Pages

Monday, September 23, 2013

Rombongan Cik Kiah - Langkawi Part 2


Assalamualaikum..



6. Langkawi Cable Car
 Entrance Fee : RM15


Ok, sambungan cerita rombongan cik kiah part 2..
Jam 9 pagi kitorang semua dah sampai kat Langkawi Cable Car ni, bagus sebenarnya datang awal ni untuk mengelakkan orang ramai..
Lagipula, banyak lagi tempat belum pergi..
Jadi haruslah keluar awal2 sikit..




Seperti dijangkakan, memang tak ramai orang lagi kat sini pagi ahad tu..
Ada dua tiga rombongan bebudak sekolah je masa ni..




Ha ni kalau dah ramai sangat orang, bayarla 50 hengget nak potong Q bolehla ambik express lane ni..




Ha tengok kat belakang tu masih kosong lagi..
Tetiba dalam gambar baru perasan shawl sy tu sama pulak belang2 dengan baju Idah..
Hahaha..tapi xder orang tegur pulak..
Agaknya diorang ni buat2 tak perasan kot..




View from cable car ni sangatla cantik..tapi gayat oo..
Tinggi sangat, lagi tinggi dr Genting Cable Car..
Tapi sini sekejap jer dah sampai stesen puncak tu..




Sampai kat atas tu sy tunggu kat dalam jer..
Lagipon kat luar panas, sian kat babby..dahla terlupa nak bawak topi dia..
Kereta standard jer yang bawak Qayyum naik atas ni.. 


Kitorang sekejap jer kat atas..
Masa ni sky bridge tu tutup pulak, under renovation..
Lepas dah boring terus jer turun bawah semula..



Sekali turun bawah..haaa, hambik ko..giler ramai orang..
Nasib baik datang awal..
Ni kalo beratur ni mau 2 jam tunggu baru dapat naik cable car neh..


Sebelum balik, kitorang beli frame Langkawi SkyCab ni untuk kenang2an..
Rege boleh tahan mahal jugakla..
Tapi sy tak faham apakah fungsi no 18 tu..
Tulisan pon tak nampak..




7. Underwater World Langkawi
Entrance Fees : RM18




Entrance fees kalau tak silap RM28 per person..
Tapi kalo gi rombongan kene buat surat dan bolehla dapat rate murah sikit..




Gambar ni tetiba nampak macam sy dah kurus sket kan..hehe, perasaan betul..
Anaz tu biasa la, tido, berjaga sekejap, susu, tido balik...senang sgt nak jaga budak ni, setakat ni la..




Qayyum suka sangat nak letak muka kat patung peguin ni..
Asyik2 suruh angkat..
Kat dalam ni biasa la, ada ikan2, ada peguin dan macam2 lagi..
Budak Qayyum tu macam gi aquaria KLCC jugak, asyik takut jer..
Suh tengok ikan dekat2 pon takut jugak..semua nak takut..entahla budak tu..




Sy tak ambik banyak sgt gambar kat dalam nih..
Sekarang macam tak excited sgt dah nak ambik2 gambar, ambik sikit2 buat syarat sudah...




Sebelum keluar dr underwater world ni kene lalu duty free shop ni dulu..
Haa, bab ni la yang ditunggu2..tebeliak bijik mata sekejap..hehe




Kalau nak beli Daim, kat sini lebih murah dr HIG dan Langkawi Saga..
Memula sy dah kata dgn kereta standard beli jer, tapi ada pulak orang kata jangan beli dulu sebab kejap lagi nak shopping dan boleh dapat lagi murah..
Tapi menyesal sketla tak beli sebab kat HIG daim harga RM16.90 satu, 3 bungkus RM46++..
Kat sini kan baru RM43.90..dah rugi RM3..


Tapi sy rasa price yang diorang offer ni berubah2 ikut season..
Macam Makan Mahsuri tu kalau tak silap entrance fee baru RM5, tapi sebab cuti hari Malaysia dan ramai orang terus diorang up jadi RM7..
Barang2 lain pon sama jugak..




Pepero stick ni antara yang famous jugak..
Harga sama jer dengan kat HIG & Langkawi Saga..
Yang ni kereta standard beli kat sini..
Masuk dalam van terus bukak sebab tak pernah rasa lagi..
Rasa dia sedapla jugak sebab ada kacang2 tu kan..satu kotak besar tu ada 8 kotak kecik dalam dia..
Kat luar tak perasan pulak sy coklat ni ada jual ke tak ntah..



8. Melawat Kedai Coklat


Sebenarnya kitorang nak tengok the real chocolate factory tapi takde rasanya kat Langkawi ni..
So driver van tu bawak kitorang semua datang sini..
Chocofee nama tempat ni..








Macam best tapi sebenarnya biasa2 jer..
Cuma kat sini boleh rasa semua coklat2 yang dijual tu..
Ada satu coklat tu kan perisa cili, rasanya memang pedas betul..ingatkan pedas sikit2 jer..



9. Shopping


Disebabkan tak cukup masa, cuma sempat singgah HIG & Langkawi Saga jer..
Dua2 kedai ni bertentangan jer..
Sebab ada anak kecik, sy pon malas nak jalan2 kedai lain..




Orang penuh sesak kat HIG ni, nak gerak pon susah..
Sy dahla dengan tolak stroller lagi..
Pusing sekali imbas jer tengok2 harga then terus sy gi Saga pulak..




Kat sini pulak xderla seramai macam HIG..
Harga coklat pon sama jer..
Jadi sy dan kereta standard shopping kat sini jer..








Sy frust jugak rege corning dengan correle takde diskaun..
Sy baca kat blog sebelum ni ada diskaun 15%, tapi masa sy pergi ni takde pulak diskaun tu..
Cis betullah..


Nasiblah kan datang time public holiday..
Kalo nak murah datang time bukan cuti ok..
Tapi harga pinggan mangkuk kat Saga ni murah sikit compare HIG..
Lepas tu corning tu kat HIG cuma 3 beradik jer..kat Saga boleh dapat 5 beradik..
Dua tiga kali jugak sy ulang alik HIG dan Saga ni nak compare harga..


Lepas shopping terus balik hotel..
Frust jugak tak pegi Idaman Suri..dah kata rombongan kan, terpaksa follow jelah diorang punya jadual..
Dah tu rombongan office kereta standard pulak tu, takkan sy nak lebih2 pulak kan..hehe


Sebelah malam ada sesi makan2 barbeque & karaoke kat area Pantai Chenang, tapi sy tak ambik gambar pulak..
Tapi sy tak join pon karaoke tu, kitorang gi merayap kat shopping complex..apa nama lupa sudah..
Sempatla melepak minum starbuck tanpa tax..tapi tak boleh lama2 sangat sebab si budak Qayyum tu nak mengamuk jer kerjanya..
Yang sy angin jugak habis camera jatuh terhempas ke lantai dibalingnya..
Dengan air2 sekali pon jatuh jugak..
Sebelum ibu bapa jadi lebih malu baikla balik cepat2 sket..haha



Terima kasih sudi baca,
Sekian..




No comments:

Post a Comment