Pages

Saturday, March 21, 2015

Resepi : Sambal Hitam Belimbing Buluh


Assalam..


Sambal hitam ni pernah makan sekali sebab kereta standard bawa balik..dia kata officemate dia buat makan kat office so ada lebih..dia pon bawak balik nak suruh bini dia rasa..
Baik jugak laki sy kan..hehe


Lepas tu ada kawan yang hari2 naik bas sekali tu jual..
Satu bekas kecik RM8, saiz kecik tu macam bekas jelly tu..
Lepas makan tu sy rasa sambal hitam ni sedap giler..
Lepas tu order lagi yang bekas besar sket..
Besar tu tak besar mana pon lebih kurang bekas taufufah macam beli pasar malam tu.
Satu bekas tu harga RM14..
Haa..murah ker mahal..


Kebetulan sy balik kampung, belimbing buluh mak baru nak berbuah..
So yang tengah besar adalah sikit jer..
Tapi bolehla nak try buat sambal hitam kan..


Resepi google jer..
Macam2 version ada..


Tapi sy guna resepi seperti di bawah.


Resepi : Sambal Hitam Belimbing Buluh

Bahan:

Belimbing buluh - direbus
Cili padi
Bawang merah/bawang putih
Ikan bilis

Cara2:-

Tumbuk semua bahan di atas, panaskan minyak dan masak sampai hitam..
Tapi sy masukkan kicap kipas udang nak bagi hitam sket dan takdelah masak lama sangat.


Basuh belimbing bersih2..


Lepas tu rebuskan dia.
Orang kata kene rebus dalam tin sebab nanti periuk rosak.
Nasib baik ada tin susu budak2..


Rebus dengan api perlahan dan jangan masukkan air.
Orang kata kene rebus sampai hitam, tapi nikan first trial so buat sukahati jer..
Sebab rebus waktu malam lepas tu sy masuk simpan dalam peti.
Esok tu baru buat sambal hitam.


Lepas rebus adalah dapat secoet jer..
Ni pon sebab belimbing xde..


Lepas tu tumbuk kasi lumat.
Ikan bilis, bawang, cili semua pon tumbuk..
Letih giler rupanya kerja2 menumbuk ni..


Lepas tu masak sampai kering.
Kalau tak cukup hitam tambah jer kicap.
Jangan lupa tambah perasa..


Akhirnya dapatla satu tupperware kecik.
Sebab belimbing sikit jer jadi bawang, cili dan ikan bilis pon agak2 jerlah..


Sedap giler..
Makan pulak dengan nasi panas, memang bertambah2la..
Lepas ni dah tak payah nak beli mahal2 dah..
Buat sendiri memang berbaloi2.


Silalah cuba..
Sekian



No comments:

Post a Comment