah East Cost Mall, Kuantan..
Sementara nak tunggu yang lain2 tu sampai kitorang pon pusing2 dulu kat dalam ni..




Ni mak mertua sy..
Dan family sebelah inlaw..
Adik beradik kereta standard ada tiga orang jer..yang lain belum kahwin lagi..
Qayyum pulak cucu pertama dan jugak cicit pertama keluarga sebelah abah dia..
Memang manja habisla si budak Qayyum ni..




Disebabkan birthday Qayyum last week tu belum celebrate lagi dengan family kereta standard maka kereta standard pon menge'pow' abang dia suruh blanjer ice-cream cake untuk Qayyum dekat baskin robbins..
Nasib baik long dia sporting..selamat duit mama kamu Qayyum..kehkeh..
Berapa harga kek eskrem ni tidaklah ku tahu..hehe..
Sebab orang blanjer, sy pon malas nak menyebok2 tanya berapa harga..




Qayyum macam takde mood sangat..letih agaknya..





Ni gambar instagram..
Satu jer yang sy upload..
Malas plak nak upload banyak2..




Pagi tu sebelum gerak ke Kuantan, gi buat pregnancy checkup dulu kat klinik..
Sekali kene ambik darahla pulak..
Ambik kat tangan, tu yang bertampal2 plaster bagai tu..
Tiga empat hari jugakla baru hilang lebam dia..
Doktor kata hb sangat bagus..15..
Urine test pulak kali ni first time bersih..
Dah tiga kali checkup, urine asyik kotor jer..
Rasanya sebelum checkup memang sy tak makan langsung, lepas tu dah minum 1 liter air..
Tapi kali ni bersih pulak..rasanya sebab sy minum air kelapa sehari sebelum checkup, tu la agaknya urine bersih tu..





Macam biasala, ambik gambar banyak2 dulu sebelum potong kek..
Qayyum dah tak sabar2 dah nak makan kek eskrim tu..
Tak lepas2 mangkuk dengan sudu dia..




Family picture, tapi gambar kereta standard takder la pulak..sebab dia yang ambik gambar..hehe





Ice-cream memang habis licin..
Kek yang kat bawah tu jelah kurang laku sket..
Lagipon manis sangat, sekarang ni sy pening kepala la kalau makan banyak sangat manis2, lagipon tengah pregnant takut darah naik pulak..
Tapi alhamdulillah, setakat ni berat badan masih terkawal dan yang paling happy tak pernah lagi kene minum air glukose tu..
Masa pregnant Qayyum dulu kene minum sekali sebab dalam masa 2 minggu berat naik 3 kilo..
Nasib baikla sekali tu jer..


Lepas jer habis makan kat sini terus chow cari nasi..
Dah pukul 1 masa ni, masing2 kelaparan..
Orang tua mana nak makan fast food sangat tu yang gi cari kedai nasi jugak..


Check-in hotel pukul 3 petang, so masih sempat nak makan tengah hari..
Kitorang bermalam dekat Grand Continental Hotel, semalaman jer..
Pukul 12 hari ahad tu check-out, jalan2 kat Megamall pulak lepas tu baru gerak balik..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Tuesday, April 9, 2013

Basikal Baru..


Assalamualaikum..


Hari Khamis minggu lepas, masa kereta standard jemput sy balik kerja dia pon ajak pergi beli basikal..
Bersemangat betul nak beli basikal untuk anak dia..
Kereta standard kata kita guna jer duit tabung Qayyum..
Ni first time guna duit tabung Qayyum, haritu balik kampung nenek ada bagi duit tapi kereta standard tak sempat nak bank-in masuk akaun, jadi kitorang gunakan jer duit tu untuk beli basikal budak ni..


Ni konon2nyer birthday present yang ke 2 tahun la..
Dulu masa setahun kereta standard belikan lori jentolak tu..
Kiranya setahun satu jer..
Kitorang ni malas nak beli banyak2 basikal yang kecik2 tu bukannya apa, kan kitorang ni duduk rumah flat jer..rumah dahla sempit, bersepah2 pulak tu..runsing jer tengok..hehe




Memula try basikal yang ni..
Harga RM150 belum tawar menawar lagi neh..




Lepas tu kereta standard try basikal yang lain pulak..katanya yang ni lagi cun dan nampak sporty..
So tukar yang ni pulak..
Tapi warna tetap nak warna merah jugak..
Ala, basikal budak kan..colour pon tak banyak choice sangat..ada merah, biru dengan kuning jer..




Seat dia boleh adjust..
Nampak macam sedang elok jer kan Qayyum duduk atas tu..
Padahal kayuh pon tak reti lagi, dah la tak reti kayuh lepas tu kaki tak sampai bawah pulak tu..
Nak naik sendiri pon tak pandai lagi..hahaha
Layan jelah excited kereta standard tu nak belikan basikal untuk anak dia ni..


Pilih punyer pilih, akhir sekali ambik basikal yang ni..
Harganya RM200..lepas tawar menawar dapat kurang RM20 jer..
Basikal kecik jer tapi harga kemain mahal lagi..
Kalau dulu2 rasanya 200 tu memang dah dapat basikal besar kan..
Ni pon jenuh dah tawar, tokey cina tu dah taknak kasi kurang dah..
Kitorang guna duit tabung Qayyum RM100, papa dia topup yang balance tu..




Kitorang beli kat kedai ni..
Lokasi kat Bentong jer..
Kereta standard kata kedai ni murah sikit compare kedai lain sebab dia dah survey sebelum tu..
Dulu pon beli lori menan kat sini, tu yang tokey tu bagi kurang RM20..
Kalau tak dia kasi kurang dalam RM10 jer..




Masa balik letak basikal kat seat belakang, budak Qayyum ni terus membelek2 basikal baru dia tu..
Pandai pulak tu, siap tanggalkan plastik pada basikal tu..
Benda baru la kata kan, mula-mula jer excited tu..
Tengokla dah lama2 karang..mesti dah tak heran..




Sampai rumah Qayyum terus jer duduk kat basikal tu..
Tapi duduk jelah tak bergerak2..hehe

Agaknya dah bosan sebab tak boleh kayuh..
Lepas tu dia start main pusing2 pedal tu lepas tu sorong tangan dekat rantai basikal tu..
Eii..bahaya betul.. Risau jer tangan tersepit kat celah rantai basikal tu..
Kalau dia main basikal ni memang kene tengok dan berhati2 lebih sikit..
Kang tersepit, hilang jari tak pasal2 jer..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..





Monday, April 8, 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


Assalamualaikum...


Ok, ni lagi satu pengaruh novel ke drama yang sedang hangat diperkatakan di office macam "Adam & Hawa" dulu tu..
Masa cerita ni start episod satu terusla bersemangat nak baca novel dia..
Tengok gazette drama macam comel plak kan..tu yang nak layan tu..



**picture from google


Kat office sy ni, ada yang giler novel..
Bila start jer drama yang diadaptasi dari novel so diorang akan beli novel tu..
Sy tengok mood jugak, yang "Adam & Hawa" tu  memang sy baca novel semula masa start drama tu ditayangkan..
So kali ni bila officemate kata drama ni macam best so sy pon meluangkan masa utk baca novel ni..
Tapi sy pinjam jer dr officemate..hehe..




Bila dah start baca novel memang susah nak berhenti..
Mesti nak baca sampai habis..
Balik rumah malam sambung baca novel lagi, kereta standard pon stress sebab tak bersembang2 dengan dia..hahaha..


Review sy selepas baca novel ni..
Memula macam sweet jer, tapi bila dah separuh buku macam bosan jerk..
Balik2 gaduh, baik, gaduh semula kemudian baik..
Tu jer..
Tapi bolehla, takdela bosan sangat..
Sy bagi 3.5 bintang jelah daripada 5 bintang..
Sebab sy rasa ada novel lain yang lagi best yang pernah sy baca dari novel ni..


Last week drama dah tayang episod dua..
Tapi macam berubah sikit jalan cerita dia compare dengan novel..
Apa-apa pon sy enjoy jer layan drama ni..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..





Thursday, April 4, 2013

Jawapan Kenapa Lift Masih Rosak..



Assalamualaikum...


Last month kan sy ada blog pasal lift kat rumah sy yang rosak dan masih tak dibaiki lagi tu kan..
Boleh baca kat SINI..


Last week sy tengok ada notice baru telah ditampal..
Notis adalah seperti di bawah..




 "Diminta maaf"....
Hadoii, tak boleh belah betullah bahasa melayu diorang ni...
Tapi macam comel pulak diminta maaf tu kan..hehe..


Kos baik pulih lift RM8,500.00 tapi duit cuma ada RM1,134.48 sahaja...
Nampak gayanya kan sampai sy beranak la lift ni takkan dibaiki..


Kamon la..sekarang kan dah nak pilihan raya..
Kalau diorang ni gi mintak kat YB Bentong tu takkan tak boleh dapat dana untuk baiki lift kan..
Letih dah mak incik memanjat tangga...
Si Qayyum tu punyer peel, bila start nak naik tangga jer terus duduk kat situ..
Pemalas betul budak tu nak jalan naik tangga sendiri..
Kesudahannya, terpaksala berdukung..


This is bad..
Kereta standard pulak, dan2 tu lah nak ajak pindah rumah bawah..
Huiii, tak laratla sy diwaktu sekarang ni nak mengemas barang2 semua untuk berpindah..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..




Wednesday, April 3, 2013

Tutti Frutti - New Branch @ Sg Besar


Assalamualaikum..


Sekarang ni kat Sg Besar dah ada Tutti Frutti, kat Temerloh pon sama dah ada jugak branch yang baru buka..
Jadi, hobby kereta standard kan bila balik kampung jer mesti nak menyinggah kat sini..
Balik Temerloh pon sama jugak, mesti nak singgah beli ice-cream..
Sy sentiasa ok jek sebab dia yang bayar..hahaha..




Sekarang kan cuaca sangatla panas..
Memang syok layan ice-cream waktu panas2 macam sekarang ni..
Yang ni kereta standard ambik 4 flavour..coklat, red velvet, kiwi dengan yang original..




Qayyum sangat sombong sebab taknk makan bersuap dah..
Sekarang semua benda nak buat sendiri..
Makan ice-cream pon nak suap sendiri..dah taknak mama papa suapkan..
Budak dah besar katakan..




Memula jer makan, lepas tu main jer lebih..
Janganlah kamu membazir2 kan ice-cream ni buat main yer..mama jentik jer tangan tuh..
Ice-cream mahal ni walaupon bukan duit mama yang bayar..hehe




Kitorang makan kat dalam sebab ada air-cond..barulah sejuk..
Kat luar ada kipas jer..tapi masa ni penuh jugak dengan pelanggan..




Masa ni singgah lepas balik dari kenduri ex-roomate sy dekat Seberang Perak..
Sampai sesat2 jalan nk cari rumah pengantin..sesat jauh pulak tu..sampai ke Lumut nun...
Tapi gambar pengantin ambik sikit jer..dahlah gambar sikit, blur pulak tu..
Ni semua salah kereta standard sebab tak pandai nak setting camera..
Huhu..mesti kereta standard bengang jer sebab asyik nak salahkan dia..
Tapi yang sesat tu salah sy..hehe..
Kereta standard kata, tak boleh pakai punyer co-pilot..hahaha




Ni bahagian dalam kedai ni..
Kalau nk buka business sendiri kene ada 500K - 700K baru boleh buka Tutti Frutti ni..
Huhuhu..500 ringgit pon belum tentu ada bila dah hujung2 bulan..kahkahkah..





Masa mula2 sampai semua meja semua penuh..
Lepas tu lengang..
Kiranya, boleh tahan lama jugakla kitorang  melepak kat dalam ni..
Dari kereta standard punyer ketiak berpeluh sampai keringla..hukhuk..




Selamat sudah..
Yang kiwi tu masam yang amat..kereta standard ambik kemain banyak lagi..
Jenuh nak habiskan..
Red velvet pulak sangat sedap..
Yang original pon sangat sedap jugak..sy suka yang ni..
Yang coklat tu dah comfirmla sedap kan..



Sekian..
Terima kasih sudi baca...




Tuesday, April 2, 2013

Qayyum is Two Years


Assalamualaikum..


Pada 31/3/2013, hari ahad lepas Ammar Qayyum genap 2 tahun..
Kereta standard memang tak berkenan betul nak buat birthday party ni..
Kebetulan dah balik Sg Besar, jadi nenek Qayyum buatkan pulut kuning sikit..
Baca doa dan makan2 kat rumah jer..
Kek ni pon order dekat sepupu sy yang baru berjinak2 membuat kek..




Kat dalam rumah amatlah panas, jadinyer makan2 kat luar rumah jer nenek Qayyum jer..
Memula jemput jugak sepupu2 sy datang tapi hari ahad semua busy, ada kenduri la..nak mengandamla..gi jemput mak balik umrahla..banyak sangat halnyer..
Kesudahannya yang datang cuma busu sy, anak dengan cucu dia merangkap sepupu sy la kan..
Takpela, bukannya kenduri pon..




Budak Aisyah ni menangis sebab taknak dengan orang lain..
Nak duduk dengan umi dan maktok dia jer..
Kereta standard cuba tangkap tu yang melalak tu..




Birthday boy..
Kemain sengih memanjang..
Sekarang kalau suruh posing dah pandai dah senyum sambil lentok2kan kepala..
Cumilla awak ni Qayyum..
Semoga anak mama ni membesar dengan sihat, cerdik, pandai, dengar kata dan jadi anak yang soleh..
Silalah abaikan pemandangan background yang tak berapa nak lawa tu yer..hehe




Mentang2 kek birthday dia, tak bagi can langsung kat orang lain pegang pisau pemotong kek tu..
Kesian Aisyah, tengok jelah yer..




Kek ni dalam dia kek coklat cheese..
Not bad jugak, sebab tak berapa muak sangat..
Senang jer buat tapi sebab sy pon tak sempat nak buat, tambahan pulak mood membaking memang kelaut sekarang ni, jadi order jelah..
Kek ni kereta standard yang request nak kek coklat, dia taknak kek yang berwarna warni macam red velvet ke, rainbow cake ker..




Siap letak mainan dia kat sebelah kek tu..
Ala, telur tu dapat free beli drypers..
Nenek tolong potongkan kek..




Lepa potong kek, kita potong pulut kuning pulak..
Sebelum tu baca doa dulu..
Sepatutnya pulut kuning dulu kan baru potong kek..terbalik pulak..
Sebab Qayyum dah tak sabar dah..tu yang terus jer potong kek tu..




Sila abaikan jugak gambar mama Qayyum yang dah gemok gedempol tu..
Ngeri nak declare berat semasa kat sini..hahaha..
Bila tengok gambar ni, ishhh..ishh...
Dahlah gemokkk, bulatt..buruk pulak tu...
Pipi ku lebar giler..
Tengok tangan dengan jari tu..gemokknyerr..
Huhh, mencik betullah..
Sabarlah hati..lagi sebulan lebih jer ni..




Budak ni makan adalah dua tiga suap jer..
Main air jer lebih..
Siap buat air basuh tangan lagi air sirap tu..




Budak Aisyah ni pon taknak kalah jugak..
Tengok abang Qayyum main air, dia pon nak main jugak..




Mak sy masak pulut kuning, rendang ayam, nasi impit dengan kari ayam..
Memula masak sikit sekali jadi banyakla pulak..
Petang tu kitorang balik, bungkus bawak balik Bentong sebab makanan banyak..




Sepupu sy ni pon pregnant jugak, dia due awal bulan 7..
Beza sebulan  jer..sama macam Qayyum dengan Aishah dulu pon beza dalam sebulan setengah jer..
Baik punyer planning kan..hehe




Petang ahad tu kitorang gerak dalam pukul 4 petang..
Jam 8 malam baru sampai rumah..
Jalan jem dekat Batang Kali nak ke simpang Genting Sempah tu..
Cuti sekolah dah habis tu yang jem tu..
Silap percaturanlah, sepatutnya gerak balik lagi awal..takdelah sangkut lama sangat..


Naik jer highway, tengok jalan jem dari Genting sempah menghala KL..
Nasib baik kitorang ni jalan yang bertentangan so takdelah stress dah dengan jem..
Sampai tol Bentong pon kereta bergerak perlahan..
Oii, pukul berapalah diorang ni semua nak sampai KL yek..
Kitorang yang dr Sg Besar yang jem sekejap ni pon dah stress..apatah lagi mereka tu..
Sabarlah yer..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..