Pages

Friday, April 12, 2013

Teluk Cempedak & Tanjung Lumpur @ Kuantan


Assalamualaikum..


Bila dah sampai Kuantan, tak sahla kan kalau tak pegi Teluk Cempedak ni..
Saja jer jalan2 bawak Qayyum gi mandi laut..
Tapi lain pulak jadinyer..
Budak ni hampir2 nak lemas..
Berhenti jantung sy sekejap tengok..
Hish..bahaya betul..


Bila dah sampai kat tepi laut tu, terlepas pulak tangan dengan budak ni..
Dia nampak air terus duduk..
Ombak pulak datang terus bawak Qayyum..nasib baik ayah long dia jadi superhero hari tu..
Cepat2 tangkap semula..
Sangat bahaya..


Nasib la atok dia tak nampak kot, kalau tak memang dah membebel..
Cukuplah sekali ni jer gi bawak mandi laut..
Pantai kat Teluk Cempedak ni cerun sikit, sebab dah ditambak pasir..
Pantai memangla cantik, tapi kalau dah merbahayakan nyawa..apa pon tak guna..
Lagilah budak kecik macam ni, dia apa tau..nak seronok jer..
Lain kali no more mandi laut, tunggu besar sikit baru boleh mandi laut..









Dah jadi macam ni, sekejap jelah kat pantai ni..
Qayyum ni bukan boleh nampak air sangat..boleh jadi diluar kawalan..
Masuk bilik air, mandikan dan tukarkan baju Qayyum lepas tu terus gerak..
Kita main air dalam bathtub hotel jelah Qayyum ek..





Lepas jalan-jalan kat Teluk Cempedak kitorang pegi makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur..
Ni first time sy datang sini..
Dah banyak kali datang Kuantan tapi kereta standard tak pernah nak bawak datang makan kat Tanjung Lumpur ni..
Baru kali nilah nak pegi..




So kitorang decide makan kat Kak Long Ikan Bakar Petai..
Kat sini tak ramai sangat pelanggan..
Mak dengan abah mertua sy kata pilih kedai makan yang tak ramai sangat orang sebab taknak tunggu order sampai lama sangat..
Apa yang perasan kan kat sini semuanya ikan bakar petai..
Yang biasa2 takder kot..
Agaknya memang dah trademark Tanjung Lumpur ni memang ikan bakar petai agaknya..




Ni semua makan untuk enam orang tak termasuk Qayyum..
Ok jelah rasanya, takdelah sedap sangat sampai teringat2..hehe



Sotong goreng tepung..



Yang ni kalau tak silap daging masak merah..
Tapi macam daging masak kicap jer kan..




Tomyam wajib ada..
Taksah kan kita kalau tak order tomyam kalau makan kat luar..
Tomyam ni pon rasa biasa2 jer..lagipon dah banyak sangat lauk sampai tak terusik maka daripada membazir habiskan isi tomyam sahaja..




Sayur pulak pilih sayur kailan ikan masin..




Yang ni ketam telur masin..
Ambik ketam dua ekor jer sebab ada orang yang tak makan ketam..
Sedap jugak ketam telur masin ni..
First time makan..al-maklumlah dah lama tak makan seafood..
Time pregnant mana boleh kerap sangat makan seafood..boleh naik kolesterol ni..




Haa..yang last sekali, nilah dia ikan bakar petai tu..
Ikan pulak kereta standard pilih ikan aji-aji..
Sy kan duduk pahang baru tau ada ikan aji-aji ni..hehe
Tapi ikan ni macam kureng kene sket..better ambik ikan pari rasanya..




Budak kecik ni sekarang memang dah taknak makan bersuap..
Dia tengok orang lain makan dia pon nak pinggan dengan nasi sendiri..
Tapi memang bersepah-sepah habisla..
Takpelah, yang paling penting tak kacau orang lain makan..dan yang paling penting sekali tak meramas lauk dalam pinggan..haha..


Qayyum ni peel dia kalau dah kenyang kan dia boleh buat scrub muka dengan kepala plak nasi tu..
Makan sampai dua belah tangan..
Kita nak makan pon tak senang..
Kalau makan kat rumah takper, lantakla situ nak bersepah2 pon..
Makan kat luar memang haru..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



1 comment: