Pages

Friday, January 3, 2014

2014 & Loss Weight Mission...


Bismillah..


Alhamdulillah, syukur ke hadratNYA kerana diberikan peluang untuk bernafas dan kesihatan yang baik untuk menempuh tahun baru 2014..


Bila mula jer tahun baru semua orang akan start berazam kan..
Sy pon sama..hehe
Sy rasa tahun 2014 ni akan menjadi permulaan yang baik dan positif dalam kehidupan sy..


Misi sy yang pertama adalah untuk loss weight..
Sy aim "MISI 50KG" akan berjaya tahun ni.. 
Inshaallah..


Setakat ni progress utk loss weight sangatlah slow dan lemah selemah2nya..hadoii..
Tapi takpe, sy harap dengan keazaman yang tinggi semoga sy berjaya nnt..


Jom tengok progress sy:-

May 2013 (sehari sebelum bersalin) - 82 kg
Julai 2013 (raya) - 68 kg
August 2013 (masuk kerja time hujung bulan) - 66 kg
November 2013 - 58 kg
* nampak macam banyak turun je kan, tapi yang sebenarnya tak banyak sgt pon..ambik masa 3 bulan pulak tu..sedih ok..

Disember 2013 / Jan 2014 - 60 kg..
* tetiba naik pulak..what the ****...
Sangat stress ni sbb nampak semula angka 6 tuh..


Meh sy share cara sy menurunkan berat badan selama ni, tapi tak digalakkan sangatla kalau nak follow sebab im not the expert..


1. Puasa direct seminggu, then sambung 2 minggu..
Sahur maxsure kene makan sikit at least roti ataupun kurma..
Buka puasa pulak berpada2 la..nak kuruskan, jadi makan ala kadar jer..

2. Minum air kosong 2 - 3 liter sehari..
This is really work baby..
Minum banyak air of cos kita akan banyak kali kencing..yang ni jer macam leceh sket..

3. Tak masak kat rumah
Sy masak weekend sahaja yer..and since kereta standard pon on diet so dia pon ok..
Tapi selang dua minggu kitorang akan balik kampung, yang ni la yang menyebabkan diet ku hancur..
Yelah kan mak dah masak sedap2 takkan nak makan sikit jer, kecik pulak hati orang tua tu nanti kan..

4.  Tiada senaman
Hahaha..sepatutnya kene balance bersenam dengan diet kalau nak lagi cepat kurus..

5. Kira pengambilan kalori
Yang ni kita kene kira BMI..lepas tu dapatla berapa pengambilan kalori sehari..
So kalau nak kurus sy akan pastikan makan kurang dr jumlah kalori tu..
Contohnya jumlah kalori sy sehari 1200, so in order to loss weight sy cuma akan ambil 800 kalori sahaja..
 

 
Satu jer perkara kalau nak kurus, KENE KENTAL & BERDISIPLIN..
Tapi sy pon selalu terbabas..tak tahan godaan kot..
Dan sy dah stop bf baby atas sebab2 yang tak dpt dielakkan, tu yang agak liat lemak2 tu nak terhapus tu..


Tapi takpe, nanti kalau berjaya sy akan update semula..


Selamat tahun baru 2014!!






No comments:

Post a Comment