Pages

Tuesday, January 31, 2012

Gucci & Chanel Petaling Street

Assalamualaikum..

Tadi masa lunch break pegi jalan kat Petaling Street..dah lamer giler tak pegi PS ni..sbb kener jalan kaki jauh sket, lepas tu kner lintas2 jalan..tambah pulak cuaca panas, memang malas nak keluar jauh2 tengahari..

Pagi tadi biler tanya macam satu office nak join..last2 bila tghari dua org jer yang nak pegi..hampeh betul...

Dua orang pon layan jelah..bawak cuma coin pouch jer, henpon sumer tinggal..pegi dengan K.Ani..dia siap tanggal gelang sumer bagai..takut jugak kot kener ragut ker apa ker..

Masa hari2 biasa ni tak ramai orang pon..lengang jer..cuaca pulak tak panas sangat..tapi berpeluh jugakla ketiak bejalan kaki dari office ke Petaling Street tu..

Kitorang nak tengok2 handbeg jer..pusing habisla..akhirnya, dapat rembat 2 beg..


sumber google


Sebenarnya sy nak beli beg gucci seperti di atas. ada 1 kedai jer jumpa lepas tu dah tak jumpa plak, nak patah balik kt kedai yang mula2 tu malas pulak..

Lama jugak nak fikir, nak beli ke takmo..last2 penjual tu kasi free purse..takbest pon purse dia..terus beli jelah memandangkan dah nak habis tawaf..takder masa nak pusing2 balik..beg ni first price RM120, giler mahal..sukahati dia jer nak letak harga..last2 dia kasi RM50 + free purse..


Sy suka beg yang simple jer, yang penting beg ni besar..macam2 boleh sumbat..Qayyum pon muat tau..hehe


Lepas tu, jalan2 depan sket..ternampak plak beg ni..masa raya haritu sy beli colour pink sbb baju raya kaler merah batu bata..nak match la konon..sy nak warna hitam tp takde pulak...tu yang beli jugak pink kaler..masa tu sy beli RM75 kt Jalan Masjid India.

Bila nampak colour silver ni macam cantik pulak..ada warna hitam, putih, merah tapi warna ni lebih menawan kan..lepas tu ada anak dia pulak..sangat cumil..jenuh jugak tawar menawar ni..last price sy dapat RM80 sahaja..sy suka banyak hehehe...sbb beg ni besar sket dr yang pink colour tu..


Beg2 macam ni kan, kalau nak beli yang original memang tak mampula ai..kener kumpul 4 bulan gaji baru dapat gamaknyer..tapi sy tak akan sampai hati nak habiskan semua gaji semata-mata beli handbag ni..

Sy nk kongsi sket tips2 untuk kalau nak beli barang kat Petaling Street ni..diorang akan markup harga sekali ganda mungkin berganda-ganda dari harga asal..so, kalau berminat tawarlah harga serendah yang boleh tapi maksure korang beli..kalau tak beli memang haruslah kene lempeng lempang..

Lepas membuat pelaburan kt Petaling Street, lapar pulak..ketiak pon dah basah maka masa untuk mengisi perut..kitorang gi makan kt Menara Maybank then terus balik office..

Sampai office, semua officemate pakat-pakat jd kastam nak tengok apa yang kitorang rembat..hehe

Sekian kisah bershopping di Petaling Street..


Qayyum is 10 month..

Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal Qayyum kan..

Hari ni Qayyum genap 10 bulan..dah macam-macam benda dia explore..kalau kat rumah dah tak reti nak duduk diam..asyik nak mengganas jer..
Baju petang habis hitam legam sbb asik merangkak ke sana-ke mari..al-maklumla, mama ni kan mop lantai hari-hari..hehehe
Malam sebelum tido kener tukarkan baju baru..
Bapak dia pulak mengajar yang lasak-lasak..budak tu pon ikutla..

Qayyum lahir di Hospital Kuantan, dengan berat 3.5kg..terpaksa ceaser sbb baby besar, doktor expect 3.8kg..giler takut masa tu nak bersalin, macam-macam benda buruk sy fikir..

Yang paling kelakar skali, seminggu sebelum due date sy pegi check-up. doktor kata air ketuban sikit, baby dah 3.5kg..terus rujuk ke Hospital Temerloh..kene tahan wad 2hari, bila check-up dkt Hospital Temerloh,  air ketuban ok..tp baby pulak doktor kata besar..expectation 3.8kg sbb doktor tgk ukur lilit kepala..Ni kalau bersalin normal koyak rabak wooo..

Kebetulan masa tu Temerloh mengalami gangguan bekalan air, sbb kes sy bukan emergency maka diorang hantar ke Hospital Kuantan..

Sebelum masuk Hospital Kuantan, melantak ikan patin dulu..kang lama kener pantang..

Masa tu, sy pulak takde sakit nak besalin..orang kata kene minum air selusuh nak senang bersalin tapi sy tak minum pon. kereta standard pon selamba jer tak carikan..

4 hari duduk kat Hospital Kuantan..Masa nak ceaser tu, takut giler..sy patient first yang ceaser..pukul 8 pagi dah masuk dewan bedah..sy tak sempat pon nak junpa kereta standard masa tu sbb blm waktu melawat..giler ramai orang dalam dewan bedah tu..lagi berganda-ganda takut..

Mula-mula bius, adoii sakitnya..inject 2 kali dekat tulang belakang..sblm operate doktor test dulu bius berkesan ke tak..cubit-cubit rasa sakit tak..bila bius berkesan baru stat operate..masa pregnant dulu, ada tengok kt youtube orang bersalin ceaser..takut kan..

Biasala, bila bersalin hospital kerajaan, banyak doktor pelatih..doktor pulak membebel-bebel masa operate tu..takut punya pasal, sy senyap je..cakap pon sikit-sikit jer..sampai darah turun sebab takut..Bila baby dah keluar, rasa lega sangat...

Jauh tu kene bersalin ke Hospital Kuantan, sebab tu qayyum suka sangat bila bawak jalan-jalan..

Sekarang qayyum dah 10kg..alhamdulillah, qayyum masih menyusu badan..sy memang malas nak pump kat office, kat rumah pengasuh bagi susu tepung jer..kalau sy kat rumah memang menyusu badan sepenuhnya..Alhamdulillah jugak, berat dia tak penah susut. Tak banyak sangat ragam, makan pon tak memilih..semua dia bedal jer..

Semoga anak mama membesar dengan bijak, rajin, cerdik & mendengar  kata..amin


Monday, January 30, 2012

Buah Nam-Nam @ Katak Puru

Assalamualaikum..

Selepas makan buah kedondong bersama office-mate hari tu, ada pulak yang mengidam teringin nak makan buah nam-nam..Buah ni susah sket nak jumpa, ada kat kampung-kampung jer..ada orang panggil buah nam-nam, then ada orang kata buah katak puru..

Ni la dia rupa buah nam-nam tu..macam menggerutu sket..rasa dia masam-masam..
Cicah dengan kicap best wooo..


Kebetulan masa balik Temerloh kelmarin, makcik kereta standard memang ada tanam kat rumah dia dekat Sanggang..Sanggang ni nama satu tempat kat daerah temerloh tu..kiranya kampung kereta standard la..wan belah abah dengan mak kereta standard pon duduk situ..

Ni la rupa pokok nam-nam ni..dia berbuah dekat batang pokok tu..masa ni tak banyak sangat buah dia. Ada beberapa bijik jer..

Kitorang call dulu sebelum datang, nasib baik berbuah..



Tapi masa sy pergi pasar temerloh hari ahad yang lepas tu ada jugak jual buah ni..selonggok rm3..


Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum..


Last weekend balik Temerloh..sekarang ni asal hujung minggu jek mesti balik kampung..tak balik sg besar, balik temerloh pulak..

Memula ingat nak duk rumah jer, kain dah menimbun tak belipat, rumah dah macam reban ayam pon ada..bersepah2 dengan mainan, baru anak sorang neh dah haru..tak sempat nak mengemas betul2..

Atok qayyum pulak kata dah sebulan tak jumpa cucu, terpaksalah balik jugak..

Malam jumaat tu, lepas magrib terus gerak balik..

Sampai jer rumah, mak mertua sy dah siap masak..ikan patin masak tempoyak..yehaaa..yabedabedu..
Best giler..

Al-kisahnya, dulu masa bujang2 sy tak pernah pon makan ikan patin tempoyak ni..sampailah sy dapat roomate orang pahang. Dia punyer gebang tu kan, kata ikan patin tempoyak tu giler sedap..sy pon percaya la, dia pon blanjer ikan patin tempoyak beli kt pasar ramadhan sbb masa bulan puasa..masa nak bukak puasa tu, punyerla tak sabar-sabar nak rasa..ambik seketul besar pulak tu, giler tamak...tapi, bila stat suapan pertama..bluekkk, sy terus muntah...giler langsung tak sedap..ikan lembik, kucing pon taknak makan..expectation sy terlalu tinggi..

Sehinggalah satu hari, bila dah kawin dengan kereta standard..dia bawak gi makan ikan patin kt gerai yang tersohor tu..apa ker namanya ntah, yang masuk tv3 tu..fuhhh, giler sedap..terutama kuah dia..terusla tersuka dengan ikan patin..tapi kalau nak makan biar kat kedai yang kita dah penah rasa..

Petua mak mertua sy masak ikan patin ni, yang penting ikan tu mesti ikan sungai..kalau tak rasa tak sedap, rasa lumpur..

Bahan-bahan nak masak pon senang giler..


Bahan-bahan:-

Sekor ikan patin
Bawang putih
Cili padi merah
Kunyit hidup
Tempoyak secukupnya
Daun kunyit
Daun kesum
Asam keping


Cara:-

Tumbuk bawang putih, cili padi, kunyit hidup..lepas tu tumbuk skali dengan tempoyak tu..masukkan dalam periuk..masukkan ikan, air secukupnya, daun kunyit, daun kesum & asam keping..masak sampai ikan masak..Jangan lupa masukkan perasa..

Friday, January 27, 2012

Nyum-Nyum...kedondong + kicap

Assalamualaikum..

Semalam makan ni dengan officemate..macam mengidam kan...
Nehi...nehi..im not pregnant ok..

Bila tengok pic ni lama-lama..rasa cam meleleh plak air liur..uishhh, tak senonoh betul..


Keropok Lekor free from Terengganu..

Assalamualaikum..

Malam tadi pergi hantar kuih tako kat rumah kawan sy Shima kat tingkat bawah tu..
Kebetulan laki dia takder so lepak lama sket, bawak Qayyum skali..boleh main dgn anak dia Aliff..

Bawak jalan, qayyum langsung tak dengar suara..senyap jer..baik betul budak ni..main pon dengan penuh sopan santun..kalau dekat rumah, menjerit jer kejenyer..

Masa nak balik tu Shima kasi keropok lekor, dia kata dia pegi Terengganu jalan-jalan..
Banyak pulak tu dia kasi..balik rumah rebus dulu lepas tu terus goreng..
Giler sedap..terima kasih banyak-banyak ye Shima..
Len kali kasi la lagi..hehehe..


Kereta standard makan paling banyak..macam biasa ayat dia "awak tak boleh makan banyak-banyak, nanti gemok.."
Padahal, masa sy dengan qayyum takde kan..dia beli beger kat bawah, double plak tu..masih lapar lagi..
Apa-apa jelah..


Dragon Fruit

Asalamualaikum..

Masa balik sg besar last weekend, mak saya kata pokok naga ada berbuah tapi sebijik jer..
Sy pon intai-intai, dah masak tapi taknak petik lagi sbb nak tunggu hari nak balik bentong. konon-konon nak bawak balik la kan..

Mak sy tanam sepokok jer, lepas setahun baru berbuah..tapi kedekut giler..tiap kali berbuah sebijik jer..
Tapi kali ni buah sebijik besar..
Masa first time pokok naga ni berbuah, sy tengah pregnant qayyum 2 bulan..kiranya dah dekat 3 tahun, adalah dalam 10 bijik buah dia..


Tapi tak sempat nak bawak balik bentong, dah kener kenduri..
Masa petik, sedara mara datang rumah..bila diorang dah tegur, takkan nak simpan pulak terusla belah makan beramai-ramai..
Rasa dia masih masam, kener tunggu betul-betul merah baru manis..
Yang ni isi dia kaler merah purple..

Cuaca sekarang ni sangat panas, kener minum air banyak-banyak..

Nasib baik kt kampung ada buai, senang sket nak tidokan budak ni..
Mata dia ada sikit calar sbb kuku panjang..budak ni seminggu sekali memang kene potongkan kuku dia..kalau tak memang dia akan cakar terumata dekat bahagian mata..

Bila nenek nampak, nenek pon bebel la dekat sy..hadoii, haritu mama takda masa nak potongkan kuku awak qayyum..
Lepas ni mama akan ingat dan sy dah siap pesan kat kereta standard remind sy utk potong kuku qayyum seminggu sekali..

Pipi pulak kene gigit nyamuk. kalau balik kampung tak kene gigit nyamuk memang tak sah..



Projek Kuih Tako 2

Assalamualaikum..

Minggu ni tak sempat sangat nak update blog..kt office agak busy sket..kalaw kat rumah pulak memang tak akan sempat nak sentuh laptop sbb Qayyum sekarang dah mengada-ngada lebih..bila mama dia bangun jer, terusla melalak sampai meleleh-leleh air mata..kita kener duduk jer kt depan dia..

Ni pon kener tidokan dia dulu baru boleh buat kuih dengan aman..

Nak jugak cuba buat kuih ni sehingga berjaya, disebabkan hari tu first trial tak jadi so buat utk second trial..

Kereta standard kata bahagian putih tu tak lemak dan kurang masin..memang kureng lemak sbb sy guna santan kotak. tang masin tu tak reti nak agak, karang terlebih masin tak boleh nak makan plak..

Sy guna resepi dari SINI

Lapisan Hijau:
1 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 cawan gula
1 camca besar pandan emulco
1 biji buah pear - dipotong dadu kecil2 (sy guna sengkuang cina)

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali buah pear. Kacau hingga tepung jagung larut sepenuhnya.
  2. Masak di atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan mendidih.
  3. Masukkan buah pear dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih tako.
Lapisan Putih:
1 cawan tepung jagung
7 cawan santan - saya gunakan 2 cawan susu segar + 5 cawan santan (sy guna santan kotak)
Garam secukupnya

Cara-caranya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan.
  2. Masak di atas api sederhana besar sehingga pekat dan mendidih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan sejukkan. 


Ni la rupanya sengkuang cina, sy beli 8posen dapatla 6 bijik..buah dia kecik-kecik jer..rasa dia tak manis sangat tp rangup..rupa macam keladi pon ada..


Ni daun pandan yang import dr sg besar..buat kotak dia siap2 lepas tu masuk dalam bekas simpan dlm fridge..takde la layu..hehe, kotak tako ni ada besar ada kecik sbb daun pandannyer tak sama besar..
Cara-cara nk buat kotak pandan ni senang jer..google je sumer ada..
 

Utk lapisan hijau, masukkn 1 cwn tepung jagung, 4 cawan air termasuk air pandan dgn 1 cawan gula..guna api kecik jer, kacau hingga pekat..bab ni memang leceh sket sbb kene kacau lama..


Sila abaikan kayu senduk sy yang agak hitam itu..pemalas nak sental..hehe
Bila dah pekat, boleh masuk dalam bekas atau jug supaya senang nak tuang dalam kotak pandan tu..
Sy punyer ni terletak banyak sangat daun pandan kot sbb terasa sangat pandan tu jadi tak sedap sangat..


Masukkan sengkuang cina yang dah potong kecik, then baru tuang lapisan hijau..
Sepatutnya letak sket jer sengkuang tu, tp sy nak habiskan semua sengkuang tu jadi sy letak banyak2..


Utk lapisan atas pulak, sy buat setengah cawan tepung jagung, 4 cawan santan + air, garam secukupnya..
Masak sampai pekat..yang ni pon agak lama jugak nak kene kacau..lenguh-lenguh jugakla tangan..


Lepas tu masuk dalam bekas dan tuangkan dalam kotak pandan sampai penuh..sejukkan..


Kotak pandan tak cukup so sy masukkan dalam bekas kecik ni..adunan ni dapat banyak jugak tapi tak kira pulak berapa..

Len kali nak cuba lagi dan boleh improve lagi..
Sekian..

Wednesday, January 25, 2012

Projek Tako 1

Assalamualaikum..

Cuti raya cina lepas balik sg besar..

Tapi balik kg hari ahad, hari sabtu tuh kereta standard kner pegi gambang sbb PM turun sana..

Hari ahad balik sg besar sangatla panas terik..hadoi, kat rumah bepeluh-peluh..qayyum pon bogel jer, pakai pampers tak payah pakai baju..

Hari isnin hujan pulak seharian..bagusla, sejuk sket..tp hari selasa panas balik..kitorg gerak balik bentong pon lewat petang..

Nak cerita pasal projek tako sebenarnya..

Hati sangatla teruja nak buat kuih tako..ala yang dalam kotak pandan tuh..

Nak buat kat kg bukan aper, senang nak ambik daun pandan mak..kat bentong mana ada tanam pandan, nak beli malas..kang tak jadi rugi plak..

Salin resepi kat internet, dia guna tepung hoen kwee..punyerlah 2-3 kedai gi carik baru jumpa..
Bersemangat betul nak buat..bile siap kan, kereta standard kata tak sedap,kotak jer cun...
Ceh...terus takder mood dah..nak ambik gambar pon malas..

Lepas tuh abang dengan kakar ipar sy balik..tanyala dia pasal kuih tako ni..dia kata dulu dia rajin jugak buat. Bila dia rasa ok jer..dia kata tukar guna tepung jagung, teung hoen kwee tu memang pahit sket..Bila dia kata rasa ok, terusla hati bersemangat balik nak cuba lagi sekali..

Malam ni nak start second projek kuih tako..


Thursday, January 19, 2012

Kopitiam dengan Qayyum

Assalamualaikum...

Ni cerita 2 hari lepas..

Dah lepas exam barulah boleh update blog dengan aman dan damai..

Malam tu terasa nak minum kopi plak, mengada-ngada betul tekak ni kan..minum kopi kat umah taknak pulak..so sy pon paksa kereta standard belanja old town..kedai dekat jer kat depan rumah..

Walaupun dekat, kitorang gi naik moto sbb malas nak jalan kaki..

Qayyum suka la sangat dapat naik moto, berangin jer..

Sampai jer old town ni, tak ramai orang pon..kitorang duk belah dalam, tempat yang ada air-cond. sejuk sket..

Budak ni sangatla lasaknya..memanjat2..siap tumpahkan kicap atas meja lagi..tak mau diam betulla..


Tengo tu, bekerut jer kening tu..

 
Dah taknak diam sangat, taruk kt dalam kerusi ni..diam sekejap jer..lepas tu dia mengamuk..

 

Macam biasa, kitorang order Ice Hazelnut White Coffee..jarang kot order yang lain sbb yang lain tu rasa dia biasa2 jer..


Kereta standars takmo share so beli dua..
Lepas tu kener minum cepat-cepat la pulak sebab qayyum dah mengamuk..tak berapa nak feel lepak sangatla..


Minum cepat-cepat terus gerak..tapi tak balik rumah terus..

Gi pusing-pusing kedai 2 kali dulu, pusing rumah flat tu dua kali jugak, then pegi tgk kawan2 office kereta standard main badminton dekat dewan lepas tu baru balik rumah..

Sekian cerita lepak bersama Qayyum..:P


Baucer Buku 1 Malaysia

Assalamualaikum..

Semalam last paper, sebelum exam pergi amik baucer buku 1 malaysia tu..

Memula ingat malas jer nak ambik, lepas tu kawan-kawan dah ajak pergi ambik sekali..

Kener ambik baucer tu dekat office UTM Space yang baru dekat Jalan Tun Razak. Betul2 dekat belakang Ampang Point tu..

Lepas tu pegi makan dulu dengan kawan2 dekat Ampang Point then baru balik UTM ambik exam..

Petang semalam kereta standard ambik sbb tak tahu ada tiket bas ker tak nak balik..


Dapat baucer buku RM200..tak tau lagi nak beli buku apa..

Kener guna sebelum 31 March 2012 dan hanya boleh redeem baucer buku ni dekat MPH or Popular book store only..

Nanti akan difikirkan nak beli buku apa..


Horey-horey...exam dah habis

Assalamualaikum...

Yeaaa..exam dah habis..

Rasa lega giler..minggu exam sangatla stressnyer..nak exam sampai demam2, bila tido lewat plak mesti terbabas bangun pagi..sudahnya mc, takpun lewat masuk office..

Walaupun xderla bersungguh2 sangat studynyer..huhu..sok nak exam, malam ni baru menggelupor nak membaca..siap buleh tgk tv lagi tu..

Ni dah 3rd-year..tak sabar nak habis..tp, nak tunggu habis tu rasa lama giler lagi...

Alhamdulillah..semester ni dah berlalu..

Semoga semester akan datang lebih baik lagi..amin..

Semalam kereta standard ambik kt kl sbb exam habis pukul5..

Sampai jer bentong, g secret resepi beli kek..konon2 nak celebrate exam dah habis..

Kitorang takderla nak beli whole cake tu kan, sapa nak makan. kang sebulan baru abis gamaknya.. So beli 2 slide jer utk sy dan utk kereta standard..qayyum share dgn mama yer..

Sy beli cheese cake, siap letak lilin lagi..kononya lagi nak suruh qayyum tiup..

Tapi dia mana reti nak tiup lilin tu, dia wat bodo jer..


Yang coklet tu chocholate cheese, yang putih tu tak ingat plak namanya..sy nak classic cheese tapi dah habis plak..


Mari menggemokkan diri dgn memakan cheese cake..hehe


Malam kul 10 kitorang dah tido..kereta standard pon sakit kepala..sambil tidokan qayyum, sy pon tido sekali..tido sangatla nyenyak sbb dah tak payah runsing-runsing nak ingat pasal exam...

Sekian..


Monday, January 16, 2012

2 paper dah habis, tinggal 1 je lagi...

Assalamualaikum..

Wekend kelmarin balik rumah mertua sy..kitorang balik petang jumaat sebenarnya..

Hari jumaat tu sy emergency leave sebenarnya..bukannya ponteng kerja yer..

Biasala, minggu2 exam macam ni memang selalu terbabas bangun pagi..




Suka hati jek, nota rojak BI BM..

First paper hari khamis, lepas tuh paper costing pukul 9 pg hari sabtu..jadi malam khamis tu tido lewat membuat revision sampai pukul 2..kunci jam bangun pagi hari-hari pukul 5.30 pg..bila jam bunyi kan, konon-konon nak bangun lagi sepuluh minit tak perasan plak dah ter-off alarm..lepas tu terjaga tengok-tengok jam dah pukul 6.30..menggelabah betul, bus dah lepas ni..kalau naik bus pukul 7 plak, comform sampai office pukul 10..memang tak la kan..pastu terus sms bos kata EL..bos kata "ok"..fewww, lega..

Qayyum hantar rumah pengasuh, boleh study dengan aman & banyak masa sket..tapi tak study sangat pon..

Banyak pulak cerita kan, petang tu gerak balik Temerloh awal sket..

Esoknya pagi-pagi dah gerak awal ke KL sbb exam belah pagi..Qayyum tinggal dengan wan & atuk dia..

Habis jer paper costing, hilang segala stress..walaupon ada 1 lagi paper takderla stress sangat compare to subjek kira-kira ni..ntahapa sy jawap pon tak tau la, tawakkal jelah..harap2 lulus dn tak mengulang semester sudah..

Kereta Standard ajak makan dekat Jusco Wangsa Maju..

Bila pergi Jusco je, benda wajib yang kitorang beli adalah Tako..kereta standard memang suka giler pada benda ni, siap beli 2..taknak share, selalu beli satu jer makan share..beli yang octopus..harga dia RM4.90 sahaja..


Nyum-nyum..sedap..
Sy dulu pon, x-roomate sy yang ajar makan benda ni..first time rasa terus suka..


Tapi, makan tako jer mana kenyang..malas nak fikir2 nak makan apa, pilih mc'd je senang..
Sy punyer 1 set prosperity burger ambik besar punya, kereta standard ambik big mac ala-carte..air share jer..tp tak abes pon..



Lepas tu terus jer balik temerloh..

Pagi ahad pegi pekan sari, giler penat jalan..teringat dulu masa pregnant, pegi pekan sari temerloh tu tp jalan sket jer, sy terus nak pitam..mungkin sbb panas atau crowd sangat..kali ni pusing habis..tp lupa plak nak ambik gambar..

Petang ahad gerak balik bentong, sebelum balik kitorang pegi melawat nanyang Qayyum kat Sanggang..nanyang demam, umur dah 70 lebih, mak mertua sy kata wan ada sakit jantung..semoga cepat sembuh yer..

Gambar nanyang qayyum takder..gambar kitorang jer..hehe


Qayyum cam nak main bola, seluar pendek tp stokin kemain panjang lagi..




 Bila wan tak gerak, qayyum pulak gegar..bila qayyum dah statik, wan dia pulak yang gegar..adoii..



Tangan qayyum tu asyik nak ke mulut jek..papa dia pon sama, nak tiru aksi anak plak..

Semua picture ni dr blacberry so memang x berapa nak lawa sangat..





Ombak Rindu

Assalamualaikum..

Cerita dah basi, aku baru nak tengok...hahaha..ketinggalan zaman betulla kan..

True story, since sy ada anak kecik ni sy memang tak berkesempatan nak tengok wayang..last movie yang sy tgk masa pregnant..cerita apa pon sudah lupa la...bukannya apa, memang tak berkesempatan & tak ada masa..takkan nak bawak baby plak kan..movie dah la kuat, sakit plak telinga dia nanti..dibuatnya dia melalak kat dalam tuh lagi haru dibuatnya...

Kat rumah pon memang tak pasang Astro..dulu ada tp dah terminate..kereta standard kata membazir jer, bukannya tengok tv sangat..lagipon ada streamyx layan internet sudah..

Kebetulan hari tu, bos sy bawak cd ni kat office..tu yang pinjam tuh..bukannaya beli sendiri..hehe, cd pinjam jer..

Sy sorang jek yang tgk..kereta standard tido awal..tp kner jga qayyum la plak, tak dapat nak feel sangat..

Cerita ni biasa jek, yang best bagi sy lagu kot..hehe..





Kisah Cempedak Goreng

Assalamualaikum..

Kisah ni berlaku pada minggu lepas..hehe, dah lama baru nak tulis dalam blog..apolass..

Hari-hari kan bila balik office jer..time jalan kaki nak ke LRT Masjid Jamek tu kan, harum semerbak jer bau cempedak goreng..ada 1 stall goreng2 kat tepi tu..

Memula malas nk singgah..walaupon hati meronta-ronta..esok jelah..

Esoknya pulak, bila lalu..harum semerbak lagi..terusla gi tnya berapa..5 ketui dua hengget...giler MAHAL!!!!

Kecik cenonet jer pon., bukannya gemok cempedak yang dah goreng tuh..

Terus tak sampai hati nak beli, walaupon hati teringin sangat..bau dia sangat2 menggoda hidung..

Tapi, bila balik rumah kan..kereta standard kata "Ma" Qayyum kasi cempedak goreng.."Ma" ni pengasuh Qayyum..

"Awak habiskanla, sy tak nak"....yieehaaaa..boleh makan banyak..hehehe

Wah, giler syok dapat cempedak goreng...

Alhamdulillah..termakbul sudah hajat di hati..




Thursday, January 12, 2012

Bedung...

Assalamualaikum..

Malam td saja-saja la kan bedung budak ni..macam baby plak..

Bukannya apa, nak kasi makan ubat selsema..

Dah seminggu lebih selsema dia masih belum baik-baik..

Kalau pegang takut dia sakit plak sebab dia meronta-ronta..Takut kita pegang kasar..

Sekarang ni qayyum dah pandai tak suka makan ubat..

Lepas jer masuk dalam mulut terus dia sembur-sembur..

Mula-mula bedung kan, elok jer duk diam-diam..baik jer..

Pakai napkin memang dah tak muatla kan, jd kita bedung budak ni pakai kain pelikat bapak dia..bapak dia la yang bedung ni..pandainyerr..

Bila dah bedung..

Alala tomei-tomei..


Tapi, diam sekejap jer..

Selepas 5 saat, apa lagi mengamuk sakanla budak ni..

Maaflah, xdapat nak ambik gambar pegun budak ni camera saya bukan dslr..hehe..




Yang bapaknyer pakat gelakkan kuat-kuat..bukannya nak bukak kain tu..di biarnyer jer..

Sian qayyum kener dera..

Sekian..

Monday, January 9, 2012

Final Exam

Assalamualaikum..

Exam dah dekat ni..

Satu hapa benda pon tak study lagi..

First paper E-Marketing, second Costing dan final paper Organizational Behavior...

Paper yang baca-baca ni ok sket kot..bole blasah jek kang..

Tapi yang paling merisaukan hati adalah costing..hadoyai...

Wish me luck!!!