Pages

Monday, August 24, 2015

Project Dapur - Kitchen Cabinet


Assalam..


Lepas jer pindah masuk rumah, banyak benda tak complete sebenarnya macam rail langsir dengan langsir tak pasang lagi tapi langsir dah ada dah.
Asalnya langsir tu untuk rumah lama tapi tak pasang pon so guna jelah kat rumah baru.
Tapi tak pasang rail lagi..cemana kan..
Later jelah buat langsir utk satu rumah, slowly kene kumpul dana ni.


Sofa kitorang cuma ada L shape sofa, tu pon dah terkoyak kulit.
Jadi kitorang hantar semula kat kedai perabot utk repair..
Macam membazir dan takde kepentingan sangat nak beli yang baru.


Meja makan pon kitorang takde.
Meja makan yang kat rumah sewa tu pon ihsan mak mertua tapi bila letak benda yang panas permukaan meja tu jadi menggelembung2..
So masa kat rmh sewa lama tu sy cover dengan alas meja xdelah perasan sangat tapi sy decide taknak bawak meja tu dah..plannyer beli baru jer, meja kecik 4 kerusi pon takpe..dah ok dah pada sy..


Kitchen cabinet pon asalnya taknak buat la lagi sebab fikirkan budget tak cukup. Kononnye nanti lah kot bila ada duit lebih..
Sekali bila dah pindah rasa sakit jer mata, barang2 dapur semua masuk dalam kotak dengan kotak hood dapur yang sebesar2 alam tu pon letak kat dapur jugak..
Dapur dahla sempit nak lalu lalang pon susah.. 
Nak cari barang pon kene punggah2 kotak2..walaupon dah label tak jumpa juga sebab ada barang yang tak label..hehe


Fikir punyer fikir, takpelah kene jugak buat kitchen cabinet ni.
So sy decide buat jelah, kemudian nanti pon nak buat jugak..
Sy survey 2 tempat jer sebab kat area Bentong tu kan limited.
Satu kat Bentong satu lagi kat Karak dan sy decide utk ambik yang kat Karak tu sbb harga macam murah sikit.

Tokey cina tu pon datang ukur dan bagi sebut harga.
Sy ni biasa2 je so pilih kitchen cabinet pon kalau boleh nak yang murah2 jer. tapi cantikla kan..hehe
Cina tu kata ambik masa 10 hari lepas tu dia akan datang pasang.


Lepas 10 hari, diorang pon datang pasang.
Tarikh pasang kitchen cabinet adalah pd 17/8/2015, hari Isnin.
Cina tokey ni dah uncle2..yang partner2 dia pon semua uncle2 jugak..hehe 
Takde pekerja pon, diorang sendiri bos, diorang sendiri yang buat kerja pasang2 ni..


Ni keadaan dapur sebelum pasang kitchen cabinet..
Sila abaikan bontot kuali yang hitam legam itu yer..maafkan sy..hehe


Masa ni nampak kemas sebab kitorang dah keluarkan semua barang2 yang kat bawah tu kalau tak memang penuh atas dengan bawah table top tu.
Untuk table top tu sy guna tile jer bukan granit marble..
Granit mahal ooo, tak mampu kot sebab dah over budget.
So table top dah buat awal2 sekali masa renovation dapur haritu.



Haa tu dia sebahagian barang2 yang letak kat dapur.
Dalam bilik pon penuh jugak..


Haa, meja ni baru beli jugak..memula ingat nak 4 kerusi jer tapi bila compare harga dengan design yang agak biasa2 so sy decide beli jerlah yang 6 kerusi ni..


Tapi bila letak kat dapur agak sempit sikitla sebab ruang terhad.
Malas nak letak kat depan sebab mesti budak2 memanjat karang.
Tunggu budak besar sket nanti boleh alih kot meja ni..
Nanti sy blog gambar yang kemas dan senonoh sikitlah yer..


Kerja2 pemasangan kitchen cabinet pon bermula.
Kebetulan sy urgent haritu sebab budak2 kene chickenpox, kereta standard pulak ada hal..sebelah tengahari baru boleh balik rumah..
Maka bolehla sy monitor diorang ni buat kerja..




Pasang yang belah atas dulu..
Base kabinet ni kayu playwood jer, yang macam almari tu..
Cuma pintu jer glass..



Kabinet ni sebenarnya rendah sikit sebab lubang asap tu dah terbuat rendah.
Sepatutnya mesti sama level dengan tile dinding, kalau tak tersangkut..tu yang kene turun sket.
Tapi elok jugak tak tinggi sangat, takdelah sy asyik nak memanjat kerusi jer nak letak atau ambik barang kat sebelah rak atas tu..


Hood dengan dapur sy beli asing, brand Zanussi..
Dah beli awal2..beli kat Sen Heng jer, masa tu ada promotion..
So, untuk upah pasang hood free jer..cina ni tak cas pon..


Utk cabinet atas sy pilih color hitam, yang sebelah bawah color putih..
Tapi dr jauh nampak macam biru pulak..
Glass pintu tu satu color jer, then dia letak sticker tampal jer ikut color apa yang kita nak..
Mula2 kereta standard nak cabinet color merah tapi sy tak berkenan pulak..
Last sekali decide color hitam & putih jer senang kan..



Hood tu sy decide utk tutup jer, kan trend sekarang ni orang suka yg open..
Tapi sy suka tutup jer sebab kang bersawang plak kat area yang open tu..hehe
Lagipun sy rasa nampak kemas sikit kalau tutup.



Utk kitchen cabinet ni sy dapat tray pinggan ni dengan 3 laci jer, yang lagi semua rak 2 tingkat kat sebelah atas dan kosong jer utk cabinet sebelah bawah.



Sampai ke petang jugakla mengemas dan membersihkan dapur sebab habuk kayu dengan dinding lepas diorang dril..
Haa, perasan tak color cabinet bawah tu macam lain2 sikit, sy lupa nak tanya kenapa lain2 tapi bila tutup pintu sebelah luar tak perasan pon..sama jer color putih..
So boleh dimaafkanla kot..tak obvious sangat perbezaan dia..



Tadaa, dah siap pasang..
Bila dah siap, barulah rasa kemas dan teratur jer dapur..



Kalau perasan memula serombong asap tu direct jer so dia jadi senget sbb lubang asap dah tebuk ke depan..
Sebelah petang tu kereta standard pasangkan L-Shape supaya nampak cantik dan kemas sikit..


Harga keseluruhan utk kitchen cabinet ni adalah RM4,900.00.
Panjang cabinet adalah ebih kurang 12 - 14 kaki .
Sy bayar RM3,500 dulu the sy plan kang gaji hujung bulan baru bayar balance dia.
Tapi tokey cina tu siap kata bayar lain bulan pon takpe..
Wahh, ini sudah bagus kan..apa2 pon boleh bawa bincang..


So far sy puas hati dan sangat gembira sebab dah ada kitchen cabinet..
Harga pun reasonable.
Tapi yang tak syoknyer, asikla nak mengelap jer sebab bila table top color hitam..bila ada air kosong merecik pon ketara giler nampak macam kotor.
Lepas masak jer asikla nak mengelap dan menyental dapur..hehe..


Terima kasih sudi baca,
Sekian...


Saturday, August 22, 2015

Tabika Perpaduan Birthday Celebration 2015


Assalam..


Hari Sabtu minggu lepas tu, sekolah Qayyum ada buat birthday party utk semua student dekat Marry Brown Bentong..
Plan ingat nak balik Temerloh tapi kebetulan sebelah petang pon ada member buat open house.
So kitorang balik Temerloh petang sket..


Sy sampai lebih kurang jam 10.30 camtu la..
Tapi kereta standard pegi awal sbb kene register kehadiran kat sekolah.
Lepas tu dia tumpangkan ada mak2 budak yang takde transport tu nak ke bandar..
Then baru dia jemput sy..


Utk student makanan dah disediakan..
Yang parent kene beli sendiri la kan..
Tapi budak Qayyum ni boleh mengamuk sebab nak makan burger..
Set kids dalam box tu cuma ada fries dengan nudget jer..
Korang tengok drame ke tak drama budak ni..



Nasib baik Anaz cool jer..
Budak ni makan sket jer..


Sy makan fish & chip dan fried chicken utk kereta standard..
Rasanya adalah dekat 3 tahun dah tak makan Marry Brown ni..


Yang sedihnya tak dapat nak book tingkat atas sebab dah reserve katanya.
So budak2 kene naik atas kalau nak main kat playground..
Cikgu2 pon cam sedih jugakla..
Tapi nak buat cemana kan..


Ni best friend Qayyum, Iman namanya..
Mak ayah Iman xdatang so kereta standard yang tolong jemput dan hantar balik..
Sekali time balik budak Iman ni mengamuk pulak..
Meraung2 meronta taknak masuk dalam kereta sebab taknak balik rumah..
Boleh tahan jugak drama budak ni..
Lebih kurang Qayyum jer..
Lama jugakla kereta standard pujuk2 suh masuk kereta..
Kalau Qayyum lama dah kene piat..haha


Siap ada mascot Marry Brown..


Ni budak Anaz ni, tak padan dengan kecik pakai cap abang dia..
Kat rumah pon siap pakai cap jugak..
Dia main sorang2 jer, budak2 lain semua buat hal masing2..cian dia..



Qayyum ni memang suka enterprem..
Duk depan sekali lak tu..



Spot Qayyum..
Sebab nama dia kat bawah sekali, dah kene potong..hahaa..


Lepas potong kek, then makan kek dan aktiviti bebas..
Duk bersembang2 jelah..

Budak baju putih ni nama dia Atiya..peramah yang amat..
Siap menang best dress lagi..
Siap tanya sy macam2..
Kereta standard kata ni bakal menantu, kite pon layankan jelah..


Rainbow cake..
Rasa dia biasa2 jer, sy makan pon tak habis..
Ntah, takut pulak nak makan color cenggitu..

Tengok Qayyum pon tak makan kek, dia makan cream jer..
Sy rasa kalau kek coklat laju la kot Qayyum makan..


Four of us, next year will be 5..
Ooppss..hehe


Last but not least..
Papa dengan mama budak pon nak enterprem jugak..hehe


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


Friday, August 21, 2015

Kerana Sebiji Mempelam Chokanan


Assalam..


Tamat sudah riwayat pelam sebiji ni..
Sejak pindah rumah kereta standard asyikla bising tanyer bila nak cantas pokok pelam sy tu..


Ni pokok pelam ni beli RM10 jer sepokok..
Kebetulah masa beli memang dah ada putih buah dalam 3 ke 4 biji..
Tapi malangnya, yang lekat cuma sebiji buah jer..


Pokok pelam ni kan kecik lagi, bila buah pelam makin besar jadi makin melendutla pokok tu..
Dah macam rukuk dah jadinyer, macam mata kail pancing pon iyer jugak..
Lagi pulak, kayu yang buat tongkat tu pon tak berapa nak panjang sangat..
Seminggu sekali kereta standard bagi baja pokok ni..
Siap bungkus sebab takut orang dengki kot petik ke curik ke kan..
Hehe, asyikla buruk sangka je kan..




Minggu lepas tu kereta standard bising2 lagi kata nak cantas.
Biar lagi cepat berbuah katanya..
Yelah bila tengok2 balik pon, kesian pokok ni.
Takpelah adalah rezeki berbuah lagi nanti kan..
Maka redhalah sy..hehe



Dapatlah merasa buah pelam lepas dalam 2-3 bulan tanam..
Ingatkan muda sangat buah dia sebab kecik jer rupanya dah tua jugak sebab biji dia pon dah bersabut..
Dapatla jugak buat cicah2 cili kicap..hehe


Ni dah lepas kene cantas, kene tunggu lagi setahun ler gamaknya..
Harap2 cepatla besar dan berbuah dengan lebat yer pokok pelam..


Sekian..

Thursday, August 20, 2015

Jamuan Raya 2015 Tabika Qayyum


Assalam..


Hari tu masa awal2 raya, tabika Qayyum ada buat jamuan raya.
Kira tabika Qayyum ni oklah jugak, rajin jugak buat aktiviti2 luar..
Cikgu2 pon sangat ok dan sangat membantu..


Sejak sekolah ni, banyak jugak improvement pada Qayyum..
Dulu dia pelat tapi sejak sekolah ni banyak jugak perkataan2 yang dia dah boleh sebut dengan betul tapi masih ada pelat2 lagi sikitla..



So back to cerita jamuan raya haritu, jamuan raya buat kat tabika tu jugak..
Kitorang just datang bawak diri jer..hehe



Parent..
Budak2 ada dalam 25 orang tapi masa ni ada juga yang tak dapat datang..


Lauk pauk ni cikgu dengan adalah dua-tiga orang mak budak masak sendiri..
Maaflah sy xdatang nolong masak pon..nolong makan jer..hehe


Lepas tu ada sesi bagi duit raya..
Kereta Standard ni pengerusi JKKKKKK Tabika..haha berapa banyak K da..
So sebagai pengerusi, dia kene bagi ucapan sket lepas tu agihkan duit raya pada bebudak..



Lepas bg ucapan sikit, bagi duit raya then dah boleh makan..
Tapi kitorang pon sekejap jer sebab nak gi beraya lagi 4 tempat..haha
So kene simpan perut sket, nanti nak makan kt tempat lain..



Budak Qayyum ni dah start buat perangai..
Siap suruh ambik gambar konon2 tengah bermideditasi sangatla..
Layankan jelah..
Tapi kadang2 tu tak larat jugak nak layan drama2 budak ni, jadi singa jugakla sy..hehe


Sy makan mihun sup siap tambah 2 kali..
Haha..konon nak simpan perut sangatla..
Takde makna..hehe




Qayyum suka sangat kek coklat, ni siap tambah 3 kali siap ambik banyak2..
Tamak haloba betul tapi nasib baik dia habis makan..
Kalau tak habis makan memang mama piat2 ler telinga tuh..


Menu jamuan tu ada mee/mihun sup, mee/mihun kari, lontong dengan nasi goreng..
Ada buah, kek dan juga kuih raya..



Ni la cikgu Qayyum..yang purple tu Cikgu Su dan yang biru tu Cikgu Eda..
Yang lelaki tu macam pengurus tabika ni la lebih kurang..



Hari tu sebelum puasa, cikgu2 ada buat gotong rotong cat mural dinding sekolah tapi kebetulan kitorang balik kampung so tak dapatla nak join..
Tak sangka hasilnya cantik sangat..


Qayyum siap tarik gi belakang sekolah nak tunjuk nama dia lagi..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..


Wednesday, August 19, 2015

Renovation - Table Top, Sink & Kepala Paip


Assalam..


Ni cerita renovation rumah yang sebelum ni..
Asik terlupa jer nak buat entry renovation.hehe
Alhamdulillah, sebenarnya kitorang pon dah dekat 3 minggu pindah rumah sepenuhnya..

Dapur ni kitorang extend dalam 7 kaki kebelakang tapi sy lupa plak dapur sy tu panjang dia berapa kaki sebenarnya..hehe..


Utk table top, sy pilih color hitam yang ada glitter macam picture kat atas ni..
Harga sekeping tile adalah RM15 lebih kurang..
Ingat2 lupa dah harga dia.


Kitorang beli sekali dengan tile lantai dapur, lantai bilik air, dinding dapur & dinding bilik air termasuk tile utk lantai store sekali..

Yang paling mahal tile utk table top dengan tile lantai dapur..
Yang lain tu kos dalam RM2.50 sekeping..


Sinki yang ni kereta standard yang pilih..
Dia nak 2 bowl, tebal dan besar..
Sinki pon mahal wei..
Yang ni kitorang dapat dalam RM200 tapi display punyer..
Lepas tu ada benda2 melekat2, macam kotor sket dekat sink ni.
Kene bersihkan dan kilatkan sendiri..
Kalo tak harga asal RM350 katanya..mahal kan..



Maaflah yer sebab kualiti gambar agak kurang memuaskan sebab guna handphone kereta standard yang dah rosak tu..
Ni budak2 la baling2 tu yang jd camni tu..

Ni gambar masa pasang table top.
Upah dah termasuk dengan upah renovation.
Panjang table top adalah 12 kaki.




Dah siap pasang sinki semua..
Tapi ada banyak benda yang sy tak puas hati la dengan kerja indon2 ni..
Sakit pulak hati, upah dengan barang2 dahlah mahal, sekali hasil dia macam tu pulak..
Nantilah blog lain pasal tak puas hati tu..
Kene snap picture dulu..hehe


Macam paip2 tu beli kat Mr. DIY jer murah..
Tapi tak taulah jangka hayat dia tahan berapa lama kan..
Sebab harga pon murahla sket dr beli kat kedai hardware tu..


Sekian..