Pages

Friday, September 18, 2015

Weekend Activity Dikala Jerebu : Mandi Pool


Assalam..


Ni sebenarnya aktiviti hujung minggu lepas.
Hari sabtu tu plan nak gi Cameron tapi jerebu la pulak.
Kitorang anak beranak semua pon dah batuk2, so cancel jelah aktiviti luar nak gi jalan2.


Sy dah lama x gi jalan Cameron tu.
Kitorang selalu pergi hari sabtu tapi balik hari jer.
Dari Bentong dalam 2 jam lebih sket jer ikut laluan Bentong-Raub-Koyan-Cameron.
Takpelah maybe next time..


Tapi kebetulan hari sabtu tu sepupu kereta standard bertunang pulak.
Last minute baru mak abah mertua inform, so terusla kitorang balik Temerloh.
Tapi kitorang balik hari jer, tak tido Temerloh pon.
Lepas kenduri balik umah mertua, tido kejap, lepas solat asar baru balik Bentong.


Hari ahad tu pulak memang duduk rumah sahaja.
Bangun awal sket kemas rumah.
Letih jugak rumah dua tingkat ni.
Menyapu, mengemop lantai, lap dinding lagi..
Over sangat lap dinding kan, tp sebab dinding dah tile, lagi pulak kaler putih so adalah nampak kesan2 kotor sikit.
Buat keje sikit tu pon dah letih.
Bilik air malas nak basuh..bole pulak kan..
Tunggu la nanti ada cuti lagi baru basuh bilik air pulak..haha..




So aktiviti hari ahad tu, bagi budak2 mandi pool..
Pool ni dah beli lama dekat 2 tahun, tapi kitorang tinggalkan kat Temerloh.
Guna pon baru sekali jer.
Kitorang kan duduk flat jer sebelum ni, kat celah mana pulak nak pasang kan..
Ni dah ada halaman barulah berkesempatan  nak pasang..


Memang bergembira habislah budak2 ni mandi.
Setengah jam lebih jugak nak penuhkan air, budak2 asikla tanya dah boleh mandi ke belum.
Tak sabar2..


Haa, mainlah korang sampai letih..


Kira kolam ni besarla jugak, boleh muat 10 orang budak..




Tapi adelah dalam sejam jer budak2 ni main lepas tu budak Qayyum tu boleh buang plak air dia..
Dah bosanlah tu gamaknya..


Budak Anaz tu pulak kan baru baik chicken pox, habis kembang2 chicken pox dia..
Haha, kesian dia. mak budak pon bijak sangat bagi mandi kolam kan..
Lepas mandi terus sapukan ubat.
Ada banyak jugak chicken pox yg belum kering.
Tapi tengok dia ok jer.
Sedap jer menggaru nak kopek kuping2 tu..
Tapi sekarang alhamdulillah dah kering dan dah tanggal sepenuhnya..
Cuma parut berlubang besar2 jerlah terutama kat belakang badan dia.


Sekian..
Bye.

No comments:

Post a Comment