Pages

Tuesday, September 23, 2014

BBQ Chicken @ Kerinchi


Assalam,


Dah lama takde entry makan2 kat luar kan kat blog ni..
Kitorang kat office tu semuanyer busy memanjang, sy jer yang buat2 tak berapa nak busy sangat..
So kalau nak keluar makan lama sikit memang kene tunggu hari Jumaat..
Kalau tak memang xder geng nak makan kat luar selain makan kat office..haha


So hari Jumaat dua minggu lepas tu kitorang pon try la makan kat restoren BBQ Chicken ni..
Kalau nak tau sy memang hari2 pagi petang lalu depan restoren ni sebab kan sy naik LRT..
Lokasi dia betul2 kat bawah stesen Kerinci tu..
Walaupon restoren ni dalam 2-3 bulan dah buka tp baru ni la nak try makan kat sini.


Tapi lunch hour selalu full..
Samada kene datang awal atau datang lewat sikit...
Masa ni kitorang datang lewat tapi still kene tunggu sebab semua meja full..
Beraturla tungu dalam 10 minit baru dapat seat..

Kadang2 behaviour rakyat Malaysia ni, walaupon dah habis makan tapi diorang ni suka sangat bersembang, bersembang dan bersembang..
Yang kita ni dahla lapar, berdiri nak kene tunggu lama pulak tu..
Yang diorang selamba jer buat bodoh taknak bangun2..
Padahal dah nampak dah kita ni berdiri betul2 sebelah meja dia..
Ingatkan nak bangun rupanya tak, siap pandang2 lepas tu buat bodoh jer..
Hei, memang menyirap betulla..


Sambil beratur tu ambik order siap2..
So nanti kalau dapat table terus makanan sampaila kan konon2nyer..


Nasi dengan ayam ni macam signature dish kat sini la..
Menu ni nama dia Jerk BBQ..


Kitorang berlima..dari kiri K.Syida, K.Wani, K.Zati dengan K.Syikin..
Geng lunch sy..Haha..sy kawan semua dengan kakak2 senior tau..


Dah dapat table, tunggu sekejap then makanan pon sampai..
Yang ni K.Zati punyer..
Mushroom sup harga RM12++..


Besar dan rasa pon sedap jugak..
Memang kenyang giler walaupon makan ni jer sebab roti macam mangkuk tu besar so sup pon boleh tahan banyak jugak..


K.Syikin pon makan sama, musroom sup jugak..
K.Syikin ni jiran sebelah sy, dan dia dah selamat ke tanah suci untuk mengerjakan haji
Semoga selamat pergi dan selamat kembali..aminn..


K.Syida makan pasta..
Yang ni pon dalam roti jugak..
Tapi pasta ni cabonara rasanya tapi version sejuk punyer..
Macam tak sesuai plak hidang dalam roti tu sebab jadi banyak..
Lagipon mana ada orang makan roti dengan pasta kan..



Presentation macam best je kan..
Tapi rasa biasa2 jer..


K.Wani order ni..
Apa nama dia ntah dah lupa..
Kitorang yang lain2 semua pon sibuk2 rasa..ayam tu macam rasa barbeque, pedas2 manis sket..
Bolehla, nod bad jugak rasa dia..



Sy pulak order ni, spagetti apa ntah..
Tapi yang ni set lunch dengan air RM15.90 nett..


Jemput makan semua..
Makan kat sini ok jugak, not badla..
Adalah dua kali lepas tu kitorang nak makan kat sini semula kengkonon nak repeat makan mushroom sup tu tapi semua tempat pon full siap beratur panjang lagi..
Kesudahannya makanla kat tempat lain sbb dah malas nak tunggu beratur bagai..


Ada banyak lagi tempat2 makan yang menarik sy dah try so nanti sy update one by one..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



No comments:

Post a Comment