Pages

Thursday, April 11, 2013

Grand Continental Hotel, Kuantan


Assalamualaikum..


Last weekend kitorang bermalam dekat hotel ni..semalaman jer..hotel ni dekat dengan Megamall, Kuantan..boleh jalan kaki jer..
Tapi hari sabtu tu tak sempat nak pegi Megamall walaupun dekat jer, hari ahad lepas checkout baru berkesempatan singgah jalan2..



Booking reservation adalah secara online dan sangat berbaloi-baloi..dapat diskaun banyak..
Dapat free breakfast skali..





Budak ni kan memang malas nak jalan, siap naik troli angkut barang ni..
Lepas tu dah sampai bilik taknak turun pulak tu..haru betullah si Qayyum ni..




Kitorang dapat standard room dekat tingkat 9 ke tingkat 7..lupa sudah..
Tapi dapat katil single sebab yang lain dah full..
Kereta standard kata tak kisah jer, dan terus cantumkan katil tu..




Bilik ni ok la kot..selesa..
Tapi aircond dia cam tak berapa kuat sangat..
Nak adjust pon tak boleh..
Waktu siang sekarang kan panas, tu yang cam tak rasa sircond jer..




Budak Qayyum ni masuk jer bilik, dia dah start buat onar..
Perkara pertama nampak jer telefon terus nak main..
Pantang betul, siap kene marah dengan receptionist lagi sebab main telefon..
Terus jer cabut wayar tu, senang cerita..
Telefon kat rumah pon sama, dia buat main sampai dah rosak rasanya..
Apa tak rosak, main baling2..




Bilik air pon ok, ada bathtub..




Ni view dari bilik..
Pemandangan biasa2 jer..lagipun ni kan kat tengah2 bandar..
Kat belakang hotel ni ada sekolah..




Aktiviti anak dan bapak pada waktu petang adalah main air..
Budak ni apa lagi, gembira berganda2 la dapat main air..
Kat tingkat 3 hotel ada swimming pool tapi kereta standard kata takder pool untuk kanak2..so dia malas nak bawak Qayyum mandi kat situ..takut air dalam..
Jadinya mandi dalam bilik air hotel sudah..




Tengokla tu, lebar jer senyum budak ni..
Menjerit sekuat2nya kat dalam bilik air tu..hamboii, gembira sangat...
Kereta standard punyer layan anak dia ni mandi buih, siap cilok shower gel kat bilik mak abah dengan bilik abang dia skali..haha
Kitorang memang ada bawak shower gel sendiri tapi sebab nak taruk banyak2 tu yang guna jer yang hotel punyer..


Mak mertua sy kata, dulu2 masa bawak anak2 dia time kecik-kecik tido hotel pon macam nilah kerja budak2 tu..
Tak gi jalan2 pon tapi dah gembira sangat dapat mandi dalam bathtub hotel..




Yang tak boleh belah, bapaknyer pon sama naik dengan anak..
Gambar ada banyak tapi ni jelah kot gambar laki i yang tak berapa nak seksi..hehe..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



1 comment: