Pages

Thursday, April 17, 2014

Resepi : Samosa Daging


Assalam,


Adalah haritu terajin nak memasak..ingatkan nak buat karipap tapi macam dah biasa jer kan so kali ni try buat lain pulak..

Kebetulan hujung minggu tu nak gi jalan so bolehla buat makan2 dalam perjalanan tu nanti..

Try buat samosa and ni first time nak buat..
Google dulu cara nak bungkus, kang main belasah jer confirmla xjadi kan..

Kebetulan kereta standard baik hati pulak nak menolong hari tu so dia tolong masakkan inti..

Inti senang jer, macam buat inti karipap tu..suka hati la nak letak daging ke ayam ker..yang nak makan pon kitorang jugak kan..

Cara sy buat inti : Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan daun kari. Lepas tu masukkan serbuk kari..tumis sampai pecah minyak sikit..Seterusnya masukkan daging..kentang potong dadu lepas tu rebus kejap bagi emput sikit lepas tu campurkan jer..gaul sebati lepas tu perasakan dengan garam dan gula..siap dan sejukkan..


Tapi nak menggulung samosa ni memang bercinta la..
Dengan budak Anaz yang menepek melekat jer kat kaki nak berdukung, nak layankan Qayyum lagi yang duk sibuk nak gulung kuih jugak..haaaih, memang kucar kacir..

Kereta standard pulak dah malas nak layan terus masuk tido..
Hampeh betulla..
So malam2 sy buat sikit2 lepas tu sambung esoknya..
Adalah dekat seminggu jugak barulah habis inti tu..

Dah siap masukkan dalam freezer..
Time nak makan terus jer goreng..
Senang sangat rupanya samosa ni..
Nanti kalau ada masa boleh buat lagi..


Sekian,
Terima kasih sudi baca




No comments:

Post a Comment