Pages

Wednesday, September 11, 2013

Wedding Iza & Ary @ Kuantan


Assalamualaikum..


Sekarang mood menaip ala2 malas la..kenapa ek..
Ada banyak story tau nak cerita tapi tulah..
Kene makan vitamin agaknya nak kasi bertenaga dan bersemangat nih..hehe


Jom jelah layan cerita wedding 31 Ogos 2013 yang lepas ni yer..
Sebelum tu tepek dulu gambar raja sehari pada hari itu..




Wahh, homei2 nyer ko Iza..
Ni adalah nasi minyak yang di nanti2 oleh ramai orang terutama staff  CMU Selangor..muahaha..
Apa2 pun, tahniah & selamat pengantin baru..




Sy sampai rumah pengantin lebih kurang pukul 2 petang..
Lambat sikit gerak sebab hari yang sama tu ada kenduri kawin sepupu kereta standard so kitorang pegi singgah sana dulu..
Disebabkan memang gerak dr Temerloh so kereta standard pon drive dengan kelajuan bersiar2  jer dan dengan berhemah..xde rushing pon..
So kitorang sampai ni sedang elok jer, tak ramai sangat tetamu sebab ramai yang dah balik..hehe
Pengantin pon dah lepas makan beradap dan tgh ambik2 gambar kat pelamin..


Kereta standard park kereta dekat dengan padang..
Keluar jer kereta si budak Qayyum ni terus berlari nak gi main buaian kat padang tu..
Hoii anak, kita nak makan kenduri ni..takde makna nak main buai tengah2 panas terik ni..
Pujuk elok2 ajak tengok kakak cantik dulu lepas tu baru kita main buai..
Nasib baik nak dengar kata..kalau mengamuk berguling2 kat sini memang haru..
Baby masuk dalam carrier dan kene bawa payung sebab cuaca panas..




Sampai2 jer Qayyum terus meluru ke arah pasir kat tepi khemah pengantin tu..
Adoii budak ni kan buat sy geram jer..
Pantang nampak pasir dengan batu mesti nak main..
Terpaksala dukung jgn kasi dia berlari kesana kemari..
Anak baru dua ni dah huru hara..


Wahh pengantin cantik sangat..
Tema wedding macam dalam garden jer..
Sy gi letak sendiri hadiah dekat khemah depan tu sebab xder orang sambut pon..
Lagipon kang nak lari2 kejar Qayyum susah pulak..
Lepas tu jumpa pengantin sekejap, sembang seminit dua then terus makan..




Budak2 ni tengah nyanyi lagu nasyid..
Lagu apa..tak pulak sy memberi perhatian..
Masa ni tengah lapar giler sebab masa kenduri sebelah pagi taknak makan..
Siap pesan kat kereta standard 'awak pon tak payah makan, nanti kita makan kat kenduri Iza tau'
Kereta standard pon layankan jer..haha..




Ada meja kosong kat depan sy terus jer duduk..
Ni meja makan tetamu makan beradap tapi dah lepas jadi kita boleh duduk sini..
Haa tengok tu pinggan dah macam kebulur sangat kan..
Lauk kenduri dia sedap cuma daging tu liat sikit..


Qayyum pulak kasi nasi dengan ayam goreng baru senyap..
Suruh dia suap sendiri..nasib baik makan, lapar agaknya tak makan2 dari pagi..
Sy kene makan dulu sementara kereta standard pegang baby..




Masa tengah sedap makan tu, Kak Ida pon datang tegur..
Dia dah sampai lagi awal..
K.Ida ni dulu office-mate sy, lepas tu dia naik pangkat dapat pindah tempat lain..
Nasib baik ada kawan nak sembang2..




Untuk desert pulak ada buah dan cendol, kereta standard kata sedap gila cendol mamak lori tu..
Sy pon makan juga semangkuk..
Ada candy buffet jugak tapi sy tak pegi ambik pon sebab K.Ida dah gi ambik..
Jamah2 sikit yang dia punyer jer..




Lepas tu sesi bergambar dengan pengantin..
Lama giler nak tunggu turn ambik gambar kat pelamin ni..
Ada jer orang datang nak bersembang2 dengan pengantin..


Dah posing2 kat pelamin baru perasan pengantin lelaki xder rupanya sebab masa ni dia tengah bersembang dengan kawan dia kot..
Sy ni dah la nak cepat..
Tengok Qayyum tu, menggelupor nak turun main payung tu..
Terpaksa pegang sebab masa ni dia tengah meronta2..haisshh..





Ambik candid jelah gambar pengantin lelaki..
Yang penting ada gambar sebab karang nak tunjuk pada kawan2 office yang tak pegi tu..
Nanti mesti diorang tanya punyer..


Terjawap sudah persoalan siapa kah suami si Iza ni..
Sy pon tak sempat nak gosip2 dengan dia tapi 2 minggu sebelum tu dia ada sms tanya kad dia dah sampai ke belum..masa tu sy masih cuti belum masuk kerja pon lagi..
Dia kata orang kampung dia jer, Iza ni dah pindah TM Kuantan masa sy cuti bersalin hari tu..katanya nak jaga mak dia sambil tu jaga suami la..hehe..kelakar la ko Iza..




Sebelum balik ambik gambar dengan pengantin sekali lagi..
Yang baju kelabu tu pengapit dia, Aety..
Lepas ni turn ko la pulak yer Aety..amin..hehe
Salam2 pengantin then terus balik..


Tapi kitorang bukan nak balik rumah lagi..
Ajak kereta standard di jalan ECM Kuantan dulu..lagipon awal lagi nak balik rumah..
Dah datang jauh2 haruslah jalan2 dulu..
No pantai2 kali ni..jalan2 shopping complex sahaja..


K.Ida pulak siap book hotel lagi semata2 nak gi wedding Iza ni..
Lepas tu tak tau kat mana lokasi hotel tu sebab booking online jer..
Tapi hotel budjet jelah..
Kereta standard pon sampai nak sesat2 jalan kat Kuantan ni sebab dah lama tak datang..lagipon banyak jalan dah buat one way..
Akhirnya sampai jugak kat hotel budget tu..kereta standard kata Kuantan tu tempat berak kencing dia jer dulu, malu la kalau sesat..kahkahkah





Sempat lagi tapau kek pengantin Iza..
Kek coklat cheese..
Tamak plak tu siap ambik 2 ketul..haha..
Tapi makan sikit jer..sebelum tu buang krim aising tu siap2..
Cemana nak kurus ni..haishh..





Sampai ECM parking cam penuh jer..
Kereta standard malas nak tunggu terus jer ambik valet parking tu..
Kat ECM kitorang just jalan2 jer..
Memang takde beli apa2 pon..


Last sekali masa nak balik tu kitorang tengok punyerla ramai orang beratur kat Baskin Robbin..
Sy pon sibuk2 kata nak ice cream jugak kat kereta standard..
Rupanya ada 3 days promotion sempena hari merdeka..
Yang mangkuk beso tu dapat 30% diskaun..
Lupa plak nak ambik gambar masa tu..
Kitorang beli satu mangkuk tu RM17++ after less..harga asal RM25++..
Beli pastu makan dalam kereta saja..
Tak singgah mana2 dah terus jer balik...



Sekian,
Terima kasih sudi baca..



2 comments:

  1. laaa..pengantin lelaki tu schoolmate masa skolah dulu.kenal sangat.hehe.

    eh.saya dd.kawan reena kasim dengan kereta standard.haha.

    ReplyDelete