Assalamualaikum...
Cuti hari Malaysia minggu lepas tu kitorang jalan2 ke Langkawi..
Cuti 3 hari kan, haruslah jalan2..
Tapi kitorang bukan pegi sendiri sebaliknya ikut rombongan office kereta standard..
Macam biasa la kalau dah kata rombongan mestilah naik BAS...
Macam tak kelas je naik bus kan, tapi kereta standard suka sebab tak penat dan tak payah drive..
Tapi sy tak suka sebab SANGAT LETIH..
Ini pengalaman pertama bawa baby..
Anaz tu baru 3 bulan setengah, sy dah bawa jalan2..hebat tak hebat..
Sebab apa SANGAT LETIH??
Bila travel dengan bas ni selalunya akan jadi 2 kali ganda lebih masa compare dengan drive sendiri..
Gerak dr Bentong lebih kurang 9.30 malam..stop dekat RNR ntah berapa kali pon tak ingatla..
Sampai Kuala Perlis jam 6 pagi..
Bayangkan 8 jam lebih dalam bas..orang lain sedap jer tido tapi sy memang tak boleh nak tido..
Sakit giler pinggang duduk statik lama macam tu sambil pangku baby..
Sakit dia rasa macam lepas bersalin ceaser sebab kene cucuk kat tulang belakang tu..
Sakit yang amat..
Masa nak balik lagilah hazabedah, dengan jalan jemnyer..
14 jam perjalanan dengan bas baru sampai Bentong..giler lamaaaa..memang menangisla sy dalam bas tu kesakitan pinggang..
Tapi enjoy jer trip ni, baby pon tak meragam sangat..nangis nak susu jer..
Sampai Kuala Perlis jam 6 pagi..
Jam 7 naik feri ke Langkawi..
Ramai jugak orang, yelah cuti kan..
Masa ni naik feri besar..
Sampai je Langkawi terus cari pengangkutan..
Disebabkan bas dah takder so kitorang dapat van jer..
Semua yang pegi dalam 30 orang lebih termasuk budak2..
Malang sketla sy dapat van buruk..aircond dahla sendu, kene bukak tingkap baru rasa angin..
Lepas tu sy rasa van ni sempit giler..
Sian baby panas, tapi Anaz rilex jer..tak meragam sangat..
Mula2 pergi sarapan pagi dulu, lepas tu baru start jalan2..
OMG...bila sy dengar jer jalan2 dulu terus rasa tak semangat pon..
Bila nak check-in hotel..badan dah belengas berpeluh2 ni, takkan nak terus jalan2..
Dahlah sy malam tu pakai dress kengkonon nak nampak ayu sangat kan..^-^muntah..haha
Jam 2 petang baru boleh check-in, jadi in between masa tu gi jalan2 dulu..
Hohoii..letih wei..
Tapi nak buat cemana, follow jelah..
Sebenarnya ni kali ke-2 sy gi Langkawi ni..
Dulu pergi masa bujang dengan kawan2..lepas tu duduk pulak rumah makcik kawan sy tu memang jimat habisla..cuti pulak seminggu memang puasla melawat Langkawi tu..tapi ada jugak tempat2 yang tak pegi..
Contohnya macam tempat yang kene bayar mahal2 tu memang tak pegi la..hehe
Walaupun dah pernah pegi tapi kali ni sy excited jugak sebab nak beli pinggan mangkuk..muahaha..
Biasa la bila dah jadi puan2 ni mestila nak kumpul correll, conningware, pirex sumer bagai tu kan..hehe
1. "Langkawi Geoforest Park"
Price : Depend on tour pakage
Destinasi pertama pada hari pertama di Langkawi adalah melawat "Langkawi Geoforest Park"
Kat sini kitorang tak join pon diorang semua naik2 bot bagai tu..
Bawak anak kecik kang tercampak masuk dalam sungai tu dah jadi tragedi pulak, jadi baik tak payah..
Ada satu family kawan kereta standard tu pon tak join jugak..
Jadi kitorang pon tunggu jer kat sini sampai yang lain tu habis..
Boleh tahan mahal jugak rege nak naik bot ni..
Kat kawasan ni adalah kedai2 sourvenir..
Kereta standard pulak dah rasa busuk dan berpeluh2 ketiak, dia kata nak tukar baju tapi terlupa nak masukkan dalam beg baby tu..nak punggah beg besar dalam van pon malas jugak..
Kesudahannya haruslah beli yang baru kan..
Sy pon sepatutnya bawak baju spare masuk dalam beg baby supaya senang nak tukar..
Tak sangka pulak check-in hotel lambat lagi..
Dengan tak basuh muka, tak gosok gigi terus jer jalan2..darurat sungguh..
Tudung pon dah senget benget, malas nak tengok cermin betulkan..muka apatah lagi, memang tak semenggah betul..
Baby pon kesian jugak..baju lain seluar pon lain..hahaha..
Sy sediakan baju spare tapi baju tidur jer la pulak..
Baby dah kencing bocor tu yang tukar seluar lain tu..kesian awak Anaz..
Budak yang pulak ni pulak memang comot habis..
Rambut kusut masai..
Anak sapa la ni yer..huhuhu..
Bosan giler tunggu yang lain tu habis pusing2 naik bot..
Adalah dekat 2 jam kitorang duk melangut tanpa haluan kat sini..
Kereta standard pulak terus beli sehelai baju langkawi dan terus zass tukar baju..
Lepas tu sy tengok ada surau kat area tu so duduk lepak tunggu kat dalam surau jer..
Sejuk sikit sebab ada kipas..
Tukarkan baju Qayyum dengan Anaz sekali..nak mandikan macam malas jer..
Jadi kita tukar baju jer, tak payah mandi...
2. MH Saujana
Seterusnya selepas Langkawi Geopark, kitorang gi tempat jual minyak gamat..
Datang Langkawi mesti wajib beli minyak gamat kan..
Sy beli sebungkus jer untuk mak sy..
Sebungkus minyak gamat yang kecik2 tu harga RM10, isi dia ada 12 dan dapat free lagi sebotol..
Ada banyak tempat jual minyak gamat, tapi kitorang pergi satu tempat ni jer..
Lagipon yang ni yang terpopular sekali dekat Langkawi ni..
Kat area belakang tu pulak boleh tengok minyak gamat yang tengah di masak..
Tapi sy tak gi tengok pon..
3. Makan Mahsuri
Entrance Fees : RM7
Seterusnya kitorang pegi Makam Mahsuri..
Orang memang agak ramai kat cini hari tu..tourist dr China & Thailand pon ada buat rombongan cik kiah jugak.
Dulu sy dah penah pegi so tak berapa nak excited sangatla..
Kereta standard pulak baru 1st time datang Langkawi..
Kat telaga mahsuri ni siap ada orang meniaga air perigi yang dah siap di proses..
Nak buat apa ntah..pada sy merepek jer..
Lepas tu siap ada orang meniaga lagi..
Dulu2 masa 4 tahun lepas masa sy datang dengan kawan2 sy takde pulak orang meniaga semua2 ni..
Agaknya sebab dah ramai orang datang, tu yang boleh meniaga tu agaknya..
Macam akak kat atas tu tengah buat kuih karas..
Kuih ni kuih tradisional, selalu kat kampung2 jer yang boleh jumpa kuih ni..
Kereta standard beli sebab nak rasa..5 keping harga RM2..
Sebab dulu dah pernah masuk rumah2 tu jadi kali ni ambik gambar dari jauh jer..
Kereta standard pon takmo masuk jugak walaupun dah suruh..
4. Check-In Bella Vista
Lepas makan tengahari, jam 3.30 petang baru dapat check-in hotel..
Kali ni kitorang menginap dekat hotel ni..
Memula katanya nak dekat Pantai Chenang tapi semua hotel kat sana dah fully book..maklumla cuti kan..
Best sangat dapat rest dan berbaring2 di katil..
Penat yang amat..
Mandi, kemas2 sikit dan kami anak beranak terus tidur..
Nanti sy review tentang hotel ni dekat entry lain yer..
Hotel ni ok, cantik dan sangat selesa walaupun bukan 5 star hotel..
5. Seafood - Cucu-Cucu Rambo
Dalam jam 8 malam kitorang gerak untuk makan malam kat luar..
Abang driver van tu bawak kami semua makan kat restaurant Cucu-cucu Rambo..
Dengar nama restoren ni macam kelakar kan..
Kitorang pilih meja dekat tepi pantai..
Tapi kat sini lampu samar2 jer..kalau tengah bercintan cintun or haneymoon ker sesuai la sebab romantik..
Walaupun tepi pantai tapi waktu malam kan, memang tak nampak laut pon..
Cuma boleh dengar bunyi air laut jer..
Panas pulak tu sebab kat sini open air, memang xder kipas..
Orang lain semua pilih makan biasa2 jer tapi kitorang pilih untuk makan seafood..
Saja jer nak rasa..
Join makan sekali dengan kawan2 kereta standard..
So menu yang kami pilih pada malam tu adalah ikan kerapu masak kicap, siakap sweet sour, sayur campur, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, sup ayam dan ketam masak apa ntah dah lupa..
Air tembikai satu jug dan air kosong satu jug, nasi untuk 5 orang..
Semua menu ni kawan2 kereta standard yang pilih..
Kitorang follow dan makan sahaja..
Atas tu ikan kerapu masak kicap..
Sayur campur dan sotong goreng tepung..
Sotong tu dia buat 2 pinggan..
Siakap sweet sour dan kailan ikan masin..
Ketam lupa plak nak ambik gambar sebab ketam tu last sekali sampai..
Semua orang dah start makan mana nak ambik2 gambar bagai kan..
Nampak jer makanan terus melantakla..
Alhamdulillah kenyang..
Bila nak bayar tu cuak jugak takut mahal kan..
Memula kereta standard budget 300++ tapi rupanya bil cuma RM200 sahaja..
Agak murah jugak tapi masakan dia biasa2 jer..bukan kategori yang sedap sangat..
Malam tu ramai jugakla orang yang datang makan kat sini..
Lepas makan terus balik hotel..
Layan tv sekejap terus tido..
Kumpul tenaga nak jalan2 keesokan harinya pulak..
Banyak dah cerita ni kan, so kita sambung cerita rombongan cik kiah part 2 pulak nanti yer..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..