Pages

Friday, September 6, 2013

UTM Convocation Studio Picture


Assalamualaikum..


Dalam masa sebulan selepas convocation kat Skudai hari tu, dapatlah pos laju gambar2 studio ni..
Tapi masa envelope ni sampai sy tengah cuti berpantang..
Jadi officemate sy yang hantarkan masa diorang datang melawat sy kat hospital.. 




Mula2 tu sy ambik pakej 1 personal potret + 1 family potret = RM55
Lepas tu sy upgrade pakej kepada 1 personal potret + 2 family potret = RM95
Dapat 3 keping gambar 11R + 1 keping gambar size 4R
Takdelah mahal sangat kot..


Memang berjanggut rasa nak menunggu turn no 521..
Pukul 7.30 la lebih kurang rasanya baru sampai turn sy..



Sebenarnya sy dah share gambar2 convocation sy ni kt fb..
Tapi kan, dalam blog pon nak letak jugak..hehe..
Bayangkanlah masa ni tengah pregnant 37 week, memang gemok gedempol la..
Sy berdoa siang malam supaya jgn terbersalin lagi masa ni..
Apap-apa pon biarlah selepas sy convo..alhamdulillah, doa tu termakbul..


Bila tengok balik gambar convo rasa macam speechless, macam2 kesusah payahan terbayang-bayang jer..
Sejak buat part time dekat UTM Space, memang macam xde life sangat sebab every weekend ada kelas..
Hari sabtu kelas start pukul 2 petang, hari ahad pulak start jam 8.30 pagi sampai petang..
Nak gi jalan2 ke, nak gi dating ke semua kene ambik masa sebelah malam..
Lepas tu dr segi kewangan pulak, yuran dia boleh tahan mahal jugak..
Masa first semester tu sy bayar sendiri, tapi lepas tu duit gaji macam tak boleh  nak survive sampai hujung bulan jer sebab masa tu baru beli kereta..so start semester 2 sy keluarkan KWSP akaun 2..dan yang bestnyer boleh claim balik duit yang kita dah bayar sebelum tu..




Gambar ni masa tu kereta standard tengah gemok..
Tengokla perut dia tu, butang baju pon dah macam nak tercabut jer tuh..
Tapi sekarang kereta standard dah kurus sikit..perut boroi pon dah takde hasil dari berdiet..hehe
Qayyum pulak mata dia ntah pandang mana2 ntah..
Tak fotogenik langsung..

4 tahun tu satu tempoh masa yang sangat panjang..
Sy start sambung belajar dari belum kenal kereta standard, start kawan2, tunang dan kawin, dapat Qayyum lepas tu mengandung lagi..
Bayangkan, anak dekat 2 orang baru habis degree..
Sy macam menyesal jugakla sikit sebab tak sambung belajar awal2 lagi..
Tapi orang kata "better late than never" kan..
Alhamdulillah, sy berjaya mengharungi segala cabaran2 yang datang tu..
Terima kasih yang terhingga pada kereta standard sebab bagi support yang tak berbelah bagi..
Sepanjang masa sy ada kelas dia yang tolong jaga baby..kesian..


Insha Allah lepas ni sy memang plan nak sambung master pulak..
Nak sambung belajar ni tak boleh stop lama2 sangat, kene terus jer sebab kang lambat2 dah jadi malas..




Gambar yang ni Qayyum ok sket sebab pandang camera..
Gambar sy pon macam tak macam pregnant sebab xnampak perut..
Kereta satndard pon suka gambar ni sebab xnampak perut boroi dia tu..hehe


Sekian,
Terima kasih sudi baca..

No comments:

Post a Comment