Pages

Wednesday, May 30, 2012

Dragon Fruit / Buah Naga


Assalamualaikum...


Last wekend masa balik kampung sy kat Sg Besar, tengokla kat pokok buah naga mak sy ni..ada 2 bijik yang dah masak..sebijik kecik sket, yang sebijik lagi memang besar..yang kecik tu dah makan masa kat kg..tapi yang sebijik besar tu bawak balik..


Tengok kat pokok ada lagi 4 biji tapi kecik lagi..lagi sebulan masak la tu..
Mak sy tanam sepokok jer tapi tak jaga sangat..walaupun tak jaga sangat tapi pokok ni still berbuah walaupun tak lebat sangat..




Sampai jer rumah hari ahad lepas terus simpan dalam peti..lepas tu terlupa plak ada buah naga..malam tadi baru teringat nak makan..
Buah dia besar & manis..



Sebijik jer ni tapi penuh pinggang..
Qayyum pon makan tapi tak kasi banyak sangatla..




Orang kata kalau batuk tak boleh makan buah ek, nanti tekak gatal..agaknya buah naga ni la yang menyebabkan batuk sy bertambah teruk malam tadi sampai tak boleh tidur..padanla muka kan sebab makan nak sedap jer..


Sekian, bye..


Pau Gemuk @ Kunci Air Parit 1, Sg Besar


Assalamualaikum..



Kali ni nak cerita pasal pau..sapa suka makan pau....
Sy ni takde la gemar sangat makan pau tp pau yang jual kat sini memang sedap, besar dan murah..berbaloi-baloi..murahla rezeki family adik ni meniaga..


Pau ni pon feveret kereta standard..kalau balik kampung, lalu jer mesti singgah beli..ada macam-macam jenis pau kat sini..yang biasa kitorang beli pau kacang, kaya, cokelat, daging, ayam & sardin..semua pau dah rasa..


Harga pau kacang & pau kaya RM1 jer..dulu dia jual RM0.90 jer..sekarang dah naik singgit..yang lain-lain tu RM1.50 - RM1.70..Lokasinya adalah dekat kunci air Pt 1 Sg Besar..


Yang ni pau melayu yang buat..tak gebu sangat macam pau cina tu tapi pau ni besar..kalau panas-panas tu lembut jer, wangi pulak tu..kalau pau yang biasa beli dalam peti kukusan tu, pau kacang pon dah RM1.30..




Adik ni guna kukusan kayu..bawah sekali kuali besar untuk kukus pau..kul 11 pagi dah start meniaga sampai petang atau sampai pau habis setiap hari..




Masa ni tak turun kereta pon, order jer kat tingkap..


Sekian..

Merepek..


Minggu ni adalah minggu yang tak best bg sy..harini baru hari Rabu, belum sampai hari Jumaat lagi dah boring giler..

Hari Isnin hari tu, balik kerja tiket bas MARA KL - Bentong habis pulak..terpaksalah naik CENTRAL..kalau nak ikutkan bas MARA ni lebih selesa berbanding bas lain..KL -Bentong cuma ada 3 choice bas jer iaitu MARA, CENTRAL Pahang & UNION..

Agaknya sebab minggu cuti sekolah, ramaila yang datang KL agaknya..jadi disebakan pukul 6 peang tu tiket dah habis so sy terpaksalah naik bas CENTRAL..bas ni memang dah buruk giler..kalau hujan memang bocor..nasib baik hari tu tak hujan hari tu.dia punyer bergegar memang sakit-sakit badan lah...

TAPI malangnyer bus ni tak lalu sampai area rumah sy..last pitstop adalah sebelum rumah sy..adalah kot kurang 1 km nak jalan kaki sampai rumah..sampai pukul 7.20, kereta standard kata Qayyum dah tidur..kesian pulak nak suruh dia ambik sy..takpelah..sy pon jalan jelah kaki..masa ni ada 2 orang lelaki Cina dan sy sorang jer perempuan..

Nak melintas jalan jer sy terpaksa tunggu dekat 5 minit..banyak pulak kereta..yang lelaki cina tu dah jauh dah jalan..cepat betullah diorang ni jalan..tak sempat nak saing..sy ni risau jugak kot kene ragut ker apa ker jalan sorang-sorang..dah magrib pulak tu..

Nak dijadikan cerita..sy pon lari la perlahan-lahan sebab takut punyer pasal..padahal ni ikut jalan besar jer..sampai jer kat satu lorong kecik sebelum Petronas tu tetiba keluar pulak sekor ANJING..!!anjing tu terus menyalak, menyalak dan menyalak..jarak anjing tu dalam 5 ke 6 kaki jer dari sy..giler tekejut ngko..kat situ dah la takder lampu..kt Petronas tu baru ada lampu..dalam hati sy tawakal jelah kalau anjing ni menyerang..takuntnya tak taulah nak kata sampai sy berdiri tegak jer tak bergerak-gerak kat situ..sy pon pegang handbag sy..konon2 kalau anjing tu datang nak lepuk jer dengan handbag..macam berani kan..

Sekali tu ada kereta lalu, pakcik india tu terus block anjing tu..anjing tu tak bergerak pon lagi kuat dia menyalak..pakcik india tu suruh sy jalan..sy pon apa lagi berlari lah..stress betulla nak lari-lari ni..tadi mula-mula lari perlahan tapi kali ni terpaksa lari pecut..dahla pakai baju kurung, sy terpaksa la angkat sikit kain..lantakla kalau ada orang tengok pon..

Tu cerita hari Isnin, semalam pulak naik bus MARA pukul 6..sampai rumah pukul 7.45..1 jsm 45 minit dr KL - Bentong..apa ke teruk sangatla bus tuh..sangatla tension lama-lama dalam bas..macam nak balik kg..drivernyer bawak bas sikit punyer slow..tak tau la sy bas tu rosak ker apa ker..yang kereta standard asik call jer kata anak melalak la, lapar nak susu la..sy ni tak sampai-sampai rumah lagi..stress betul..

Malam tadi pulak batuk sy makin teruk sampai tak boleh nak tidur..asik terganggu dengan batuk jer..sy dah makan banyak stepsil & dequardin tu tapi tak berkesan-kesan pulak..lepas tu baru nak tidur, Qayyum muntah pulak..malam tadi makan buah naga, habis muntah merah..lepas tu pukul 4 dia mengamuk lagi sebab pampers bocor..terpaksa tukar baju skali..lepas tu baru nak tido nyenyak, dah terkejut bunyi jam loceng pulak..adoii, baru jer sekejap rasanya terlelap..harini rasa macam taknak kerja jer, tapi disebakan PSM sy tak siap lagi terpaksa jugakla datang office..sebab kalau dekat rumah memang susah sket nak buat kerja..

Sekarang ni kat office sy asik batuk jer, gatal sangat rasa tekak ni..batuk sampai meleleh-leleh air mata..


Tuesday, May 29, 2012

Hani Beriyani Gam


Assalamualaikum..


Weekend minggu lepas kitorang balik Sg Besar..sekarang ni sempat balik kg sebulan sekali jer..yelah, sy kener bahagi masa untuk kelas dan balik rumah mertua kat Temerloh..bila fikir-fikir balik dulu-dulu..patutla mak ayah kita kalau boleh nak kita kawin orang dekat-dekat jer kan..senang nak balik tengok diorang..
Lepas tu, apa hal kalau orang Johor kawin orang Kedah ker Perlis ker kan..mesti diorang tu balik time raya jer..hehe


Nasibla sy ni kawin orang Pahang jer.kiranya takderla jauh sangat..so duduk pon tengah tak berapa nak tengah sangatla..kalau balik Temerloh ambik masa 45 minit jer dari Bentong..kalau balik Sg Besar pulak dalam 2 jam setengah ke 3 jam..


Kebetulan masa beli barang-barang baby, ternampak restoran ni..plannyer lepas melawat sepupu sy dan baby baru dia kitorang nak makan dekat sini..dah lama tak makan beriyani gam..




Kitorang sampai dalam pukul 12..tak ramai sangat orang..ni baru first time nak cuba makan kat sini..




Budak kecik ni makan roti jer..tu pon dia makan sikit jer..sekarang Qayyum dah taknak makan sangat..kalau bubur nasi tu adala dalam 3 suap jer lepas tu terus taknak makan..lepas ni sy kene fikirkan menu yang menarik la nak bagi dia makan..memula tu paksa jugak dia makan, tapi habis diluah-luah..habisla comot mulut, baju, tangan semua..lantai pon comot jugak..




Lunch tengahari pada hari itu ditaja oleh atuk..tq atuk Qayyum..hehe




Posing dulu sebelum makanan sampai..haa..nampak tak periuk yang bersusun kat belakang tu..
Diorang masak suma dalam periuk besar tu..kat sini tak banyak choice lauk sebab specialty diorang beriyani..




Haa, ni antara menunyer..beriyani gam, beriyani biasa, nasi ayam, asam pedas, yong tau fu..ada set nasi putih jugak tapi dengan asam pedas tu la..




Masa order makanan tu sy tanya lah apa beza beriyani gam dengan beriyani biasa..staff kedai ni kata, beza dekat nasi..untuk beriyani gam memang nasi dia ada kacang-kacang..rasa pon lain sikit..bila serve tu, diorang akan sorokkan daging/ayam/kambing dalam nasi..dia timbus la lebih kurang..




Yang ni Beriyani Daging..mak sy punyer..harga dia sy tak ingat sangat..maybe RM8 agaknya..




Yang ni pulak abah sy punyer, Beriyani Kambing..




Lepas tu sy order asam pedas ikan pari..wahh, giler sedap..sy suka asam pedas dia..tapi disebabkan makan dengan nasi beriyani macam kurang ump sket..next time kene ambik nasi putih baru la rasa asam pedas..




Yang ni sy punyer..Beriyani Gam Ayam..tp gambar blur pulak..




Kereta standard pulak makan Beriyanu Gam Kambing..yang ni sy ingat harga RM10.50..daging kambing mahal sket..kereta standard kata daging kambing dia besar & banyak..giler kenyang & puas makan..




Budak ni makan roti jer..




Makan kat sini sedap..next time boleh datang lagi..harga pon ok dan berpatutan..

Sekian..

Qayyum In Action


Assalamualaikum..


Just nak share gambar-gambar Qayyum..dah lama kan tak buat entry pasal dia..
Minggu lepas dia start selsema, batuk berkahak dan demam..minggu lepas jer sy terpaksa ambik urgent leave 2 hari..kereta standard pulak takde, gi kurusus seminggu kat Kuantan..memang memburukkan keadaan sangat-sangat..menguruskan seorang anak seorang diri memang sesuatu yang menyiksakan..


Bila malam jer temperature Qayyum akan naik..memang tak tidur malam di buatnyer..lepas tu bila lepas menyusu jer, dia muntah pulak..habis basah baju, cadar tilam semua..dah satu kejer pulak nak alas dan tukar cadar bagai..sepanjang kereta standard takder, sy terpaksa bangun pukul 5 pagi..bersiap, kemas-kemas apa yang patut..susukan Qayyum dulu..bangun awal tu bukannya apa, kalau sy dah siap sebelum Qayyum terjaga memang takda masalah tp kalau dia dah terjaga, apa pon tak boleh..asyik nak melalak jer kalau tak nampak sy..sebelum pukul 6 hantar kat rumah pengasuh dekat blok sebelah..lepas tu menapak sket ke seberang jalan tunggu bas..petang pulak, balik naik bas pukul 6 petang..sampai rumah lebih kurang pukul 7.20 terus gi ambik Qayyum kat rumah pengasuh..begitulah rutin harian sy..sangatlah mencabar kan..



Masa dia demam haritu, sy tak hantar gi rumah pengasuh pon..takpelah..sehari jer, sian pulak nak hantar kalau asyik merengek jer..nanti menyusahkan pengasuh dia pulak..



Ni gambar masa dia demam minggu lepas, rambut berserabai..kusut masai..masa ni tengah cakap dengan papa dia..tp sebenarnya papa dia cakap sorang-sorang jer..hehehe..dia senyap jer sambil angguk2 kepala..nak cakap tak pandai lagi..




Yang ni pulak masa balik kampung Sg Besar minggu lepas..cuaca amatlah panas..sy sendiri pon tak tahan..Qayyum tido sampai basah lencun belakang baju..seluar memang tak pakailah..kesian dia, sampai tumbuh ruam penuh satu belakang..


Kitorang kalau balik kampung tido memang kene pakai kelambu sebab kat kampung kan banyak nyamuk..takut kene denggi pulak..kalau sy jer tak kisah sangat tapi kesian kat Qayyum..bila dah pakai kelambu, langsung tak rasa kipas syiling, kereta standard siap bawak masuk kipas rendah tu dalam kelambu lagi..tu pon berpeluh lencun..bayangkanlah dia punya bahang panas tu..dah lama tak hujan kot..
So bila siang, bogelkan jer..tinggal pampers..takderla berpeluh sangat..tengahari pon kene mandikan jugak.




Comel jer dia pakai topi gi bendang nenek..





Kali ni takder ambik gambar sawah pon..memula tu memang plan nak gi ambik gambar kat sawah tapi sebab panas terusla takder mood..



Monday, May 28, 2012

Office Activity - Nasi Kukus Ayam Rempah


Assalamualaikum..


Hari Khamis minggu lepas, bos sy blanja nasi kukus..jauh ni order nun dekat Kajang sana..dia punyer sambal belacan memang terbaiklah..


Memang bos dah niat nak blanjer, tp asyik tergendala jer sebab semua orang bz..nak blanjer makan kene tunggu semua orang ada kat office barulah best dan meriah..orang kata "the more the merrier" kan..cewah..


Tepat pukul 12 makanan pon sampai..apa lagi terusla makan..so pada hari itu memang tak payah keluar lunch..tapi memang kenyang giler sebab pagi tu sy breakfast nasi kerabu..ingatkan taknak makan lunch, ptg-ptg sket baru nak makan tapi dah ada orang blanjer..terpaksa jugakla makan..hehe




Staff dekat office sy tak ramai pon, ada 20 orang jer..




Bos request nak semua bahagian kepak jer..bahagian lain taknak..nasi kukus ni ada nasi, ayam goreng rempah, sedikit timun, kuah gulai & sambal belacan..sambal dia memang sedap giler..




Ini bos sy..terima kasih bos blanjer..semoga murah rezeki, next time blanjer la lagi..huhuhu







Sekian..

Aktiviti Hari Jumaat - Asiangeos


Assalamualaikum...


Kejadian ni berlaku pada hari Jumaat lepas..hehe..kejadianla sangat kan..
Sebenarnya, dah lama plan nak lunch dengan budak Irna ni..tapi tak berkesempatan jer..office kitorang bukannyer jauh sangat pon, adalah lebih kurang 1 km jer..


Irna & Afzan ni kawan UTM sy..tapi semester ni memang takder kelas sama tapi insyaallah nanti final sem karang sama..harap-harap kita habis sama-sama dan konvo nanti pon sama-sama la yer..



Disebabkan malas nak jalan kaki, sy pon naik bus metro dari office sy..bayar singgit sampai The Weld..sampai awal jugak, so pusing-pusing dalam Weld tu dulu sementara tunggu budak Irna ni..



Sebelum tu, budak ni siap sms lagi suh bawak carrot cake..malam sebelum tu sy pon buat kan..kebetulan nak balik kg so boleh bawak balik kg sekali..begitu gigih membakar kek malam-malam buta..ni pon selepas qayyum tidur..tapi sy rasa macam kek ni tak kering sangat maybe sebab kurang masa membakar..sy asyik dok adjust api atas bawah jer..takur hangus la katakan..sorry la Irna yer kalau tak sedap..



Lepas tu kitorang pusing-pusing kat pasar karat kat belakang The Weld tu..tapi jalan-jalan sekejap jer sebab peningla kepala sy..time jalan-jalan jer ada kereta lalu..runsing..!!




Lepas tu terus jelah gi makan..Irna bawak makan ikan bakar..dia siap cakap banyak lagi tempat nak makan..next time makan tempat lain pulak, apa-apa jelah dik..
Mula-mula tu, sy ingat taknak la makan nasi sebab baru jer sarapan pagi makan nasi goreng..takkan tengahari nak makan nasi lagi kan..tapi nafsu mulut dan minda yang tidak selari menyebabkan sy memilih untuk makan nasi jugak..tengok ikan bakar dia macam best jer..





Sy pilih ikan pari, nasi separuh & sayur sikit..lokasi gerai ni..ntah lupa plak..tapi kat belakang Wisma MPL tu jer..dekat lorong-lorong belakang tu..




Afzan dan kawan Afzan..nama dia Farah kot kalau tak silap, practical staff kat office diorang ni..

 




Lepas jer habis mencekik, Irna ajak naik office dia..lawatan tak berbayar..hehe






Diorang ni kerja dekat oil & gas company..
Best jugak sekali sekala tengok office orang lain..sangat berbeza lah dengan office sy..
Lepas tu gerak balik..masa balik jalan kaki jer sebab balik dengan Irna..dia ambik half day nak balik kg..
Terima kasihla Irna bawak jala-jalan dekat office dia..next time jumpa lagi yer..
Sebelum tu singgah dekat Weld lagi sekali sebab nak beli benda ni..




Kelloggs cornflake ni ada promotion..3 kotak RM14 sahaja..lepas tu sy jual 1 kotak RM5 kat Mieza..
Lepas tu pulak tengok atas meja ada towel TM..
Ni gift yang lebih kurang macam payung hari tu la sebab kitorang achieve autopay target..




Sekian, bye..


Tuesday, May 22, 2012

Office Activity - Makanla apa lagi..

Assalamualaikum..


Kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas..macam biasa la, bila dapat bonus jer kan, semua orang nak blanjer makan..siap q lagi, minggu ni turn orang ni, minggu depan orang lain plak, minggu lagi satu dan seterusnya..haha, memang besh gilos kot kalau ada orang asyik blanja makan..jimat duit poket..


Eleh..mesti korang kata bila plak turn sy blanjer..hehe..turn sy dah lepas..sy share 3 orang makan nasi lauk, lokasinyer..kat office jer..masa tu xambik gambar ker ntah..dah lupa plak, sebab cari-cari gamba masa tu tak jumpa plak..kahkah..mak incik sudah lupa pula..


Sebelum makan, bos telah mengagih-agihkan payung ini kepada semua orang sebab kitorang achieve autopay target..payung besar punya..buleh muat 3 orang seperti model di bawah..ya ampunn, kakak2..jangan marah sy, gurau jek..:)





Sian plak kak Aini kat ujung tu, gambar dia cam alien plak..ntahla kak, tak reti nak setting nak buang red eye tu..sila maafkan sy lagi sekali..hehe
Menu nasi ayam Tanglin pada hari ini telah ditaja oleh 2 orang kakak model payung di atas..terima kasih K.Ani & K.Wook..lagi sorang K.Nani takder dalam gambar pulak..si budak Lili tu saja jer sebuk2 jugak jadik model payung..hehe





Nasi ayam ni not bad jugak..sambal dia sedap..
Ada dadih jugak..





Gambar puan punyer blog pada hari itu..letak gamba kecik jer sebab muka macam orang sakit..tu pon dah jenuh edit bagi cun sket..hehehe..biala perasaan sendiri pon kan..:)





Bye..

Kek Lobak Merah


Assalamualaikum..


Semalam sy ponteng tak kerja..selsema & batuk..malam sebelum tu memang tak lena tidur sebab asyik batuk jer..Qayyum pon sama, lagi kesian bila tengok dia batuk teruk..tengok kat lidah dia dah ada putih-putih..nak jadi ulser la tuh..lepas menyusu jer terus muntah..habis basah baju, kesudahannya tidur pakai pampers jer sampai ke pagi..


Minggu ni memang giler bosan sebab Kereta Standard kursus seminggu dekat Kuantan sampai hari Jumaat..Walaupun semalam tak kerja, tapi sy tak hantar Qayyum kat rumah pengasuh pon sebab malas nak keluar rumah..Disebabkan boring jer kan duk rumah, so masa Qayyum tido sy pon curik-curik untuk menjalankan baking project sy yang seterusnya..kalau si kecik tu bangun, apa pon tak boleh..


Belek-belek buku resepi, cari resepi yang simple habisla..akhirnya berjayalah membuat carrot cake untuk kali pertama..tapi tergaring sikit belah atas sebab sambil tengok tv, tak tengok pulak oven tu..tapi rasa dia sangat sedap..cuma, tak buat cream cheese frosting jer..len kali boleh buat lagi..




Fresh from oven..kene sejukkan dulu..macam tergaring sket kat bahagian atas sebab sy tukar setting api atas..lepas tu terlupa plak nak tengok sampaila oven berbunyi "ttingg"..tergezut ai tengok, ingatkan hangus lagi sekali..nasib baik selamat..




Kek Lobak Merah

Sumber : Kompilasi Hidangan Kek oleh Nor Aini Zakaria

Bahan-Bahan:

200 gm tepung gandum **
1 sudu teh serbuk penaik **
3/4 sudu teh soda bikarbonat **
1 sudu teh serbuk kayu manis ** (sy kurangkan sket)
400 gm lobak merah - diparut
100 gm minyak masak / minyak jagung
130 gm gula (sy guna 190 gm tp xletak brown sugar)
90 gm gula perang (brown sugar) - tak letak
90 gm kismis
50 gm kacang walnut - dicincang
2 biji telur
Esen vanilla

ayak bahan**

Cream Cheese Frosting:

250 gm rim keju
100 gm gula aising
65 gm mentega cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara:

1. Griskan acuan 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 180C
2. Satukan lobak merah, gula prenag dan gaul rata. Biarkan sekejap. Masukkan kismis dan ketepikan.
3. satukan gula dan telur dalam mangkuk pengadun, pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak dan esen vanilla. Gaul hingga rata.
5. Masukkan bahan bertanda ** sedikit-sedikit dengan adunan lobak dan kacang walnut. Gaul hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan. bakar selama 1 jam pada suhu 160C

Cream Cheese Frosting:

Satukan cream cheese, gula aising dan esen vanilla. Pukul hingga kembang, masukkan mentega cair dan pukul lagi hingga gebu.



Harini bawak kek gi office, diorang kata sedap..dah habis licin pon..bila buat kek, lepas tu diorang puji-puji plak..rasa sungguh bersemangat nak buat lagi..hehe..


Bye..

Wednesday, May 16, 2012

New Member in Family

Assalamualaikum..


Hehehehe...senyum sampai telinga...
Finally, i got this...



Last week ada warehouse sale dekat Sogo...tengahari tu, sy yang tak pernah serik-serik walaupon dah terkena sekali dulu..tetap jugak nak gi sogo tuh..hambik ko, punyala ramai maknosia..
Pergi berdua tapi balik sorang-sorang..alkisahnyer, gi dengan Mieza, tp sampai atas tu dah tak jumpa Mieza..calling tak dapat pulak..tetiba dapat call dari office dia kata dia dah balik office sebab pening kepala ramai sangai orang..nak Q bayar yang tak tahan tu..


Yang sy pulak, gi kawasan baby product jer sebab nak beli baju utk Qayyum...nampak jer pilih saiz terus rembat..nak bayar pulak lagi satu masalah..semua Q panjang..gi keluar balik bayar kat luar..adalah setengah jam beratur baru dapat bayar..warehaouse sale buat kat Tingkat 7..lepas tu jalan-jalan kat baby world plak tingkat 4 kot nak tengok-tengok kasut..terus terbekenan sandal dan terus la beli terusla balik..




Haritu suka tengok kasut Poney tapi boleh tahan mahalla jugak..seratus lebih..yang ni okla jugak..kasut budak kecik-kecik pon mahal mengalahkan kasut orang tua kan..


Sekian..

Baking Project - Chocholate Cake

Assalamualaikum..


Alhamdullilah..hari ni baru masuk office..baru ada masa nak update blog..ingatkan malam tadi nak godek-godek blog ler sekejap tp si kenit tu melalak-lalak nak main laptop jugak..kesudahannyer terpaksala main dengan dia jer..


Sy ada kursus dekat TTC Jalan Semarak Isnin dan Selasa..agak bosan jugak terutama yang hari Selasa tu..dah la kursus dekat discussion room, takder komputer..memang bosanla kan bila dengar talk jer dari pagi sampai petang..


Kali ni nak story pasal second tome baking project sy yang hari tu..hehehe..gembira sebab kali ni jadi, tp masa nak bakar ni cuak giler..takut hangus jugak macam brownies hari tu..


Sebagai langkah berhati-hati, sy sentiasa check oven..tapi sebab dah reduce masa membakar dan heating, so kek pon jadi cantik..cewahh..over betul kan..happpy sangat-sangat sebab kek jadi..




Masa bakar, elok jer kek ni naik kembung..tapi bila dah keluarkan dari oven kek terus flat..memang camtu agaknya..tepung kek beli yang dalam kotak brand Nona..tinggal campur dan bakar..pagi-pagi buta ni buat..lepas solat subuh, terus bersemangat buat kek..sebabnya, pagi tu nak gerak balik Temerloh, takut tak sempat siap plak..




Lubang-lubang besar tu sebab sy cucuk dengan pisau..hahaha..ganas tak..



Potong-potong masuk tupperware..bagi juri tak professional rasa dulu, dia kata bagus tak hangus..len kali buleh buat lagi..


Mak mertua pon suka..sampai-sampai rumah mak mertua masak ikan patin tempoyak..hadoi, cemana nak diet yer kalau asik makan sedap jer..


Bye..