Pages

Wednesday, February 29, 2012

Ammar Qayyum & Aishah Maisarah

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal Qayyum & cousin 2x dia Aishah..beza bulan jer..muka pon nak dekat iras-iras..

Boolatnyer mata Aishah ni..


Tapi Aishah ni ciwek sket..orang jawa kata ciwek sbb asyik nak nangis jerk..lepas tu taknak dengan orang, nak mak dia jer..nak dukung pon tak bley..apa pon tak boley..stress betul tau..


Ni pon masa nak ambik gambar ni dia nanges..tapi qayyum rilex jer..chill qayyum..!


Ni la ummi & ayah Aishah..ummi dia sepupu sy..tapi muka kitorang tak iras pon..hehe


Picture ni pulak masa kenduri doa selamat dekat rumah sy..tengok tu kereta standard dukung tu pon nak nanges..



Ha, muka diorang seiras kan..
Pandainyer qayyum pujuk aishah.."Ecah, jangan angis yer"


Awak pujuk ker awak cubit dia qayyum..adoi, budak-budak ni..


Papa Qayyum dengan abah Aishah ni cam janji jer pakai baju sama kaler hitam..anak-anak pon sama jugak kaler hijau..

Pandainyer mereka ni jaga anak..harap-harap boleh jadi bapa mithali yer..

Sekian..

Kenduri Kendara Sg Besar

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog bergambar..rasa cam bosan jek kan..nak baca karangan panjang-panjang mesti bosan giler kan..

Ni pon gambar dah lama tapi hari tu terlupa nak masuk dalam blog..semua gambar ni masa balik sg besar bulan 12 hari tu..

Memula taknak pon pergi kenduri..malas jer..kereta standard lagila malas. kerja dia asyik nak membuta jer..tapi mak sy dah paksa-paksa suh pegi jugak..terpaksa la ikut..

Kenduri ni selang 7-8 rumah dari rumah mak sy..tapi jauh jugakla sebab rumah jarak-jarak..


Masuk je dalam kereta, si montel ni tak nak duduk diam..


Dahi berbintat kener gigit nyamuk masa tido dalam buai..


Ni nenek qayyum aka mak sy aka ibu mertua kereta standard..


Gi kenduri kener get ready susu botol..senang..


Nenek qayyum lagi..


Ni pengantinnyer..tema biru pink..tak berapa clear sbb zoom..pengantin ni pon muda lagi..bagusla kawin awal-awal kan..



Qayyum ada rupa papa dia tak..boolat macam papa dia kot..kehkeh..




Kereta standard suka picture ni..dia buat profile pic fb dia..ala-ala kampung kununnyer..
gambar dekat parit depan rumah pengantin..



Lepas makan kitorang terus balik rumah..kereta standard pon nak sambung tido..

Suruh qayyum duduk dengan nenek dekat belakang tapi dia sibuk nak duduk depan..



Balik jer rumah terus bogelkan qayyum, tinggal pampers jer sebab cuaca sangat panas masa tu..
Yeaa..qayyum sangat gembira..nampak gigi rabbit dia..
 

Sy suka picture ni sbb qayyum ni susah sket nak senyum..banyak pic dia muka serius jer..
Alamak, tapi malu sket la sebab cekci lepas tu nampak peyot moncet..hehe


Sekian

Women Edition # Cara Mengatasi Niple Crack

Assalamualaikum..


Kali ni sy nak kogsikan hasil dr google & pembacaan, untuk mengatasi masalah puting melecet adalah:-

1. Untuk elak puting susu ibu melecet semasa mula-mula susukan baby, apa yang perlu dibuat ialah ambil sedikit air susu yang keluar guna jari, kemudian sapukan di tempat yang melecet dengan lafaz Bismillah dan selawat.

2. Menyusukan anak dgn cara yg betul; mulut baby mesti isap keseluruhan @ 3/4 aerola kite, insyaAllah xde masalah nipple crack...cara nak tau die isap betul, perhatikan bibir bb, dua2 atas & bawah mesti terjuih. then, ade setengah org akan mengalami rengat...rengat ni, yg kite rase kat ari2 kite sakit berdenyut2...tu maknanye rahim kite nak mengecut, tu antara tanda bb kite menghisap breast kite dgn cara yg betul...


Yang ni pulak sy copy paste dr SINI

Untuk panduan ibu-ibu, simptom-simpton yang dialami oleh ibu
- sakit
- puting merekah
- ruam
- kulit berkeping
- sakit lepas menyusu
- puting berdarah
- tidak selesa, gatal, panas

Punca-punca puting melecet atau sakit
- posisi dan lekapan tidak betul
- bengkak susu akibat jarang mengepam/menyusu
- bayi keliru puting ibu dan botol
- belum mahir guna pump
- salah teknik memerah guna tangan
- dermatitis
- atopik ekzema

Penyelesaian untuk puting melecet atau sakit
- belajar teknik lekapan yang betul dan pastikan anak melekap dengan betul
- bagi bayi hisap sebelah payudara yang tak sakit dahulu
- bila susu mula mengalir sendiri, boleh beralih ke payudara yang sakit
- bila dah selesai penyusuan, masukkan hujung jari kelingking ke penjuru mulut anak supaya anak lepaskan puting.
- alihkan bayi dari payudara perlahan-lahan.

Jika puting telah luka
- sapukan dengan susu ibu
- gunakan breast shield untuk sementara jika anak selesa menghisap darinya
- boleh guna krim yang tidak mengandungi bahan kimia, semulajadi dan selamat untuk bayi.

Semoga tips-tips ni boleh membantu sy & ibu-ibu diluar sana..


Sekian

Monday, February 27, 2012

Women edition : Niple Crack Problem

Assalamualaikum..

Waaahhhh...giler lama tak updated blog kan..nasib baik belum bersawang..huhu..

Bukannyer aper, last week sangatla bizi nyer..sbb tu la tak sempat nak updated..kamera plak xder, jd xsempat pulak nak transfer gambar..jadinyer, serba serbi tak sempatlah...

Kali ni nak kongsikan masalah yang mungkin dihadapi oleh ibu-ibu seluruh dunia...iaitu niple crack selepas penyusuan..

Sy bukanlah ibu yang memberikan susu ibu secara ekslusif kepada anak sy sbb sy malas tak berapa nak rajin mengepam..jd siang baby akan guna susu formula kat rumah pengasuh tapi bila dekat rumah memang sy akan beri susu badan..

Yer, sy akui..susu ibu memang adalah susu terbaik tapi mungkin bukan rezeki Qayyum agaknya..dulu masa minggu pertama menyusu Qayyum dah pernah sekali nipple crack, tp kereta standard belikan ubat dekat farmasi..2 hari dah ok..

Masalah yang sama berulang kembali bila Qayyum gigit..dua-dua belah pulak tuh..memang rasa nak hempuk-hempuk jer, tapi sy masih boleh bersabar..tak jadi la kene hempuk budak tu..

Korang bayangkanlah, budak tu dah tumbuh 6 gigi..adoi..memang giler sakitla kan kene gigit..lagipon baby lelaki memang kuat menyusu..kalaw dapat tu terus ngap tak lepas-lepas..sy lebih suka meyusu qayyum secara baring sebab lebih selesa..lagipun qayyum tu montel sket..bila menyusu duduk lenguh weii sbb lama..

Walaupun sy dah letak krim tapi masih belum baik-baik..sy terpaksa jugak susukan qayyum sbb dia melalak-lalak sampai keluar hingus..susu botol memang taknak langsung sbb sy ada..stress tau, pedih memang takyah cakaplah, macam kener hiris pisau..sampaikan sy terpaksa gigit tangan sy kuat-kuat nak tahan rasa pedih tu..tapi, alhamdulillah masih belum sampai tahap berdarah lagi..

Sy search dalam internet, katanya vitamin E bagus utk niple yang luka..hari tu dah mintak ubat klinik tapi masih tak ok..

Tadi pergi klinik kat depan office, staff klinik tu kata sapu mentega jer..ubat-ubat sapu tu tak bagus sbb poison, kan baby masih menyusu..nnti balik nak try then tengoklah berkesan ke tak..

Sekian..




Monday, February 20, 2012

Qayyum Batuk, Kahak & Selsema..

Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin..

Sekejap jer masa berlalu kan..dah 20/2/2012..

Minggu ni kereta standard ada kursus dekat Kuantan..tinggalla kitorang dua beranak nanti dekat rumah..

Semalam weekend balik Temerloh, minggu ni duk rumah jer..takder g mana-mana..keluar pon setakat pegi klinik jer..Qayyum masih batuk berkahak & selsema..risau jugak sebab setiap bulan dia akan kene selsema..baik sekejap lepas tu kene balik..sy pon dah berjangkit selsema dari Qayyum..

Budak ni sekarang dah pandai merajuk..kalau marah tu kan beguling-guling, terbalikkan kepala, melalak sekuat hari..konon tak puas hati sangat la tu..wan dengan atok pon dah pening kepala..

Lepas tu suka sangat nak bukak tutup almari..memunggah tu tak payah cakapla..kitorang biarkan jer..sekali tercepit tangan la pulak..apa lagi melalak melelh-leleh air mata..


Atuk dengan wan Qayyum pon dah tak larat nak layan..asik nak main almari jer..


Petang sabtu pegi klinik Sulaiman..hujan lebat amat petang tu..lepas dah reda sket baru pegi..orang pon tak ramai..sy jumpa Dr Rusmini..sy memang dah biasa dengan doktor ni sejak sy pregnant lagi..orangnyer sangatla peramah..lepas checkup sebeban ubat dia kasi..

Ubat selsema, untuk keluarkan kahak & antibiotik untuk Qayyum..Dr. kasi ubat spray untuk bersihkan hidung dia jugak..


Ubat-ubat ni kalau tak masukkan dalam peti sejuk, hanya tahan untuk sebulan..jadi kalau nak tahan lama kene masukkan ubat dalam peti ais.. Antibiotik pulak kener habiskan dalam masa seminggu..lepas tu dah tak boleh guna lagi..

Sy pon dapat ubat batuk, selsema, sakit tekak & antibiotik..


Bila Qayyum tidur barula aman sikit..letih jugak ek jaga anak walaupun weekend jer..cemanalah pengasuh dia boleh bertahan jaga 2 orang budak pulak tu..

Yang sorang ni pon dah nak pengsan rasanya..



Sekarang ni dia dah kenal orang..ambik masa sket nak mesra-mesra tu..lepas tu tak boleh tengok mama bergerak langsung, mulalah asyik nak melalak jer..runsing betul hati bila anak asik menangis jer..

 Sekian..

Friday, February 17, 2012

Visit Day

Assalamualaikum..

Kali ni nak story pasal kerja sy..sy ni kuli jek aka kerani cabuk kt TM..kerja sy kutip hutang talian telepon & internet..kadang-kadang kejer sy best, kadang-kadang tak best..

Yang bestnyer bila takder kejer..yeahhaaaa..yeaa..takder kejer..hehe..(ni kalau bos baca blog aku ni mau la dia kasik kejer belambak lepas ni)..

Yang tak best pulak bila banyak kejer, kener marah (ehem-ehem..bos sy baik tau, maner nak marah-marah...yang sebenarnyer bos aku garang) & yang paling tak best lagi bila orang asik nak cepat jek..buat sendiri la kalau nak cepat sangat kann..stress tau..

Kerja sy pulak kadang-kadang memerlukan sy keluar office utk collect hutang..kira macam kak long la kan..bila kener keluar office, mentality & physically kener kuat woo..sebab sy akan jumpa macam-macam jenis manuasia..yelah, orang bila dah kener terjah mestilah terkejut..lepas tu pulak kener bayar hutang pulak tu..mau tak mengamuk..

Tapi setakat ni, customer okay jer..maybe sbb kitorang ni semua ayu jelita agaknya..jd nak marah pon tak gamak..hahaha..perahsantan betul..

Tapi, ni nak cerita pasal semalam..sy & group sy (3 orang jer sy, Nizam & Mieza) dapat taskforce baru..kitorang kener collect area Kajang, Bangi, PJ, Damansara & KL..semua ada 15 lokasi..

Pagi, kener breakfirst dulu..kitorang makan dekat-dekat office jek..masa lalu dataran merdeka ternampak i <3 kl dekat kl city gallery..menggeletis la aku nak ambik gambar dekat situ..suh Nizam stop sekejap..

Adoi, dah beria nak ambik gambar..ada makcik endon cleaner tu plak tengah mengelap bagai kat belah depan..ambik kat belakang so gambar agak kusam & tak jelas..lgpon ai bukan pakai dslr..

Yang ni Mieza, officemate sy..


Posing, jangan tak posing..


Terlindung cahaya laa, gambar gelap..tak puas hati betulla..


Haa..terang kan..ambik gambar belah depan plak..tp spoil betulla..kalau makcik ni takder mesti cun..
Lantak ko la makcik..kitorang nak ambik jugak gambar belah depan lgpon kitorang nak cepat ni..


Sy pulak..peaceV..


Gallery ni betul-betul sebelah dataran merdeka..takper, next time boleh singgah ambik gambar lagi..


So, kitorang pon gerak & decide pergi yang jauh dulu..area Kajang & Bangi..

Kalau dulu guna buku peta tu nak cari address..kadang-kadang bepusing bepuluh kali kat area tu cari alamat tak jumpa..sekarang dah senang, guna GPS jer..cepat sikit, tp kalau tak jumpa jugak kenerla tanya orang, polis ker tak pon tanya posmen..comfirm jumpa..

Kisahnya, nak cari Anggerik Villa dekat Kajang..GPS pon tak jumpa..map pon tak membantu jugak..tanya orang, salah pulak..last-last pusing jelah..ikut gerak hati..akhirnya jumpa jugak..

Masuk kawasan rumah orang kaya weii..siap ada guard house lagi..

Mak oiii..rumah dia..giler kentang, besornyer..hutang seribu lebih jek ni..takkan takder duit nak bayo..
Sekali yang keluar bukan tuan rumah la tp hanjing ko..giler besar, 2 ekor lagi..sekali dia menyalak, menggeletar kaki..

Eeeiii, takutla aku nak keluar kete..suruh Nizam jek yang keluar..dia tekan loceng sekali lepas tu terus undur, undur & undur..takut hanjing tu melompat keluar pagar naya weh..kalau masuk spital ni memang tak berbaloi nak kutip hutang orang setakat seribu lebih jek..

Korang tengok ni, caya ke tak caya..hanjing dia besar woo..ni mesti jenis hanjing polis yang tangkap perompak tu..nyaris-nyaris jer nak lompat pagar tau..agresif betul..Nizam cakap-cakap sket suh bayar, then dia kata nak bayar esok..kitorang terus blah..

Owner dia pon mengerikan jugak..macam gangster jer sy tengok..


Bos, kitorang kener salak anjing besar..
Ambik gambar sebagai bukti..kang bos tak caya pulak..


Tak kuasa nak tunggu lama-lama..kalau customer ni tak bayar aku potong terus je line dia esok..


Banyak kali jugak kener salak anjing..
Ada satu kes ni sy yang menakutkan bila sy dengan bos melawat satu cyber cafe..sekali diorang ni main judi la pulak kat dalam tu..takut wei, nasib baik tak jd apa-apa..siap ada cctv lg, kitorang plak tak tau dengan selamba jer masuk..masuk-masuk, semua orang pandang-pandang..yelah kitorang jer yang perempuan..dahlah gelap gelita kat dalam tu,cuak weii..

Kalau kener marah dengan customer tu, sy memang dah tebal telinga..dulu sy kejer call centre lagi sakit telinga, customer asik memekak jek, kalau memekak yang elok-elok takpe la jugak..ni maki hamun semua tambah sakit hati...tp nak buat macam mana dah kerja macam tu..buat bodo jelah..

Kerja luar sangat memenatkan, sampai tetido-tido dalam kereta..lagipon sekarang cuaca pulak panas..

Sekian..

Tuesday, February 14, 2012

Love Bite Qayyum

Assalamualaikum..

Tajuk post macam ngeri kan, takkan la si kenit tu dah pandai buat lovebite kot..hehe..memang qayyum sangat TERROR okey..

Sejak dah ada gigi ni, asyik nak menggigit jer kerjanya..gigi qayyum plak besar-besar terutama yang bahagian atas..kereta standard pulak selalu layankan, bagi tangan dia la suh gigit, bagi telinga..lama-lama budak tu suka sangat la menggigit..

Nah, ini buktinya..berbekas tangan kereta standard..


 Padan la muka kan..sapa suruh bagi tangan bagi budak tu gigit..




Sy taknak ajar dia gigit sy, nanti terbiasa susah plak..
Dahla tu sakit tau..

Sekian..

Ikan Bakar Sri Tanjong, Bentong

Assalamualaikum..

Bila dah lama-lama dah tak tau apa nak updated dekat blog..hehehe, dah kekurangan idea..

Last weekend duduk rumah sahaja, berehat-rehat dan melakukan tugas-tugas seorang suri rumah tangga..hahaha..macam bagus jek kan..memula kereta standard kata nak balik Temerloh, lepas tu tak jadi pulak..lepas tu nak gi Kuantan main bowling dengan officemate dia..kesudahanannya tak jadi jugak..last-last duk rumah jer...

Petang-petang sket baru keluar rumah..jalan-jalan pusing Bentong sahaja..dah petang pon masih panas lagi..
Walaupon sy duk rumah tp sy malas nak masak..pg makan nasi goreng jer, lepastu masakkan bubur utk qayyum..dah petang tu kereta standard ajak makan kat luar, dia kata tak payahla susah-susah nak masak...yeaaah..bestnyer, luv u banyak-banyakla kereta standard..

So, kitorang makan ikan bakar..tempat makan ni dekat jer..tak sampai 1 km pon dari rumah..masa ni makan dengan sorang kawan kereta standard..kiranya 3 orang makan..

Yang ni keropok lekor goreng..tak sedap sangat la, sebab dia salut dengan tepung..kita kan dah biasa makan kopok lekor yang gorang biasa-biasa tu..so bagi sy yang ni kureng sket..tak rasa sangat ikan kopok lekor tu..


Sy order tomyam ayam dengan sayur kailan ikan masin..


Kereta standard pilih ikan pari bakar..sekor jer ni, tp ikan dia besar..memang puas la makan..sambal dengan air asam dia pon sedap..


Ni jer yang kitorang makan tp giler kenyang..alhamdulillah..

Qayyum pon behave jer..takder pon nak kacau-kacau masa mapa & papa tengah makan..baiknyerr awak ni..hehehe


Mana makanan sy!!
Qayyum punyer sampai sudah tak sampai-sampai..hehe..sy lupa nak bawak biskut dia..


Yang ni muka macam tak puas hati jek..


Lokasi gerai ni dekat Batu 1, depan kubur..
Macam seram jek kan makan depan kubur, tp takder pape pon..


Sekian..


Giler Aiskrim...

Assalamualaikum..

Semua orang suka aiskrim kan...tp kalo makan hari-hari apa kes..

Kereta standard memang giler aiskrim..asal lalu mc'd jer mesti singgah beli sundae kon tu..kang lalu 7E plak beli Magnum lagi..

Semua aiskrim makan dalam kereta..sampaikan sy pon dah terikut-ikut & terpengaruh jugak nak makan aiskrim..hehehe..

Tapi sebenarnya bagus jugak makan eskrim ni, yelah cuaca sekarang ni panas wooo..

Ni favourate dia, magnum classic..


Magnum classic lagi..


Yang ni pon favourate jugak..tiap kali lalu mc'd mesti singgah drive thru..kalau hantar sy pegi memang wajib singgah genting sempah tu beli eskrim..


Yang ni pon best jugak..sy pon suka yang ni nestle la cremeria..yang walls punyer tu tak sedap, jangan beli..yang ni memang best..


Ni jelah picture kereta standard yang sempat sy snap bersama-sama dengan aiskrim itu..

Sekian..