Pages

Friday, April 3, 2015

Beli Rumah Lelong - Housing Loan/Pemilihan Bank


Assalam..

Entry ni dah lama dalam draff..
Sakit hati punya pasal sebab tu terbengkalai sket nak habiskan karangan..hehe


Hari kan sy ada cerita tentang kesilapan sy memilih penguam untuk urusan rumah lelong ni kat SINI
Harini nak share pulak tentang experience sy tentang membuat Housing Loan atau membuat Pinjaman Perumahan..


Kalau nak ikutkan, korang kene rajin survey bank mana yang bagi rate paling rendah..
Kalau Telekom, kitorang ada panel bank iaitu Ambank, rate utk housing Loan adalah 4.00 %..
Memang murah sangat compare dengan bank lain..


Tapi kes sy ni lain sikit sebab rumah yang sy beli tu adalah rumah lelong..
Dan bank yang melelong adalah Maybank..
Atas nasihat peguam sy, dia advice utk proceed dengan maybank jer sebab tempoh utk settle semua jual beli hartanah lelong cuma 3 bulan, so lawyer takut tak sempat..


Sebab sy takde choice, sy follow jerlah advice lawyer tu..takde experience kan..
Terpaksa ambik Maybank Islamic, rate adalah 4.55%..
Banyak kan beza 4% dengan 4.55% tu..


Tapi nak buat cemana..
Redha jelah..


Proses nak submit application semua tu sekejap jer tapi kes sy ni ambik masa yang lama.
Kesilapan terbesarnya adalah rumah lelong tu dekat Bentong tp Lawyer kat Shah Alam dan bank yang process tu pon kat Shah Alam jugak.


Dalam agreement yg dia bagi kat sy dinyatakan caj penilai oleh bank tapi yang sy sakit hati sebenarnya bank tak pegi pon.
Dahla cas sampai RM1K..kurang asam punyer Maybank..
Sy tak halal duit sy.
Dahlah hantar agreement last minute terus suruh sy sign semua, dengan alasan dah suntuk masa.
So sy pon sign jer then bila sy review balik ntahapa2 caj dia masukkan..
Stress...


So, buatlah pilihan dengan bijak.
Better pilih lawyer dekat area rumah yang dibeli tu jer sebab nanti macam2 kos kita kene caj.
Macam lawyer sy pon dia caj RM1K hanya untuk urusan submit document dr Shah Alam ke Kuantan..
Sakit hati kan..


Sekarang, rumah tengah renovate..
Seronok sangat..
Tak sabar nak pindah rumah baru..
Nanti sy update tentang renovation pulak ek..


Sekian..
Bye..




2 comments:

  1. Yana,boleh saya dapatkan email.saya ingin bertanya berkenaan rumah lelong

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi axeru, my email is mamaqayyum@gmail.com
      tq

      Delete