Pages

Thursday, January 23, 2014

No Resepi : Chocolate Brownies



Assalamualaikum..


Sebenarnya masa first time buat brownies..kek sy hangus terbakar..
Kali kedua kali buat brownies pon hampir hangus..
Sebabnya salah set oven lagi dan sebab paling UTAMA adalah TINGGALKAN oven tu..
Lagipon masa tu oven baru beli, baru nak rasmi..tak sangka rentung plak..
Hehehe, padanla muka kan..
Masa tu sy gna brownies nona yang dalam kotak tu..


Kali ni sy nekad nak buat lagi brownies, tapi nak try resepi yang kat internet..
Brownies nona tu pada sy sangat sedap, chewy tapi manis sangat..
So sy pon google resepi brownies yg simple2 kat internet..

Walaupon rupanya tak secantik brownies orang lain tapi rasanya oklah..
Tapi sy macam tak puas hati sangat dengan rupa brownies ni sebab tak dapat yg ada crack kat atas tu..
Dan sy jugak tak dapat rupa brownies yang rata..resepi yang ni ada letak baking powder, nanti nak kene try resepi yang tak payah letak baking powder pulak la..




Resepi google jer kat internet
Tapi sy pon dah lupa sy ambik kat mana sebab dah lama sebenarnya entry ni kat dalam draf..
Gambar plak dah upload siap2, tinggal nak buat karangan jer..
Tapi resepi lupa la pulak..
Layan jelah gambar ekk..




1. Double-boil kan coklat dengan butter sehingga sebati




2. Lepas tu masukkan gula, sepatutnya masukkan caster sugar/gula aising sebab senang nak cair..
Kalau gula kasar biasa tu berketul2 dan lambat sikit nak cair macam sy punyer..
Lepas tu sejukkan..




3. Telur dengan vanilla essence, pukul manja2 sampai sebati..




4. Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur




5. Masukkan bahan kering iaitu tepung, serbuk koko, baking powder & garam..ayak dulu tau..
Kacau sebati dan masukkan dalam loyang..sebelum tu panaskan oven dulu..



6.  Bakar suhu 160 degree selama 40 - 50 minit..


Sila jangan tanya resepi sebab sy dah lupa sy ambik resepi kat mana..
Setiap kali nak try buat kek, sy suka try resepi yang lain..
Lepas tu gula tu memang sy kurangkan separuh..


Tapi yang ni hasil dia macam kek coklat jer..
Tak macam brownies sangat..
Sampaila satu tahap sy dah frust tau nak buat brownies..
Kesudahannya sy guna jer yang Nona tu..
Hahaha..memang sedap & terbaik..


Kat rumah ada lagi sekotak, tengah fikir2 ni bilalah masa yang sesuai nak buat ni..
Hari tu masa gi Mr.DIY sy ada beli acuan baking untuk pai..
Kengkonon nak buat apple pai la kan..tapi entah bila..
Berangan jelah dulu nak buat..tapi masanya biarlah tuhan sahaja yang menentukan..hehe


Thanks for reading..
Assalam..



2 comments:

  1. Assalam sis

    saya ada terbaca pasal eczema anak sis. boleh bgtahu tak crim apa yang anak sis pakai tu? nak dptkan kat mana sbb anak sy pon ada rashes gitu. kalau boleh contact saya di 016
    -6215337 (Siti) ye...terima kasih

    ReplyDelete
  2. tak pablajar dri kesilapan kan..
    janji siap dan boleh makan..

    ReplyDelete