Pages

Tuesday, April 9, 2013

Basikal Baru..


Assalamualaikum..


Hari Khamis minggu lepas, masa kereta standard jemput sy balik kerja dia pon ajak pergi beli basikal..
Bersemangat betul nak beli basikal untuk anak dia..
Kereta standard kata kita guna jer duit tabung Qayyum..
Ni first time guna duit tabung Qayyum, haritu balik kampung nenek ada bagi duit tapi kereta standard tak sempat nak bank-in masuk akaun, jadi kitorang gunakan jer duit tu untuk beli basikal budak ni..


Ni konon2nyer birthday present yang ke 2 tahun la..
Dulu masa setahun kereta standard belikan lori jentolak tu..
Kiranya setahun satu jer..
Kitorang ni malas nak beli banyak2 basikal yang kecik2 tu bukannya apa, kan kitorang ni duduk rumah flat jer..rumah dahla sempit, bersepah2 pulak tu..runsing jer tengok..hehe




Memula try basikal yang ni..
Harga RM150 belum tawar menawar lagi neh..




Lepas tu kereta standard try basikal yang lain pulak..katanya yang ni lagi cun dan nampak sporty..
So tukar yang ni pulak..
Tapi warna tetap nak warna merah jugak..
Ala, basikal budak kan..colour pon tak banyak choice sangat..ada merah, biru dengan kuning jer..




Seat dia boleh adjust..
Nampak macam sedang elok jer kan Qayyum duduk atas tu..
Padahal kayuh pon tak reti lagi, dah la tak reti kayuh lepas tu kaki tak sampai bawah pulak tu..
Nak naik sendiri pon tak pandai lagi..hahaha
Layan jelah excited kereta standard tu nak belikan basikal untuk anak dia ni..


Pilih punyer pilih, akhir sekali ambik basikal yang ni..
Harganya RM200..lepas tawar menawar dapat kurang RM20 jer..
Basikal kecik jer tapi harga kemain mahal lagi..
Kalau dulu2 rasanya 200 tu memang dah dapat basikal besar kan..
Ni pon jenuh dah tawar, tokey cina tu dah taknak kasi kurang dah..
Kitorang guna duit tabung Qayyum RM100, papa dia topup yang balance tu..




Kitorang beli kat kedai ni..
Lokasi kat Bentong jer..
Kereta standard kata kedai ni murah sikit compare kedai lain sebab dia dah survey sebelum tu..
Dulu pon beli lori menan kat sini, tu yang tokey tu bagi kurang RM20..
Kalau tak dia kasi kurang dalam RM10 jer..




Masa balik letak basikal kat seat belakang, budak Qayyum ni terus membelek2 basikal baru dia tu..
Pandai pulak tu, siap tanggalkan plastik pada basikal tu..
Benda baru la kata kan, mula-mula jer excited tu..
Tengokla dah lama2 karang..mesti dah tak heran..




Sampai rumah Qayyum terus jer duduk kat basikal tu..
Tapi duduk jelah tak bergerak2..hehe

Agaknya dah bosan sebab tak boleh kayuh..
Lepas tu dia start main pusing2 pedal tu lepas tu sorong tangan dekat rantai basikal tu..
Eii..bahaya betul.. Risau jer tangan tersepit kat celah rantai basikal tu..
Kalau dia main basikal ni memang kene tengok dan berhati2 lebih sikit..
Kang tersepit, hilang jari tak pasal2 jer..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..





No comments:

Post a Comment