Pages

Tuesday, April 29, 2014

Restaurant Mohd Chan @ Bangi


Assalam,


Hari tu berkesempatan makan kt Restaurant Mohd Chan, Bangi..
Itupon adik kereta standard blanjer sebab dapat bonus berjuta2 lemon..tq adik, nanti blanjer lagi ek..hewhew


Dah banyak kali dengar nama Restaurant Mohd Chan ni, so agak famous jugakla restaurant ni..
Tapi baru ni la pertama kali dapat rasa..
Chineese food pada sy biasa2 jer..
Sy lagi prefer satu restaurant muallaf kat Raub tu tapi bila cakap dengan kereta standard dia kata kat sini lagi sedap..
Ikut suka la, selera masing2 kan..


Jom tengok buku resepi, macam2 ada sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.
Restaurant ni ada beberapa branch, tp yang ni kitorang pegi yang dekat Bangi.


Jom tengok menu dia, macam2 ada..
Ada seksyen ikan dan udang..ketam pon ada jugak..


Seterusnya ada bermacam-macam jenis masakan daging..


Ada lala, sup, telur dan taufu..


Pelbagai jenis sayur-sayuran..


Seterusnya seksyen sayur-sayuran..


Last sekali air..macam2 jenis air ada..
Pilih jelah yang mana suka..


Masa ni pergi dengan mak abah mertua sy sekali..
Kira macam family outing la..

Kebetulan pulak masa pergi makan budak kecik ni tidur, dapatla sy makan dengan aman sekali..
Qayyum pon ok jugak, xder nak buat perangai sangat.


Banyak giler kitorang order..
Maklumla orang belanja, lepas tu tak pernah makan kat sini tu yang macam2 order..
Kesudahannya tak habis makan. Siap bungkus bawa balik, lepas tu sambung makan kat rumah pulak..haha


First sekali sampai adalah kailan seafood..
Bila tengok pinggan, hekelehh sikit cenonet jer sayur..
Macam tak padan pulak dengan harga RM15.
Tapi mana2 pergi Chineese restaurant food, harga memang agak mahal sikitla..
Pada yang mampu bolehla makan selalu..
Kalau macam sy ni, sekali sekala sudah..


Yang ni memang terbaik..Ayam Telur Masin..
Kereta standard asyik teringat-ringat jer ayam ni..


Ikan pulak kitorang pilih masak sweet sour..
Not bad jugakla..


Yang ni pon antara yang famous kat sini, butter prawn..
Qayyum yang tak suka makan telur tu boleh pulak dia makan floss tu..
Banyak jugakla dia makan..
Kalau dah makan banyak tu maknanya memang sedapla tu..


Lepas tu order lagi sotong goreng tepung..
Yang ni tak habis sebab dah kenyang tapi kitorang bungkus bawa balik..

Last but not least adalah tomyam campur..
Tapi pd sy tomyam dia tak sedap pon..biasa2 jer dan pedas sikit..

Banyak gilerkan kitorang order makan..
So far oklah makan kat sini, yang best sekali butter prawn dengan salted chicken tu..

Lepas makan semua orang kekenyangan yang teramat sangat..
Masa tu kitorang tidur kat satu homestay dekat Bangi, saja jer nak jalan2 Putrajaya/Cyberjaya.
Memang balik homestay terus tidur sebab kenyang sangat..

Sekian, terima kasih sudi baca.
Bye..


No comments:

Post a Comment