Pages

Friday, May 29, 2015

B.A.S.I.L @ Bangsar Village



Assalam..


Kebetulan haritu tu dah boring sangat makan kat office so akak2 kat office sy tu ajak makan kat luar..
Tapi takdelah ramai2 sangat pon, kitorang bertiga jer..
So kali ni diorang recommend makan kat BASIL..
Diorang dah try banyak kali and diorang kata not bad..
So sy pon layankan jelah..


Lokasi kat Ground Floor, Bangsar village..
Masa lunch hour boleh tahan ramai jugak pelanggan..


Restaurant ni memang serve masakan thai so sy expect mesti tomyam dia sedap giler..
Tapi bila tengok menu yang macam2 tu sampai tak tau la nak order apa sebenarnya..


Macam biasa geng makan tengahari pada hari tu adalah  Kak Shida dengan Kak Raz.


Ni Kak Shida punyer..
Apa nama dia ntah, sorry dah lupa..


Yang ni sy punya..katanya Basil spaggetti..
Tapi macam mee goreng basah je kan..haha



Meh close up sket..
Banyak giler portion dia..
Tapi sebab dah tengahari dan dah memang lapar sangat, habis sepinggan ni sy bedal..


Ni Kak raz punyer..


Diorang ni sebukla bersembang jer..
Sampai tak sedar sy ambik gambar..haha..


Pada sy food biasa2 jer..
Tapi ramai yang review makan kat sini sedap..
Harga pulak standard macam secret resepi tu..
Takpe, maybe next time boleh try tomyam pulak..
Manalah tau sedap giler kan..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..


Thursday, May 28, 2015

Kegilaan kepada Ice-Cream Sneakers


Assalam..


Haa, harini nak cerita pasal ice-cream pulak..
Kitorang laki bini sebenarnya memang hantu suka ice-cream..
Kalau kat rumah tu memang sentiasa ada jer stok dalam freezer..


Sekarang kan sy dah sambung study, so kelas sy nun kat KLIA College kat KLIA sana..
Ntah cemana ntah boleh tercampak kat sana sy pon tak tau..hehe..
Sebenarnya UTM ada collaboration dgn KLIA sbb tu class buat kat situ..


Sebulan akan ada sekali class Sabtu & Ahad..
Nasib baik long kereta standard duduk Cyberjaya so kitorang adalah tempat nak menumpang berteduh..
Kalo tak memang kene sewa hotel ler gamaknya..
Dah jimat duit kat situ..


So satu haritu gi kedai runcit nak beli2 barang..
Sekali terjumpalah ice cream sneakers & mars..
Selalu makan coklat jer kan..
Kali ni terus teruja try..sedap gilos uols..iols tak tipu..
Selama ni tak perasan pulak ada ice-cream terus borong beberapa ketul..
Harga dia sama jer macam coklat bar tu jugak..
Tapi kat kedai runcit area Cyberjaya ni murah sket..selalu beli satu bar rm3.40 kan tapi kat sini dapat rm2.80 la lebih kurang..



Ada dua size, yang standard macam coklat bar dan ada yang besar..
Masa ni mars jer ada yang besar, yang sneakers tu dah habis stok.
Size besar harga dalam RM6 la lebih kurang..
Mahal giler kot, baik beli ice cream magnum jer..
Haa, size yang besar tu lebih kurang macam ice cream magnum tu je pon..takdelah besar sangat..



So setiap bulan lepas Cyberjaya memang wajib beli ni..
Marilah menambahkan calori dan gula dalam darah..haha



Nyum-nyum..
Pagi2 buta sebelum gi clas melantak ice cream dulu..


Lepas tu habis clas hari Sabtu petang kitorang jalan kat D'Pulze Cyberjaya..
Selalu memang pusing2 cari tempat best nak makan..
Rumah long kereta standard tu rumah bujang, dapur nak masak pon xde..
Nantila dah kawin baru beli kot..


D'Pulze ni shopping complex baru kat Cyberjaya tu..
Kira oklah jugak, nak gi Alamanda tu macam jauh sangat..kat sini pon ok..


Sekali terjumpa plak yang sneakers con kat Jaya Groceries.
Terus rembat satu nak rasa..



Excited giler nak makan ice cream sampai bergegar tahap 5 skala ritcher..
Lepas bayar siap nak makan terus, tak dan cari tempat duduk dah..



Anaz pon sibuk nak jugak..
Tapi..




Tapi...




Tapi...



Kecewa tau..bukan nak kata ice cream tu tak sedap tapi kon dia dah lemau, dah tak rangup macam kita makan ice cream biasa tu..
Hampeh betul, frust makcik tau..
Lepas ni memang tak beli dah..
Harga seketul RM6++ lebih kurang..




Kereta standard pulak try ice cream ni..
Yang ni apa nama dia ntah..
Tapi lagi mahal dari sneakers..
Okla not bad, takdelah selemau macam kon ice cream sneakers sy..huhu



Last2 budak Anaz jer yang makan ice cream sy..



Ni ice cream kereta standard tadi..
Menarikla jugak..




Eh budak Qayyum mana ntah masa ni, berlari kehulu kehilir tu yang tak sempat nak ambik gambar dia tu..
Budak Anaz ni pon kalau lepas jugak memang kehulu kehilir jugak, kene masuk dalam troli baru terkawal sket..itupon tengok  mood dia, kalau datang time melasak dia memang letih nak mengejar budak ni..


Kat Jaya Groceries ni memang ada macam2 benda yang jarang jumpa..
Makumlah, sy pon sekarang dah jarang2 nak jalan tempat2 macam..kitorang kan duduk ceruk Bentong nun..hehe..



Ice cream m&m pon ada..


Ha, yang ni yang sy beli tu..
Dah try sekali, next time tak beli dah..hehe
Sakit hati lagi tau, beli mahal2 tapi sekali lemau pulak..
Ciss betul..


Yang ni pon sedap, sneakers almond.
Yang ni memang rare..kereta standard kata dah lama tak keluar yang almond ni, so bila jumpa trus rembat jugak..



Sekian cerita tentang ice cream..
Bye..


Wednesday, May 27, 2015

Renovation - Plaster Syiling


Assalam..


Sambung lagi cerita renovation rumah.
Kali ni nak cerita tentang plaster syiling..
Kitorang buat yang biasa2 jer sbb syiling rumah dah rendah..
Untuk tambah plaster syiling ni pon dah makan 12 inci takut nanti tersangkut kipas jer..
Tapi so far, so good.



Kitorang buat kat hall sahaja.
Ikutkan hati memang nak buat satu rumah tapi sbb limited budget so buat kat hall jelah dulu.
Yang lain tu nanti kemudianla kot kalau ada duit..hehe



Kitorang upah contractor cina sbb recommended by jiran baru kitorang..
Haha, pon bolehkan..
Kebetulan jiran pon melayu, laki bini polis..
Kereta standard pon dah kenal diorang so senangla nanti kot2 nak minta tolong kan..




Sehari jer siap pasang plaster syiling..
Yelah, space bukan besar sangat pon kan..






Nilah hasilnya lebih kurang bila dah siap plaster syiling..
Macam yang sy inform awal2 tadi, kitorang buat yang simple & biasa2 jer..
Untuk dua ruangan ni harganya RM1,300 tapi lepas minta discount dapat RM1,100..
Ntahapahapa lah kan, banyak giler discount sampai RM200..kadang2 sy rasa macam diorang ni menipu je tau..ish-ish, tak baik buruk sangka..



Tapi kene cat balik..sbb diorang undercoat selapis jer so nampak bercampuk2 dan tak rata..
Lepas cat memang puas hati..
Buat masa ni, kitorang cat color putih jer senang..malas lagi nak fikir color2 yang lain tu..


Kos untuk Plaster Syiling = RM1,100.00


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Tuesday, May 26, 2015

Renovation - Pintu Rumah Budget


Assalam..


Sebenarnya house renovation fully complete.
Tinggal nak cat jer then dah boleh pindah masuk..


Sebab sy beli rumah lama so sy memang tukar semua pintu..
Yang paling ok cuma pintu stor yang lain semua dah macam nak jahanam..
Bugdet renovation memang over dr plan asal..memang nanges tau..


So mana yang boleh cut cost, kitorang laki bini planla betul2..
Salah satunyer adalah pintu rumah..
Pintu mestilah nak cantikkan, tapi rege satu pintu bilik yang dah siap jer cecah RM500..
Tu baru satu pintu tau, belum satu rumah lagi..
Bayangkanlah 4 bilik x RM500 dah berapa..
Yang main door pulak paling murah RM700..
Ni pintu yang lawa sketla bukan yang biasa2 tu tau..


Jadi, kitorang ambik jalan untuk beli pintu kayu biasa dan cat jer sendiri..
Tapi sebenarnya tukang indon yang renovate rumah sy tu yang buat, upah pasang pintu dan cat sekali lumpsum dgn upah renovate..so bila kitorang dah calculate tolak darab bahagi semua, okla kot..masih affordable.


Untuk pintu utama, kitorang pilih design yang macam ni.
Satu pintu berharga RM250 sahaja..


Untuk pintu bilik pulak, sy beli yang biasa macam design seperti di atas..
Harga RM150 satu pintu.
Silalah abaikan syiling tu yer, kitorang dah tukar dah yang elok sket..
Cat pintu sy beli jenama Jotun, harga utk 1 tong 5 Liter RM115.00..
Tapi lepas cat 2 lapis siap ada lebih lagi..



Bila dah siap cat, rupanya jadi macam ni ha..
Ni pon 2 kali cat.
Tapi kalau nak lagi cun kene gosok dengan kertas pasir..
Tapi tukang indon tu tak gosokkanla, dia gosok sket2 jer..
Nanti ada masa kitorangakan gosok sendiri la kot..


Untuk main door pulak, nilah hasilnya selepas cat..
Tapi sy macam tak puas hati sketla sebab arah cat tu berselirat..
Tapi nak buat cemana kan..
Redha jelah, nanti ada masa boleh gosok semula..


Total semua untuk pintu rumah sahaja:-

Main door RM250 X 1 = RM250
Pintu Bilik RM150 X 5 = RM750
Cat = RM115

Total = RM1,115.00


Ni harga semua tak termasuk GST sebab kitorang beli siap2 sebelum April haritu.
Pintu bilik tu jadi 5 sebab termasuk pintu stor skali sy tukar..
Sakit mata dan sakit hati tengok pintu asal tu..
Untuk pintu belakang kat dapur kitorang tak gunakan pintu kayu tapi kitorang guna pintu besi..


Lagi satu nak inform, tombol pintu semua beli asing tau..
Harga tombol pintu tak termasuk dalam harga pintu..
Tu yang tambah menanges meraung2 tu..
Nak renovate rumah ni bukan sikit duit nak guna.
Stress!!


Terima kasih sudi baca.
Sekian..