Pages

Saturday, January 19, 2013

Final Thesis Presentation @ UTM Skudai


Assalamualaikum..



Pada 25/12/2012 hari tu, sy ada presentation final thesis degree sy dekat UTM Skudai..
Presentation adalah pada hari Jumaat, sesi sy pukul 10 - 11 pagi..
Walaupun sesi sy pukul 10, tapi sy join jugak kawan2 sy dari awal..
Xderla awal sangat pon, sesi pertama presentation start pukul 9 pagi..turn sy pulak sesi yang kedua..
So, pukul 8.30 dah suruh kereta standard hantar gi tempat presentation tu..
Lagipon xtahu sangat jalan dalam UTM ni, nasib baik ada kawan sy tu dah tau so follow jer kawan sy..




Masa ni kereta standard parking kat belah belakang..
So dia suruh tunggu jer kat depan nanti dia pusing..
Sambil tunggu tu sempatla ambik gambar Qayyum kat area kolam air kat depan office Scholar's Inn ni..




Budak ni baru bangun tido, memangla muka dia masam mencuka macam ni..
Ni pon nasib baik mood baik, tak mengamuk..
Tengok ikan pon muka masih serius..




Dalam kereta pon masih masam lagi..




Rambut pon serabai jer..
Biarkan dia duduk kat depan sebab kejap lagi sy nak turun senang..




Masa ni suruh jugak kereta standard hafalkan jalan..
Jangan nanti balik sesat tak jumpa jalan balik apartment sudah..




Sangatlah berdebar2 nak tunggu turn presentation..
Sy ambik course marketing, jadi tajuk tesis pon harusla related dengan marketing jugak..




Haa, nilah bilik presentationnyer..
Ketar lutut woo nak tunggu..
Yang berita baiknya, masa tu ada sorang jer pensyarah penilai..sepatutnya dua orang tapi yang sorang lagi tu xdatang pulak..
Sebab apa, tidak diketahui pulak..




Bila turn sy masuk jer untuk presentation, terus menggelabah ayam..
Nak cucuk pen drive pon tak tau kat mana..
Sebab apa, pc dia attach terus ke skrin layar untuk presentation yang besar tu..
Sy siap tanya soalan bodoh kat pensyarah tu "Puan, kat mana nak cucuk pen drive ni.."
Hahaha..lawak betullah..
Padahal, cpu tu kat tepi kaki sy jer..boleh pulak tak nampak..


Ok, lepas jer tarik nafas panjang2..dah ok sket..
Presentation berjalan dengan lancar..
Time present tu sy tengok pensyarah tu duk baca2 sms la, sy pon cakapla laju2..ingatkan dia xperasan..
Rupanya, macam2 soalan pulak yang dia tanya..
Jawap pulak kene confident, walaupun sy reka2 jer cerita bila dia tanya pasal sampling dengan population..
Ala, belasah jer..sebab sy rasa dia pon baru tengok sy punyer tesis tu masa presentation tu..


Slide untuk presentation sy buat dalam 20 jer..sikit giler kot..
Kawan2 yang lain tu buat banyak..ntah apa nak cakap..xkuasa la sy nak present banyak2 sangat..


In the end of the presentation...
Komen pensyarah itu adalah:-
1. Bab kesimpulan dan cadangan sy tu lari menyimpang jauh sangat dengan objektif kajian - yang sepatutnya menjawap objektif dan persoalan kajian..
2. Yang ni best sebab dia suka slide presentation sy sebab katanya sangat menarik, informative & wordless..
(cewah, yang ni sangat bangga sampai kembang2 lobang hidungla..hehe)
Dia siap mintak satu copy tesis & slide presentation sy tu untuk nak tunjuk kat student dia slide yang bagus...tapi yang ni sampai kesudahnya sy tak hantar pon..
Semalam masa pos laju final thesis yang hard cover binding pon lupa jugak nak buat satu copy lagi untuk puan ni..


Sy present dalam 30 minit jer..
Sekejap giler dah siap..
Yang first session tu 45 minit..
Tapi lega sangat rasa bila dah habis..
Lepas jer keluar bilik 7 tu terus call kereta standard suruh ambik..


Nantilah kalau ada free time sy kongsikan pasal slide presentation sy tu yer..
Bolehla menjadi rujukan student2 lain, walaupun sy rasa xderla bagus sangat pon..biasa2 jer..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



Friday, January 18, 2013

Scholar's Inn - UTM Skudai


Assalamualaikum..


Seminggu ni sy agak busy sket..
Last week sibuk dengan final exam, alhamdulillah..final exam untuk final semester sy dah pon berakhir..
Last paper adalah Financial Management hari ahad lepas..study pon last minute, jawap merepek2..ntahla..at least dapat B pon ok la..sy memang tak pernah aim untuk score A's pon untuk subjek calculation ni..memang sangatla tak pandai..walaupun macam senang, tapi bila dah buat exercise, contohnya buat 3 kali exercise..lepas tu mesti dapat jawapan yang lain2..tu yang menyampah tu..


Lepas dah habis final exam, menggelupur pulak untuk siapkan final tesis..yang ni kene buat ikut spec UTM, font, page no, spacing dan macam2 lagi..dan yang paling penting kene hard cover binding...nanti sy buat new post tentang tesis ni ya..


Bila tesis dah siap, sambung menggelupur lagi pasal nak audit SIRIM kat office..
Dalam masa 2 minggu kene clearkan fail, sy pulak kene pegang 2 QP..sangatla stress nak siapkan fail..asyik semak, print, semak lagi, print lagi..
Lepas tu kene clearkan semua adjustment yang belum buat, beribu2 akaun kene check..
Tapi nasib baik sy sangat cekap menguruskan masa..hehe..kononyer la kan..
Tepat jam 5.30 petang punctual terus balik, xder makna nak stayback..rumah dah la jauh..
15/1/2013 iaitu hari selasa lepas ada mock audit by HQ, lepas tu audit dr SIRIM pulak adalah semalam 17/1/2013..
Yang bestnyer QP sy tak kene pon..hehe..selamat..
Buat satu hari jer, mana nak sempat check semua QP..
Alhamdullillah, everything going to be smoothly..xder NCR, cuma ada beberapa penambahbaikan sahaja.. 


Uishhh, panjang lebar sungguh membebel kan..
Hari ni baru la ada free time, so kali ni nak cerita tentang presentation tesis sy ke Skudai hari tu..
Tapi untuk first batch ni sy cerita tentang hotel yang kitorang duduk tu dulu lah yer..




Untuk 3 hari 2 malam, kitorang menginap dekat Scholar's Inn, UTM..
Dalam UTM ni ada banyak juga rest house yang disediakan untuk student, orang luar pon boleh sewa jugak..





Yang ni view dari sebelah belakang apartment..
Kat bawah ni ada cafe, makanan dia not bad lepas tu murahla jugak..




Tu la office dia,
Kene buat reservation dulu sebelum datang sebab takut full..



Yang ni view sebelah depan..
Apartment ni 10 tingkatla rasanya..




Ada empat jenis rumah dengan harga yang berbeza, masa sy book tu yang available cuma standard dengan deluxe room jer..
Apartment ni ada 2 bilik, 1 bilik air..
Beza standard dengan deluxe, bilik standard tu cuma ada kipas..yang apartment deluxe tu fully aircond..
Yang suit dengan scholar's tu maybe beza perabot..lebih exclusive la agaknya..
Sy ambik yang deluxe tu..
Kitorang bawak adik kereta standard skali, boleh tukar2 drive..lagipon kereta standard xbiasa jalan Johor..takut sesat katanya, tu yang bawak escort tu.. 





Ni pulak view dari balcony apartment, kitorang dapat tingkat 7..
Luas jer mata memangdang..
Ni memang first time sy datang UTM Skudai, dulu masa registration sy xdatang pon..sy register dekal KL jer, sebab masa tu ada kawan sy yang datang register kat Skudai then dia kata boleh jer tak payah datang sini, tu yang tak pegi tu..



Yang ni hall apartment, ada sofa dan meja makan kecik..



Stroller Qayyum ni memang kitorang hangkut mana2 pegi..
Bawak macam2, jadi digunakan untuk letak barang..
Memang sangat berguna, xrugi beli..hehe..




Balcony ni agak bahaya, sebab tengokla palang besi tu..dah tercabut..
Setakat Qayyum besar tu, memang boleh bolos..



 TV pon ada jugak..




Yang ni pulak bahagian  dapur, siap ada peti ais..
Tapi pinggan, sudu semua xder..yang ada jug plastik dengan beberapa biji gelas jer..




Yang ni pulak bilik kitorang..
Sy pilih bilik depan, adik duduk bilik belakang..
Katil dia satu2..terpaksala rapatkan..
Sila abaikan model di atas yer..memang agak tidak sopan..
Sy nak ambik gambar, dia sibuk jer terus baring..


Apartment ni kira ok, selesa la jugak..
Kitorang check-in petang Khamis, then check-out pg tengahari Sabtu..
Bayar RM200 sahaja..tapi kene tambah RM50 deposit untuk kunci apartment..masa check-out boleh claim balik RM50 tu..
Sy ada presentation final thesis sy hari Jumaat tu, jadi lepas tu memang ada banyak masa nak jalan2..


Walaupun ada banyak masa untuk jalan2, tapi kitorang cuma sempat gi JPO, Danga Bay, Jusco Taman-U, dan pusing2 Skudai tu jer..
Sebab apa, diorang ni kan banyak habiskan masa dengan membuta jer..jalan2 belah petang ke malam jer..kalau dari pagi memang banyak tempatla boleh pegi kan..


Insyaallah, nanti masa convocation boleh book apartment ni jugak..
Kalau ada rezeki sy, insyaallah convo bulan may nanti..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..





Friday, January 11, 2013

Naan Khashmir @ Restoran Thaqwa


Assalamualaikum..


Korang pernah makan tak roti "naan khasmir"...
Sy baru pernah makan dua kali..
Masa first time makan dulu tu, kawan kereta standard yang belanja..
Kawan kereta standard tu dah biasa makan kat sini, dia la yg suruh try..katanya sangat sedap..
Bila dah rasa sekali, terusla terjatuh cinta...
Hehehe...



Ni la restorennya..
Begitu gigih sy ambik gambar..turun2 kereta jer terus nak ambik gambar..hehe
Lokasi Restoren Thaqwa ni adalah di Sri Gombak..
Betul2 kat depan food court Sri Gombak tu..
Rasanya memang restoren mamak ni agak famous kat Gombak tu..


Kitorang datang makan kat sini masa on da way balik dr Skudai hari tu la..
Sampai KL pon masih awal jadinya kitorang pon jalan2 cari makan dulu..




Haa, bila tengok menu tu kan ada macam2 jenis roti naan kan..
Yang paling special kat sini adalah naan khasmir dia..
Kat restoren mamak lain, jarang jumpa tau..roti naan biasa2 tu banyakla..


So, sy order naan khasmir dengan ayam tandori..
Air pulak order three layer tea...bahasa melayunyer teh 3 lapis..hehe
Kitorang order satu jer, share sudah sebab roti naan dia besar..
Memang takkan habisla kalau makan sorang..



Tadaaah..ni la dia teh 3 lapis..
Tapi ni air kereta standard, sy order air kosong jer..
Tapi sy minum jugak air ni..




Akhirnya, sampai jugak roti naan khashmir dengan ayam tandoori sy..
Haa..tu la dia rupanya roti naan khashmir tu..
Besar kan..penuh pinggan..
Lebih kurang sama besar jugak macam roti naan biasa tu tapi yang ni lain sket..




Apa yang lainyer..
Meh kita close up sket..
Roti ni sangat lembut..
Dalam dia ada kismis yang besar2 dan banyak..yang hitam2 tu la kismis..
Kat atas tu pulak di tabur dengan carrot, bawang putih dan gajus..
Agaknya sebab ada kismis dengan gajus sebab tu la harga satu roti naan ni RM7..




Yang ni pulak ayam tandoori sy..
Harga ayam ni RM6..
Tapi pedas sketla rempah ayam ni..
Tak boleh nak suap dekat Qayyum..




Haa, tengok tu perempuan gemok muka gembira sebab dapat makan roti naan dengan ayam tandori..
Hehehe..
Padahal masa ni takder la lapar sangat sebab baru lepas makan keduri kat Melaka..
Saja2 jer memenuhi selera tekak yang mengada2..





Budak ni makan kismis jer..
Bagi roti dia taknak pulak..
Bg nasi lemak pon xmo makan jugak..
Sebab tu la dah kurus, xtahula nak suruh makan susah sangat..
Kena tengok mood dia, kadang2 makan banyak..kadang2 xnak makan pon..
Lepas tu makan benda merepek2 macam keropok ikan tu..


Habis jer makan, kitorang terus balik Bentong..
Kereta standard sangat penat drive katanya..
Jauh rupanya Skudai tu..
Dekat 5 jam baru sampai..itupon setiap R&R stop..
Bila jalan siang memang bawa 100km/hour jer sebab takut kene speed trap..
Sayang woo duit bagi kt polis, baik buat makan ker jalan2 ker..berbaloila sket..


Kalau nak rasa roti naan khashmir, singgahla ker restoren ni..
Highly recommended..


Thanks sudi baca..
Sekian..



Thursday, January 10, 2013

Aktiviti Balik Kampung - Kebun & Pekan Sari


Assalamualaikum..


Hari sabtu tu, lepas jer melawat wan kereta standard..kitorang pon singgah kat kebun mak mertua sy..
Kebun ni terletak dekat Sanggang, Temerloh..




Nak masuk kebun, posing dulu..
Tapi kitorang ni tak masuk dalam kebun pon, just kat tepi pagar jer..
Giler banyak nyamuk kat kebun ni..
Singgah kebun sekejap jer sebab nak ambik buah rambutan..


Macam2 pokok yang mak mertua sy tanam..
Durian, cempedak, limau bali, limau nipis, duku. langsat, mata kucing, mangga..
Tapi yang berbuah lebat cuma cempedak dengan rambutan jer..
Durian nan hado nak berbuah..
Lagipon kat kebun ni banyak kera..hari tu semua pokok mata kucing berbuah lebat..
Sekali datang seminggu lepas tu nak bungkus, habis semuanya..tinggal daun jer..
Keciwa sungguh..




Buah cempedak memang lebat..
Mak mertua sy siap jual, dapatla jugak untung jual daripada busuk kat pokok jer..
Semalam bawa balik dalam 7 biji..tinggalkan kat rumah 3 biji yang lain tu bagi kat pengasuh dengan jiran rumah sebelah..




Haa..perempuan gemok pon nak posing jugak kat kebun..hehe



Ada tiga pokok rambutan yang berbuah lebat..
Tapi sayang buah terbiar macam tu jer..
Abah kereta standard tak minat nak gi kebun..jadi mak mertua sy jer yang datang tengok kebun..
Sebab tu la xterpetik semua buah2 neh..
Lgpon kebun boleh tahan jauh jugak dengan rumah, tu yang jarang sket gi tengok kebun..




Mak mertua sy memang minat berkebun ni..
Sebab tu dia suka pegi MAHA tu..
Boleh beli pokok2, baja semua..




Bawak plastik satu jer..
Tu pon kereta standard dah bising2 kata dah petik banyak ni sapa nak makan..
Alah petik jerlah, boleh bagi kat orang..dapat pahala tau..



Disebabkan kereta standard dah malas nak petik, jadi dapatla satu plastik jer rambutan..
Lagipon tak tahan banyak sangat nyamuk yang belang2 tu..macam nyamuk aedes tu..
Siap ikut masuk dalam kereta..
Rambutan ni manis dan lekang.buah dia besar2 pulak tu..


Lepas tu hari ahad, kitorang jalan2 kat PEKAN SARI..
Keluar rumah pon dah dekat pukul 10..jadinya rempit naik motor sahaja..
Sebab kalau naik kereta mestilah jalan jem, kene jalan jauh sebab parking pon kene jauh..
Naik moto jer mudah, senang dan cepat..



Masa jalan2, tu yang terjumpa buah mencepu tu..
Selonggok RM3..




Yang ni pulak buah katak puru..
Sama jugak selonggok RM3..
Pasal buah katak puru ni sy dah pernah post kat entry SINI
Time tu mengidam masa mengandungkan Qayyum.. 




Dah penat jalan2, berhenti lepak makan satay kejap..
Lagipon sy belum breakfast lagi..
Ingatkan nak gi jumpa doktor, tp doktor favourate cuti pulak..
Terusla xjadi nak gi klinik..



Kitorang order 15 cucuk jer..
Satu cucuk RM0.60..
Boleh tahan sedap jugak satay kat sini..kuah kacang pon sedap..
Nasi impit pulak sepinggan RM1.00


Lepas tu kan ..ada cerita kelakar..
Kereta standard la yang cerita sebab masa tu sy tak perasan la pulak kejadian tu..
Ada 2 orang pakcik makan kat sebelah meja kitorang ni..
Masa nak bayar tu, pakcik tu kata ada lagi 5 cucuk satay yang belum makan so nak pulang balik..
Sy rasa kelakar giler..
Boleh pulak dah order2 lepas tu pulangkan balik yang tak makan tu..haha..




Sementara tunggu satay tu, beli kuih apam gula hangus ni..
Nampak macam sedap jer..
2 ketul RM1.00 jer..
Tapi sy jer yang makan..diorang ni tak minat kot..




Aksi comel dr Qayyum sambil makan satay..
Habis jugak 3 cucuk budak ni makan..memang peminat satay betullah..


Pada pendapat sy, Temerloh ni masih lagi boleh dianggap kampung..
Barang2 kat PEKAN SARI ni pon masih murah..
Sy beli apam balik, siap mengada2 xnak gula lepas tu extra jagung pon harga sama jer RM2..
Mana nak dapat apam balik besar dua hengget..Sg Besar pon xder tau..sumer dah RM3..
Dan terbukti jugak, makan order satay kalau tak usik boleh pulang balik..hahaha..


Lepas tu sy beli rojak buah, pon harga RM2 jugak..
Kalau kat tempat lain kan RM3 - 3.50..
Kuih pon 3 singgit, xderla kecik cenonet sangat..biasa2 jer..xbesar dan xkecik sangat..
BATAK sekejap sy dengan harga kat Pekan Sari ni..hehe




Pekan Sari ni beroperasi setiap hari ahad sahaja, dari pagi sampai tengahari..
Pekan dia adalah sepanjang tepi sungai Temerloh tu..nak dekat2 satu km jugakla rasanya..
Kitorang jalan separuh jer, tu pon yang sebelah makanan jer..lepas tu dah tak larat..
Ramai orang, panas pon yer jugak..
Yang Qayyum melembik xnak jalan sendiri..jadinyer terpaksa berdukung..
Tu yang menambahkan letih tu..




Macam2 ada kat Pekan Sari ni..
Sayur2 kampung, ikan patin yang paling penting sekali..




Yang ni pula adalah EMPING..
Masa memula tu sy pon xtau..apa kebenda la emping ni..
Rupanya macam ni..




Nak makan kene goreng kot..
Entah, tak pernah try la pulak sy..




Kitorang jalan yang bahagian makanan jer lepas tu patah balik..
Dan lepas tu terus jer balik..




Masa on da way balik tu, lalu la kat depan Mc'D Temerloh..
Mc'D ni baru jer bukak dalam dua bulan lebih la kot..
Tapi kitorang lalu jer..tak singgah pon sebab masih kenyang makan satay kat Pekan Sari sebelum tu..




Itu jelah rasanya aktiviti sy masa balik kampung kereta standard..
Terima kasih sudi baca..


Sekian..


Wednesday, January 9, 2013

Spaghetti Bolognese @ SR Bentong


Assalamualaikum...


Kelmarin tetiba tekak ni ngada2 plak nak mkn spaghetti..
Lempang gakla tekak ni kang..
Nak masak sendiri malas, sebab kalau masak kang dah la banyak..satu hal lagi sy sorang jer yg makan..
Kereta standard agak kureng sket mkn spaghetti ni..


Jadinya..
Nak senang, kita makan kt luar sajalah kan..
Pikir punyer punyer pikir nak makan kat mana, kereta standard kata kita makan jer kt SR..


Maka, kitorang tiga beranak pon keluar rumah lepas isyak menuju ke Secret Resepi..
Sampai jer, parking pon baik punyer..betul2 depan restoren..




Pilih2 meja yg agak selesa..
Lepas tu tengok2 menu..
Sy decide ambik bolognese...niat di hati td nak makan spaghetti kan..jadi haruslah pilih benda itu bukan benda lain.hehe..




Lepas jer order...
Nak dijadikan cerita..
Tiba2..si budak kecik ni, yg td tengah duduk atas meja...tiba2 duduk mencangkung pulak..
Muka tak boleh belah sambil teran2...
Cehh, berak rupanya...
Tadi kat rumah xnak berak..kat sini pulak kamu nak berak..
Menggelabah sekejap sebab keluar sehelai sepinggang, melenggang2 kangkung xbawak pon dypers dia..




Caner nih..anak dah berak..
Xkan nak balik, cancel order..
Malu la pulak, dah order makan tetiba tak jadi pulak..
Kang mesti budak waiter tu ingat sy tak bawak duit..
Hehe..macam2 imaginasi timbul..


Maka, kereta standard pon kata xper, biar dia jer balik rumah dengan Qayyum..
Bagus, bapa mithali neh..
Nasib baik kereta standard tak marah & tak bising2 sebab sy tak bawak dypers Qayyum..
Nasib baik jugak rumah dekat jer..
Kalau jauh memang dah balik rumah sama2 dan tak datang dah..
Malu kot dah balik nak datang balik..hehe



Lepas jer kereta standard balik, order pon sampai..
Tp kereta standard xorder makan..dia just temankan jer..
Xder selera katanya nak makan, tapi air dia orderla..




Haishh, lama la pulak nak tunggu kereta standard datang semula..
Spaghetti dah depan mata ni so sy pon terus jer ngap..
Tapi makan slow2 la...
Rasa cam pelik pulak makan sorang2..
Nasib baik malam tu orang xder ramai sangat..



Sy order ice blended chocolate, while kereta standard pulak order caramel apa ke benda ntah..
Sampai dah nak cair air dia baru la diorang ni sampai..
Spaghetti sy pon dah tinggal suku jer..
Kereta standard sempatla rasa sket..




Wah..si ontel ni siap dah tukar baju tido lain..
Habis bocor kene seluar..
Dia macam biasa terus jer duduk atas meja..
Mana mahu nak duduk kat kerusi..




 Dapat kerepek behave la sekejap..




 Kembang2 hidung dapat makan kerepek..



Alhamdulillah..
Kenyang..dapat jugak makan spaghetti memenuhi tekak yag mengada2..
Hehe..




Macam biasa la Qayyum bila dah nampak air ais terus jer nak sedut..
Kedekut pulak tu xmo share..
Nak minum sorang2 jer..




Nasib baik dah pandai minum..
Xderla sampai comot2 baju tu..





Tapi bab kerepek tu tak kedekut pulak..
Baik jer hati nak suap papa dia..









Habis jer makan, kitorang terus jer balik rumah..
Sebelum tu singgah 7Eleven sekejap beli roti..
Lepas tu kereta standard order burger kat gerai bawah rumah..
Tapi tamak haloba betul sebab order sampai dua..
Lepas tu makan sorang2..


Sekian..