Pages

Wednesday, December 18, 2013

If Tomorrow Comes - Sidney Sheldon


Assalamualaikum..


Kalau nak tahukan sy memang tak pernah baca novel bahasa inggeris, beli apatah lagi..
Maklumlah, english tak pandai sangat kan..


Dulu kat office lama sy, diorang ni memang suka baca novel..
Tapi novel bahasa melayu la..
Sy pon tumpang baca jugak tapi pinjam jelah yang diorang punyer, kalo nak beli memang taklah..
Sekali dah terjebak memang susah nak berpatah2 balik nanti.. 
So better jgn start..
Tapi kalo pinjam novel kawan2 office ni kene handle n read with very carefull, yang paling penting xboleh kene sambal..haha..
Diorang ni collector, memang sayang giler la nak bagi orang lain pinjam..


Tapi...
Lama2 baca novel bahasa melayu, bosan giler..
Plot yang sama jer, asyik2 kisah kene kawin paksa, mula2 bermati-matian tak suka lepas tu terjatuh cinta pulak..asyik2 cinta..cinta dan cinta..
Lepas dah boring, malas dah nak baca novel..


Lepas tu, kak Rohani (officemate dulu) suggest baca English novel plak..
So english vovel yang pertama yang sy baca dan berjaya khatam adalah "If Tomorrow Comes - by Sidney Sheldon"
Novelist ni dah meninggal dunia dah pon..
Tapi bahasa inggeris yang di gunakan dalam novel ni senang, mudah nak paham dan tak complicated sangat..kalo harry potter tu, sorryla..kalo baca belum tentu dapat paham dan habiskan baca..


Dan yang paling best sekali bila baca novel ni sy rasa 360 degree berbeza dengan novel bahasa melayu yang sy dah baca sebelum ni..
Rasa macam tengah tengok english movie pon ada jugak..
Katanya novel ni telah difilemkan tapi tak dapat sambutan sangat..


Sy dah baca beberapa collection Sidney Sheldon ni selain If Tomorrow Comes, macam Nothing Last Forever, Bloodline, Tell Me Your Dream dan The Sky Is Falling..
Semuanya best2 dan cerita langsung xder yg sama..
So sy rasa macam nak start collect..nanti senang2 boleh baca semula..


Sy dah tengok, ada satu kedai buku dekat KL Sentral memang ada semua collection..tapi hari tu sy tengok2 jelah..tak beli pon lagi..
Tapi kedai tu takder diskaun..english novel ni memang mahal sket dari novel bahsa melayu..
Kebanyakkannya range harga RM30 dan ke atas..
Kalau kat Popular Book Store pulak memang ada promotion dan diskaun tapi kalau bernasib baik jer jumpa novel Sidney Sheldon ni..kalo tak, memanglah takde..


Sy nak buat synopsis tentang novel ni tapi sekarang memang takde masa sangat nak buat karangan panjang2..
Sekarang ni sy masih dalam proses membiasakan diri dan mencabar diri sendiri untuk adapt n absorb all the this new thing as fast as i can..dan sy juga kene compete dengan budak2 yang fresh graduate kat sini..memang sangat mencabar..




A million thanks pada K.Rohani kerana memberi dorongan..
Dan novel ni menjadi sumber inspirasi sy untuk terus membaca english novel..
So novel ni memang most recommended utk sesiapa yang nak start baca novel..


Bye..


Friday, December 6, 2013

Farewell @ Restoren Rebung



Assalamualaikum..



Sebelum sy keluar dr CMUPJ so office ada buat farewell utk sy, Mieza dengan Din..
Katanya limitation of budget tu yg buat sekali walaupun Mieza dgn Din dah pindah 2 bulan lepas..
So kali ni buat dekat Restoren Rebung..
Walaupun dah berpuluh kali makan kat Rebung tu, kira ok jelah..
Nak makan kat hotel kan dah mahal sekarang ni..




Sementara menunggu driver, kitorang pon berposing mosing dekat depan tangga office..
Depan tangga pon ok..haha..




Kitorang sampai dekat2 jam 1 tengahari jugakla..
Macam biasa seperti sebelum2 ni jugak, sampai2 jer terusla makan dulu..




Rebung ni masih sama seperti sebelum2 ni, tapi macam dah besar sikit..
Tapi makanan lebih kurang sama jer..
Ni section air panas dan sejuk macam coffee, teh & ABC cendol..
Buat abc sendiri ok, self service..




Yang ni bahagian ulam-ulam dan macam2 ada..
Nama pon bufet masakan kampung so haruslah ada ulam2 semua kan..




Hari tu ada nasi putih, and ada nasi tomato ke nasi minyak ntah dengan nasi lemak..
Tapi sy tak ambik pon nasi..diet kengkononnyer..tapi makanan lain kemain mentekedarah lagi..




Kalau tak silap ada masak lemak terung kot, ikan patin tempoyak, asam pedas, ayam masak merah, daging masak apa ntah, ikan masak lemak..
Sy ambik ikan tapi ikan tu tak sedap..




Kat sini pulak ada popiah basah dengan ubi rebus cicah kelapa..
Popiah dia sy suka..




Kat sini pulak ada rojak buah & soto..




Kat sini pulak ada nasi impit kuah kacang dan rendang dengan pecal..




Yang sebelah sana tu section goreng2 macam goreng pisang dan cucur udang..
Tapi hari tu cucur udang melampau masin..
Haish..tertuang seplastik garam kot masa bancuh tu..




Another masak lemak lagi, masak kicap dan masak cuka kot..




My X-officemate..rindu pulak pada mereka2 ni..
K.Rohani, Mieza, Lily, Syikin, K.Wook and K.Nani..
Tapi diorang ni bergembira jer sy keluar..isk..isk..isk..




Memula makan dulu, ucapan2 belakang cerita..




Lily ni geng shopping, keluar jalan2 gi Jalan TAR, Sogo, Pavillion waktu tengahari..
Sekarang kat tempat baru dah takder masa ok nak jalan2 waktu tengahari..
Baru ni pergi KL Sentral jer..itupon K.Ida yang ajak..
MidValley pon belum berkesempatan pergi lagi..
Tunggula lama sikit kan, kerusi pon tak panas lagi..hehe




Lepas melantak nasi, second round makan dessert pulak..
Lepas habis makan2 barula start ucapan sedih2 sikit..
Sebenarnya tak sedih langsung..gembira sangat2..hehe...




Huishh..besonyer gambar sy..
Dapatla hadiah sikit dr cmupj..terima kasih atas ingatan tu..
Walaupon hadiah kecik jer tapi sentimental value tu means a lot to me..
Thanks again kawan2...




Din dengan Mieza pon dapat jugak...




Yang ni macam dah tau jer kan hadiah apa..
Balut macam kemeja, mesti isi dalam tu baju kemeja kan Mieza kan..kan..kan..hehe





For the past 7 years dengan cmupj, dah macam family dah kan..
I wish all the best and good luck...



Terima kasih sudi baca..
Sekian




Friday, November 29, 2013

Ayam Golek 5 Bintang @ Nara Seafood, Pantai Dalam


Assalamualaikum..


Ohohoho..today is my last day kat office..
Semalam dengan kelmarin terpaksa urgent sebab Anaz demam..ni first time dia demam..
Demam nak besarla tu kot..tapi alhamdulillah dah sihat..tu pon terpaksa masuk ubat bontot dua biji, dengan meragam, dengan taknak susu..macam2..
Dan disebabkan dah cuti 2 hari, maka sy dah terlepas nak makan durian kat Telekom Muzium..
Semalam last day..ish..ish..ish..
Suh kereta standard beli tapi dia malas nak layan kiter..sedih tau..
Tapi ok, fine....



Ni nak cerita entry yg tertangguh..
Hari Isnin lepas,  officemate sy si dak Lily tu ajak sy dengan Mieza lunch kat luar..
So sy follow jelah..sebab lepas ni dah tentu2 susah nak jumpa diorang..
Tapi lunch tak agak2, pergi nun kat Pantai Dalam sana tu..
Dari Jalan Raja Chulan ke Pantai Dalam lebih kurang 20 minit la kot plus minus jem waktu tengahari..




Kat Pantai Dalam ni ada beberapa kedai makan yang agak popular jugakla..
Dulu2 masa sy bujang sy memang sewa kat area Kerinchi tu tapi tak ketahuan pulak ada restoren ni..
Baru sekarang ni la tahu..hehe..teruk betulla kan..




Ni first time kitorang gi makan kat sini..
Saja jer nak try..




Kitorang sampai sebelum jam 1 tengahari so belum ramai lagi orang..
Tapi memula tu macam confius sikit ni kedai melayu ke bukan? halal ke tak?
Sebab apasal waiter dia semua "abangla"...hehe
Tapi jangan risaula..halal..






Sebab malas nak pikir2 menu apa nak makan so kitorang decide pilih yang set jer..senang kan..
Yang 4 orang makan..ada nasi, ayam golek, tom yam, sayur, kerabu dengan telur dadar..





Katanya yang famous amos dia punyer ayam golek, sebab tu nama restoren ni pon ayam golek kan..




Ayam golek dia memang best dan sedap..
Next time kalo datang sini lagi nak try dia punyer nasi ayam pulak..




Ni kerabu mangga, boleh tahan sedapla jugak..




Yang ni pulak tomyam campur..
Tapi biasa2 jer rasa dia..sy rasa macam tak berapa best sangat sebab dia tak panas..
Tomyam kan kene panas2 baru umph..kata orang..hehe




Sayur kailan ikan masin..










Hamboi si dak Lily nih, kalo pasal makan tak nampak benda lain dah..
Nak ambik gambar pon sampai begegar2 gambar ko dik..
lapar ek, dah tak sabar nak makan letteww...hehe





Air pulak memasing order air buah, gelas besar pulak tu..
Rasa cam dah kembung giler perut nak habiskan air..


Yang kelakar tu kan..
Memula tu semua la makan pakai sudu garfu lepas tu terus basuh tangan..
Kita kan orang melayu, tak feel sangat la makan pakai sudu..
Kononnyer la kan..hehe
Tapi nasib baik takde sambal belacan, kalo ada haruslah pakai sudu garfu jugak..




Lepas tu kitorang tinjau2 dan intai2 tempat diorang bakar ayam golek tu..




Dah dekat jam dua petang terus chow balik office..
Time tengahari restoren ni penuh, tapi kalo makan kat area sini cam susah sikit nak parking sebab kene park kat tepi jalan..




Makan kat sini ok, ayam golek dia sedap..
Next time boleh datang lagi..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


Tuesday, November 26, 2013

Aktiviti Hujung Minggu - Temerloh


Assalamualaikum..


Last weekend punyer aktiviti adalah balik Temerluve...
Hari sabtu tu kitorang pergi kenduri kendara..ada 3 jer kenduri yang berjaya pergi..tak larat weii nak gi semua tempat..


Kat kenduri pertama sy makan, yang kenduri kedua tak makan, dan yang ke-tiga makan balik..hehe..
Tapi cuma kat kenduri yang pertama jer beria2 ambik gambar..lepas tu, yang lain terus malas..




Ni dekat kenduri yang pertama, sebab tak makan apa2 lagi dari pagi jadi kat sini haruslah makan nasi kan..
Ni kenduri sedara mara kereta standard la jugak..buat kat dewan jer, senang..
Yang bestnyer dapat gift perfume tapi kecik jelah..ok jugak bau dia, takdelah tak sedap sangat..hehe




Masa ni awal lagi, baru jam 11.30 pagi..
Pengantin pon baru jer lepas nikah..bersanding tengahari la kot..
Masa ni tetamu pon tak ramai lagi..
Kitorang tak tunggu pengantin pon sebab nak kejarkan kenduri lain pulak..




Budak Qayyum ni kan sambil makan gula2 sambil makan nasi..
Tapi nasib baik jugakla dia nak makan nasi..




Dengan ibu mertua ku..

Hari ahad tu pulak ada kenduri pengantin lagi tapi kitorang dah malas nk ikut..
Just mak dengan abah mertua sy jer yang pergi..




Budak Anaz Qaizer ni dah 6 bulan..
Sekarang dia dah start angkat tangan dan badan nak merangkak..
Yang kelakar tu sampai mengeletar2, bergoyang2 dia nak menahan tangan tu..kelakar, tapi macam comel jer..hehe




Dah penat angkat tangan dia meniarap balik..
Cepat sangat masa berlalu..tak payahla besar cepat sangat..mama nak awak macam ni jer..hehe, boleh ker macam tu..





So, aktiviti kami pada hari ahad adalah berjalan2 ke Mentakab Mall..
Jalan2 cuci mata jer..
Eh, tapi sy ada tershoping kasut dgn buku resepi la pulak..hehe..




Dah penat jalan2, kitorang singgah kat KFC nak bagi budak Qayyum ni makan..
Sian dia tak makan2 dari pagi..
Adalah susu sebotol jer masa bangun tido..




Belikan air milo dengan cheezy wedges jer..
Tu yang comot2 mulut dengan warna kuning tu..
Ni makan buat alas perut jer, kang balik rumah baru makan nasi..




Rashes kat pipi Anaz ni naik balik sikit2 sebab budak ni suka sangat garu dan gosok pipi dengan muka dia..
Lagi2 time nak tido tu kan, kemain sedap lagi dia menggosok..




Sian dia takder mainan..
Asyik2 kene main otromen abang Qayyum jer..hehe..




Masa ni dah dekat jam 12 tengahari tapi tak ramai sangat orang kat KFC sini..
Kitorang pulak tak makan KFC pon just bagi Qayyum jer yang makan..
Malas nak makan sebab mak mertua sy dah masak "Ikan Patin Tempoyak" kat rumah..
Nyum..nyum..
Dah 6 bulan kene pantang makan ikan patin tau..mak mertua sy kata tak elok makan ikan yang bersengat ni jadi baru ni la dapat makan ikan patin tempoyak..
Tapi kan rasanya macam sy dah bedal ikan keli jer sebelum2 ni..hehe
Sepatutnya ikan keli pon tak boleh la makan kan sebab sama bersengat macam ikan patin tu..
Apa2 jelah..dah selamat dalam perut pon..




Budak ni kan sambil makan sambil tawaf satu KFC ni..




Lepas makan jalan2 sekejap lepas tu terus balik rumah..
Petang ahad, macam biasa lepas asar baru kitorang gerak balik Bentong...



Sekian,
Terima kasih sudi baca..