Pages

Monday, April 28, 2014

Aktiviti Hujung Minggu 3 #Kenduri, Sogo, Maju Juntion Mall & KLCC


Assalam..

Seterusnya hujung minggu yang tak balik kampung, kitorang jalan KL lagi..dan lagi..dan lagi..
Hahaha..never get bored with Kuala Lumpur..


Tapi kali ni dengan adik beradik kereta standard..
Diorang ni bujang lagi so memang tak kisah sangatla kan..banyak free time..


Dari segi fizikal memang diorang ni tak macam adik beradik pon kan..
Tapi itulah hakikatnya..
Bila Anaz dengan Qayyum join dah macam 5 orang adik beradik lelaki pulak gambar ni..haha


Sebenarnya xderla purposely nak jalan sangat..
Asalnya sy pergi kenduri En Zaihan kat Ampang, kawan office lama kat Bukit Mahkamah..
Anak sulong dia yang kawin..
So lepas kenduri baru start jalan2..
Mula2 pergi Sogo..tapi tak menarik perhatian sangat..
Temankan adik dengan abang kereta standard makan jer..
Yang kitorang ni kan dah makan nasi minyak, so order jelah yang light2..


Handsome pulak gambar Qayyum yang ni kan..
Lepas sogo, kitorang jalan kaki ker Maju Juntion Mall..parking kat Sogo jer..susah sangat nak cari parking.
Kat sini masa tu ada Adidas warehouse sale..
Tapi sy tak ambik gambar pulak masa tu..terlupa la..
Tapi memang murah2 la barang2 kat situ..
End-up, kereta standard beli bola jer..haha
Sy pulak macam xberkenan apa2 jer..


Sopan sungguh jalan2 kat KL kan..
Pergi kenduri kan, mestilah sopan santun gitu..
Tapi gambar kenduri tak ambik pon..teruk betullah..


Budak Anaz ni memang behave sangat..tak banyak songeh sangat..
Yang pening kepala adalah bang dia tu ler..


Lepas dah penat pusing, lepak kat starbuck kat Maju Juntion tu..
Qayyum nampak pisang terus bising2 nak pisang..
Demand betul, papa dia layankan jelah..


Lepas Maju Juntion kitorang gi KLCC pulak.
Haha, merayap habislah hari ni..


Kat KLCC just jalan2 cuci mata jer..
Ikut lelaki2 kan, diorang ni mana masuk kedai kasut dengan kedai handbag..
Yang masuk adalah semua kedai Adidas, Nike dan yang seangkatan dengannya..


Lepas tu layankan bebudak main jelah..
Dah dekat jam 6 terus balik rumah..

Banyak lagi aktiviti hujung minggu yang sy nak share..
Nanti bebila free, sy update lagi..

Sekian, wassalam..


No comments:

Post a Comment