Assalam..
Ni adalah entry yang dahhhh lamaaaa dalam draf..
Hehe, asyik tergendala jer nak menaip..
Sebelum Chinese New Year hari tu (giler lama kan), untuk pertama kalinyer sy telah join convention yang diadakan di Sunway Convention Center..
Ini adalah yearly convention dan ini first time buat kat Sunway..tahun2 sebelum ni diorang kata buat kat PWTC jer..
Disebabkan ini adalah first time sy join so sy memang agak excited..
Tapi sy ni pulak jenis yang tak berapa friendly sangat so memang senyap jelah..
Almaklumla baru join 2 bulan so tak kenal sangat staff lain..
Convention ni dibuat untuk memberi semangat la kononnyer, sebab tu buat awal2 tahun..
Ada lebih kurang 1000 staff TM seluruh Malaysia di bawah beberapa LOB (line of business)
Convention adalah selama 2 hari dan adalah aktiviti2, talk dan discussion session yang diadakan sepanjang 2 hari tu..
Bila tengok crowd memang rasa seronok pulak walaupun sy xkenal langsung diorang ni..
Dan tema pada kali ni adalah football team..
Sy team England..memang takder geng langsung sebab officemate semua tak sama team.
Diorang ni memang happening lagi2 team yang supportive..
Kebetulan team sy masa tu biasa2 jer..*maknanya tak best sangat..hahaha
Sy team England, mula2 diorang suruh pakai jersi utk kedua2 hari dan untuk dinner jugak..
Weii, xkuasa akak nak gi beli jersi bola semata2 untuk ini..
Jersi pasar malam pon mahal wei..
Jadi sy pon beli la 2 pasang baju merah..
Gigih gi bersopink kat Midvaley walaupon belum gaji, tapi support jelah diorang ni..nanti kang tak bg full cooperation pulak katanya..
Ada lebih kurang 20 team.
Nasib baik dapat duduk depan la jugak so takdela tak nampak sangat..
Lagipon kat kiri kanan ada screen besar kalau tak nampak stage..
Yang paling best masa convention ni mestilah makan.hehe
Tapi sebenarnya makanan xdelah best sangat pon..
Ni masa lunch Day 1..
Dah habis makan baru teringat nak ambik gambar.
Siap ada desert..
Yang atas tu apa kebenda ntah nama dia tapi macam air laici campur kelapa laut..
Yang ni pulak cheese cake, sedap gilos..
Sy makan berslice-slice..ke laut diet ai hari tu..
Yang ni diorang serve masa breakfast..
Ada banyak choice makan jugakla, mee, mihun, kuih muih dan dessert..
Day 1 hanya dipenuhi dengan siri talk dr VP setiap LOB, CEO dan sesi bual bicara dengan Malakoff, TNB dan LHDN..
Second day baru ada aktiviti yang best sikit..
Yang ni lunch untuk day 2..dah pandai sikit, ambik gambar sebelum makan xderla comot sangat gambar tu kan..
Lauk pon elok jer..haha
Kat sini diorang serve each table bukan buffet, so selamatla tak payah beratur panjang dan lama nak tunggu makan..
Antara aktivit yang dibuat adalah ice-skating, bowling, mu-ay-tay, fish spa dan memanah.
Disebabkan satu group ada lebih kurang 50 orang so tak semua la dapat main semua game. so diorang pecah kepada 3 grouop..1 group main bowling, 1 group ice-skating dan 1 group lagi yang balance aktiviti tu lah..
So sy join group buat aktiviti mu-ay-tay, fish spa dan memanah.
Semua aktiviti ni dalam Sunway Pyramid tu jer..
Haa, panah bang jangan tak panah..
Yang satu2nya aktiviti yang sy join adalah memanah..
Yang lain2 tu td support jer..
Ni pon first time..hahaha, kampung betulkan..
Kalau tengok result macam ok jer kan, macam pro la sangat, banyak kene sasaran kan..padahal staff archery tu tolong pegangkan benda panah tu..berat wei rupanya..
Ambik gambar harga utk archery ni kot2 next time nak main boleh ajak kereta standard datang Sunway Piramid.
Panjang giler blog sy ni..
Sila jangan bosan baca yer..
Acara kemuncak adalah dinner..
Diorang start 7.30mlm..gi solat dulu siap2 jadi terlambat sikit masuk dewan..
Bila sampai semua orang dah masuk dewan dan dah nak start..
Sebelum tu, setiap group kene sediakan seorang maskot..
Masa start tu setiap maskot bg setiap negara akan diperkenalkan..
Diorang ni semua happening sangat..
Ada macam2 maskot ha..ada 20 team bola maknanya ada 20 maskot..
Sy tak tau meja sy yang mana satu..
Tengoklah susunan tu, berterabur ko..
So siap2 ambik gambar, senang nak cari nombor meja.
Sekali masuk dewan..
Wahhh...ramai giler..
Happening giler...
Ramai yang pakai merah sebab kebanyakkan team football cup memang merah kot..
Maskot2 semua dah berarak masuk akan diperkenalkan setiap satu maskot yang mewakili setiap negara..
Ini Ana dari Terengganu..
First time berborak..layan jelah..
Memang seronok sangat sebab sy tak pernah join company dinner pon sebelum ni
Maklumla dulu masa kat state, bos2 jer yang dapat pegi convention..sekarang duduk HQ barulah dapat rasa sendiri pergi convention..
Kapten Amerika pon ada..singa, harimau dan macam2 maskot ada..
Lepas ucapan CEO Dato Zam, terus makan..lapar dah kot..
Haruslah makan cepat2 sikit..ni pon asyik tengok jam jer..
Pukul berapalah sy nak balik rumah ni..
Esok pulak kene kerja ok, bukannya cuti..
Kalau yang datang dr luar KL, diorang dapatla cuti travelling day tapi yang kat KL ni jgn mimpila kan..
Kalau tengok menu dia, amboi kemain banyak lagi makanan..
Ada sebelas dan temanya adalah Chinese Food..
Sambil2 makan tu adalah konsert dari artis2 sendu..hahaha
Dan ada penyampaian hadiah pekerja cemerlang..
Here we go..kita start our dinner dengan "World Cup Yee Sang"..
Seumur hidup sy, ni la first time makan benda ni..
Hahaha..kampung betullah kan..
Waiter kat sini memang serve each table one by one..
Yee Sang yeaaahh..
Haa, gaullah sampai lebam..
Sebab dah nak dekat raya cina agaknya tu yang tema Chinese food tu kot.
Sedap jugak yee sang ni sebab semua macam sayur dengan keropok jer..
Sos dia pulak macam masam2 manis..
Ni air apa ntah macam kordial tak tahu rasa apa, sakit pulak tekak sy minum air ni..
Kesudahannya minta air kosong jer..
Second menu serve adalah Lotus Combination Platter..
Yang ni buah-buahan..
Cantik sangat presentation kan
Yang ni sedap sangat..
Makan sikit2 jer sebab banyak lagi menu yang belum makan kan..
Kalau tengok menu dia, uishhhh...banyak betul menu..
Bila nak habis daa..
Next is Sichuan Hot and Sour Soup..
Yang ni sy tak ambik pon..
Ntahla, xder perasaan nak makan..
Tapi tengok orang lain habis jer makan, siap tambah lagi..
Sedapla kot, tapi macam tak lalu pulak kat tekak sy..
Takper..tunggu yang next serve..
Seterusnya nasi goreng..
Yang ni makan sikit jer, konon2 dietla kan..
Seterusnya Chicken and Orange Sauce..
Yang ni sedap jugak..
Tapi bila tengok jam sudah pukul 10 malam, terusla berhenti makan.
Terus salam2 staff kat meja dan terus blah..
Adalah yang join keluar sekali, eei tak sanggupla nak tunggu sampai event habis jam doblas..
Kat KL ni dah jam 10 lebih pon masih jem lagi..
Tapi dalam jem2 tu pon dari Bandar Sunway ke Bentong jam 11.20 sy dah sampai rumah..
Hahaha, bawak kereta macam orang giler..
Bila dah sampai rumah rasa legaaa sangat, lepas tu barulah terfikir yang bukan2..
Nasib baik tak terjadi apa2 dan alhamdulillah sy selamat sampai..
Kereta standard dengan budak2 dah tidur pon..
Mandi, kemas2 dan terus tidur..
Letih giler..
Sok pagi2 tu macam biasa, seawal 5.30 pagi dah bangun..
Nasibla naik..sebab dalam bus boleh sambung tidur..
Sekian,
Terima kasih sudi baca..