Pages

Thursday, December 10, 2015

Sangkaya @ Festival City Mall


Assalam..


Ni last weekend punyer aktiviti.
Hari Sabtu tu sy ada appoinment dengan doctor dekat Gombak Medical Centre so balik tu singgah jalan2 cari barang2 baby..
Percaya tak satu benda pon tak beli lagi sebenarnya..haha
Sian baby..
Tapi takpelah masih ada banyak masa lagi..



Kitorang decide pegi Festival City kat Setapak tu jer..
Dah lama tak jalan kat sini..
Dulu macam takde pape pon tempat ni macam tak best tapi sekarang kedai2 dah penuh dah..
Sebenarnya tujuan paling utama nak gi makan jer..kalau terjumpa barang baby beli lah..hehe



Sebab dah sampai maka haruslah tawaf satu shopping complex ni dulu kan..
Budak2 ni pantang nampak mainan semua nak try..
Semua pokok Christmas yang ada tu pon diorang usik..


Lepas tu jumpa Sangkaya kat sini..
Dah lama viral kan tapi tak pernah try, sebab dah jumpa haruslah try satu..




Aiskrim kelapa ni ada promotion dengan air kelapa harganya RM12.90 per set.
Kalau tak aiskrim jer dah RM10++, air kelapa RM5++
Mahal jugakla..
Rasa dia macam aiskrim kelapa lah..
Pada tekak sy biasa2 jer..
Sedap lagi baskin robin..haha tetiba je..
Tapi layan jelah..







Next lepas Sangkaya, kitorang makan kat Sushi King plak..
Qayyum memang suka giler salmon sushi tu..
Kira die hard fan la..


Sekarang Sushi King ada promotion.
Ada certain dish discount 50%.
Tapi kalau pergi hari weekdays lagi jimat.
Kitorang order pon yang discounted item jer..


Untuk Qayyum kitorang order 5 set salmon sushi ni, haa makanlah korang dua beradik..
Nasib baik la habis, kira kenyangla sebab makan nasi kan..
Anaz pulak sampai tertidur2 letih sangat..



Lepas tu ada promotion opening branch juice work ni.
Kene like fb diorang then dapat coupon buy 1 free 1..



Sebelum balik tapau satu juice work..
Tapi sy macam lagi suka boost tulah dr juice work ni.
Sebab boost tu botol dia polistrin so xdelah sejuk berais bila pegang kan..


Masa kat Sushi King tu, beli green tea sekali.
RM0.50 per pieces.
Sy beli satu packet tu ada 20 pieces..


Memang layan minum hot green tea ni..
Kereta standard dengan Qayyum pon layan jugak..


Sekian..
Bye..

Wednesday, December 9, 2015

Air Terjun Jambatan Patah @ Bentong


Assalam..

 
Kat area Bentong ni memang banyak waterfall.
Yelah dah area bukit kan..
Most famous adalah Air Terjun Chamang, Air Terjun Lentang & Janda Baik..
Lentang yang kat tepi highway tulah.


Tapi sebenarnya kalau orang Bentong, diorang tak pegi sangat kawasan air terjun yang famous sangat ni..
Hehe..ramai orang sangat, lagipon serabut reramai ni..
Yg kitorang selalu pergi mandi & berkelah tu adalah Batu 7..
Batu 7 ni oklah kalau nak bawak budak2 kecik sebab dia macam sungai jer..
Air pon cetek, tak bahaya sangat..
Arus air pon tak sederas air terjun Chamang tu..


Kat Chamang tu ramai dah yang meninggal sebab lemas.
Tempat tu memangla cantik, luas, dalam tapi arus tu deras sangat..
Menakutkan sangat kalau dah ramai yang mati lemas..
Kalau pegi pon jalan2 jer, memang tak mandi la kan..


Tapi sekarang kereta standard discover satu lagi tempat mandi yang best.
Nama dia Jambatan Patah..


Tapi nak pegi sini memang mencabar sikitla.
Dalam 15-20 minit perjalanan..
Kitorang naik hilux 2 family satu kereta jer..
Kawasan ni memang kawasan tanah merah, jalan belum bertar lagi..
Kene masuk kawasan kebun2 durian, kebun2 cina nak sampai kat kawasan orang asli then baru jumpa air terjun ni..
So kalau naik kereta sedan memang mencabar, lagi2 kalau hujan..
Alamat berselutla...


Nasib baik masa kitorang pegi ni, cuaca pon cerah terang berderang..
Cantik sangatla nak berkelah haritu..



Budak2 semua humban duduk jelah kat belakang..
Dalam kereta dah tak muat..
Kitorang tumpang kereta kawan kereta standard.
Kalau bawak pesona tu memang kesianla..



Kawasan mandi ni bukan komersil so memang tak ramai orang dan kiri kanan memang semak samunla kan..




Kitorang memang purposely berkelah masa ni tapi tak ambik picture banyak sangat sebab teruja nak mandi punyer pasal..
Masa sampai ni adalah satu group mat motor pon tengah mandi manda..
Air dia sangatlah jernih..
Boleh nampak ikan2 berenang2..



Arus pon biasa2 tak deras sangat..
Takdelah bahaya sangat untuk budak2..
View memang pemandangan bukit2 jer..


Takpe, next time kalau sy datang sini lagi nanti sy ambik picture banyak2..
Lagipon ni first time datang mandi kat sini..
Ada banyak masa lagi..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Tuesday, December 8, 2015

Suria Hot Spring @ Bentong


Assalam..


Ni last 2 month bulan October punyer jalan2..
Dekat sangat dengan rumah, tak sampai setengah jam pon..
Selalu kitorang macam nak tengok2 jer malas nak mandi tapi macam syok pulak kalau mandi..
So layankan budak2 jelah..


Suria hot spring ni diorang dah buat cantik2 tempat ni..
Yang dalam tu kene entrance fee la kalau nak mandi.
Kitorang mandi kat luar jer yg open space FREE..hehe
Ada jer toilet kalau nak tukar baju.
Tapi selalu pegi weekend petang memang penuh kat sini.
Cina paling ramai..ntah suka sangat diorang ni mandi kolam panas..



Air dia boleh tahan panas jugak.
Mula2 budak2 takut, yelah tak biasa..
Dulu2 mana kereta standard nak bawak gi mandi kat sini sebab tempat ni macam kotor, tak terjaga sangat lepas tu siap ada orang mati lagi kat sini katanya..
Tapi sekarang sebab dah cantik, selalu jugakla datang mandi kat sini..


Cuma sejak musim hujan ni memang tak pegi la tempatla tempat mandi2 ni..
Bahaya kan..





So far okla tempat ni..
Ada dua bahagian..
Yang sebelah sana tu tak berapa panas tapi dalam sikit.
Cuma kat sini takde pool kanak2..
Kalau bawak budak2 kene extra carefull.
Kalau nak yg proper boleh masuk dalam yang berbayar punyer..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..