Pages

Monday, September 15, 2014

Rumahku Syurgaku Part1 - Rumah Lelong


Assalam..

Semua orang mempunyai impian untuk ada rumah sendiri kan.
Tapi....harga rumah sangatlah tak masuk akal sekarang ni..
Lagi2 kat KL, stakat 300K tu dapat apartment jer..
Dengan gaji yang tak seberapa ni memang tak mampu nak beli rumah dengan harga yang mengila mahal tu..
Sy secara agresif start cari rumah adalah dari awal tahun hari tu.
Sy dah set in mind, kalau boleh nak dapat rumah dalam tahun ni jugak..

Fikir punya fikir, sy dengan kereta standard setuju untuk beli jer rumah dekat Bentong tu.
Sy pon dah tak kisah nak berulang alik kerja Bentong-KL dah..manalah tahu nanti kalau ada rezeki kot dapat tukar dekat (berangan jelah)..manalah tahu nanti kan..

Kitorang dah survey banyak kawasan rumah..
Yang new develope semua dah sold out. Ada rumah baru yang beli atas owner/agen tapi harga GILER MAHAL..tak sanggup nak dengar harga rumah dengan rumah yang macam tu..
Rumah baru atas ejen, rumah teres 2 tingkat, lot tengah jual dengan harga RM380K, yang end lot pulak rumah setingkat RM410K..
Ish ish iskh...tak mampu ler nak beli.
Semua pon 300K ke atas memanjang..
Kitorang pegi tengok rumah yang nak jual atas owner pon sama, mahal, lepas tu tak bekenan lah..

Ada satu kawasan rumah baru tu pon sy rasa harga rumah tak masuk akal.
Lease hold, luas 16x60 jual RM261 harga bumi..
Pon sy rasa mahal giler..
16X60 tu kecik sgt, muat 1 kereta jer..
Kalau semua mahal maka kesudahannya memang tak beli la kan.
Cari punyer cari memang xjumpa la harga rumah yang murah.

Letihla jugak cari rumah ni sebab kat Bentong tu tak banyak rumah baru yang naik.
Kalau ada pon awal2 lagi orang cina dah book. kadang2 sy rasa memang unfair kan..
Tapi cina kat Bentong tu mesti kaya giler sy rasa, beli rumah banyak2..

Nak dijadikan cerita, kereta standard dapat tahu ada satu rumah nak lelong.
Rumah teres 2 tingkat yang dah siap renovation dengan cantik.
Reserve price RM220K..haa, murah banyakkan compare dengan harga rumah dari survey2 yang lepas.
Sebab, sy punyer budget pon dalam RM250K jelah..
Bukan apa takut loan tak lepas satu hal,  commitment tiap2 bulan tu pon dah satu hal jugak..


Kereta standard pon cari info pasal rumah tu, tp kebetulan kawan office dia pon berminat jugak..
Ahh, dah sudah..cemane yer..
Tapi sy cakap senang jer kat kereta standard. kalau ada rezeki kita dapat, kalau tak memang bukan rezeki la..


Tapi kesudahannya senyap jer..
Tapi dalam masa yang sama tu, masih lagi berusaha untuk cari rumah lain..


Last sekali rumah yang kitorang pegi tengok adalah rumah teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik air, end lot tapi ada tanah sikit tapi tanah tu macam serong 45 darjah. owner nak jual RM230K. Owner dia cikgu, tgh buat rumah baru, tu yang nak jual rumah yang skrg dia sewakan..
Kawasan rumah tu memang area melayu, ok tapi sy rasa pon mahal sbb saiz standard jer without no renovation..nego minta kurang memang tak dapatla, siap mention tu dah murah ikut harga semasa..
Lepas dua tiga hari kitorang bagi tau taknak beli..


Kereta standard pon demand jugak, nak rumah 2 tingkat jer..
Rumah setingkat semua xnak..
Sy ni tak kisah pon tp sy lebih prefer rumah setingkat jer..
Sebab nanti dah tua2 mesti tak larat dah nak naik atas tu..
Nak kemas rumah besar2 pon dah sekian jugak..
Tapi tak kisahla mana2 pon yang paling penting ada rumah..


Kebetulan satu hari tu masa sy google ada satu rumah nak lelong.
Wauu, google internet jer pon dah dapat macam2 info..
Kawasan tu memang ok, dekat dengan bandar. lagipon sebelum tu memang kitorang dah pusing tawaf dekat 20 kali nak cari rumah kat kawasan tu..
Harga owner nak jual rata2 dalam RM300K++.


Tapi website tu adalah website berbayar, kalau nak dapatkan detail info of cos kene la bayar.
Discuss dengan kereta standard lepas tu dia kata kita try jer.
Lepas call dan tanya apa yg patut, sy pon transfer RM100 untuk dapatkan POS (Proclamation Of Sales).
Petang tu jugak terus dapat POS via email. Efisyen dan pantas.


Selain dokumen POS, ada disertakan syarat2 jualan, lokasi property, site plan, sketch building floor plan dan maklumat property yang nak dilelong tu.
Reserve price..jeng jeng jeng...RM240K, pada sy murahla kalau boleh dapat reserve price tu.
Masa call website berbayar tu, sy siap tanya ada orang lain yang berminat tak dengan property ni.
And agen tu kata takde..jadi hati telah berbunga2 la jugak..


Tapi yang masa dapat POS ni pon ada issue jugak, dalam website tu kata lelong reserve price RM200K tapi bila dalam document POS dah jadi 240K pulak..
Diorang confirm harga ikut POS..
Takpela, masih within the budget kalau dapatla..


Tapi untuk beli rumah lelong ni, sy kene prepare bank draft 10% dari harga rumah.
Sy ada masa dalam dua minggu sebelum tarikh lelongan utk setelkan bank draft.


Nak buat bank draft tu agak syahdu jugakla..
Sebab apa, kene keluarkan semua duit saving..
Memang keluar habislah duit dalam tabung haji, asb semua. lepas tu menung jer tengok balance buku bank..haha
Tapi demi sebuah rumah, sy relakan jelah..


Sy siap apply cuti untuk settlekan semua urusan duit2 tu..
Tapi masa tu sy silap perkiraan. bila nak keluarkan duit terutama dalam tabung haji, rupanya sehari cuma boleh keluar maksmum 10K jer..
Masa tu dah menggelabah, alamak, cemana ni..dalam asb ada sekian duit jer, lepas tu dalam bank tak tau cukup ke tak..
Takper, tawakal jelah, semoga Allah mudahkan..
Alhamdulillah, sekejap jer dah settle.
Untuk bank draft, kene charge RM5.


Dah settle semua, just tunggu hari lelongan jer..
Fuhh, memang berdebar2, maklumlah kan ni first experience nak beli rumah, lepas tu beli rumah lelong plak tu..


Ok, nanti sy sambung cerita pada hari auction dijalankan..
Sy bagi hint sket..ada banyak adengan sakit hati..
Berjaya ke tak sy bid ek..
Nanti kalo rajin sy update..

Kat sini sy just nak share experience sy beli rumah jer bukannyer nak menunjuk2 pon sy dapat beli rumah dengan harga tu..just nak share jer..
Utk beli rumah lelong ni, sy dah invest:-

1. POS (Proclamation Of Sales) - RM100
2. 10% Bank Draft dr harga rumah RM240K - RM24K
3. Bank dratf charge - RM5

Total RM24,105.00


Terima kasih sudi baca..
Sekian.


3 comments:

  1. Salam
    Awak beli POS tu kat laman mane ek?
    Boleh bagi no.phone tak?
    Saya berminat nak beli rumah lelong juga

    ReplyDelete