Pages

Friday, January 2, 2015

Tentang Banjir..


Assalam..


Setelah seminggu lebih banjir, memang sedih tengok apa yang berlaku kat Kelantan..
Takziah dan semoga tabah kepada mangsa2 yang terlibat


2014 dah berlalu..
Semoga 2015 membawa sinar harapan secerah cahaya matahari..



Flashback story..
Hari Isnin hari tu jambatan Bentong tu berlubang, menyebabkan jem teruk masyaallah..
Sy sampai rumah jam 8.45 malam, naik bus kat Pekeliling jam 6.30 petang..
Itupon kereta standard terpaksa jemput naik motor sebab bus dah tak bergerak sebab jalan jem..
Dengan hujan gerimisnyer memang sejuk menggigil..

Rempit jelah yang dapat gerak laju
Nasib baik selamat sampai rumah..
Kalau tunggu naik bus jugak memang sampai jam 10 la malam tu..


Jambatan ni tengah nak buat baru, agaknya arus sungai pon deras sebab asyik hujan jer tu yang jalan berlubang tu..
Alhamdulillah kerja2 baik pulih dibuat dengan pantas..
Jem dr petang, dah la nak masuk bandar Bentong tu, itu jelah laluannyer..


Ni nak cerita pulak tentang Temerloh..
Mak sedara kereta standard memang hari2 update cerita banjir kat sana..
Dia duduk kat Bahagia Court, rumah dia tak banjir sebab kawasan tinggi tapi yang kawasan rendah semua dah banjir..
Mak dengan abah mertua sy pulak duduk kat Taman Temerloh Jaya, alhamdulillah tak banjir tapi air lagi sekilometer dah nak sampai rumah..


Harini punya update katanya air dah surut tapi highway LPT masih ditutup..
Jalan lama maybe dah boleh lalu sebab kereta standard plan nak balik Temerloh cuti hujung minggu ni..
Nak tengok jugak apa la yang dah jadi kat kampung tu..


Meh flashback masa banjir tu..
Tak sempat nak update dalam blog..



Ni last week hari Khamis, 25/12/14..
Masa ni  air baru nak naik..
Mak sedara kereta standard boleh lagi posing2 ambik gambar kat tepi sungai ni..


26/12/14 air naik cepat betul..


Hari Sabtu tu mangsa banjir yang pindah ke sekolah mak sedara kereta standard dah dekat 1600 orang..terlalu ramai sampai tak muat..siap ada yang tidur kat kaki lima kelas..
Kesian sangat, dengan takde letriknya..bertabahlah semua orang yang terlibat..



Haa, ni mak sedara kereta standard kerja sampai malam..
Nama sekolah lupa plak nak tanya..

Ni gambar2 yang diorang share kat group watapps so sy copy jer masuk blog..


Bandar Temerloh memang tenggelam sebab dekat dengan sungai..




Yang ni adik kereta standard, sekarang kerja kat LPT..
Hari2 memantau banjir kat highway LPT tu..
Haritu dia plan nak balik Temerloh tapi semua jalan ditutup..
Dan nak sampai ke Taman Temerloh Jaya tu kene naik 2 bot..
Terus tak jadi nak balik rumah..


Start semalam, cuaca cerah jer..
Harap2 air surut cepatla sikit..
Kalau jalan ok, paras air dah turun sikit dan dah boleh redah maybe minggu ni nak balik Temerloh..
Harap2 dipermudahkan..amin..


No comments:

Post a Comment