Pages

Tuesday, March 19, 2013

Resepi : Puding Roti Karamel



Assalam..


Last week merajinkan diri utk buat kuih..
Bukannyer apa, ada roti putih dalam peti sejuk..
Kadang-kadang nak makan roti ..
Selalu macam tu, beli roti jer mesti tak habis..



Kali ni google resepi puding roti karamel..
Resepi dan bahan-bahan pon senang jer..
Tapi kene memunggah barangla pulak nak cari steamer..maklumlah, aritu dah kemas2 sumbat dalam almari..
Ni nak guna, terpaksalah keluarkan semula..
Lagipon dah lama tak gunakan pengukus ni..
Last sekali masa buat apam polkadot utk jamuan raya tahun lepas..
Lama giler kan..



Resepi : Puding Roti Karamel

Bahan A : Karamel
 
3 sudu besar gula 
(sy masukkan terus dalam loyang dan panaskan atas api..guna api perlahan..dah agak2 perang dan gula cair sepenuhnya terus matikan api..yang ni sy tak tambah air pon..resepi asal letak sesudu air..)


Bahan B : Puding Roti
 
4 keping roti (sy masukkan 6 keping sebab roti yang tinggal tu ada 6 keping jer)
4 biji telur
1 cawan susu cair (sy maukkan 1 tin susu cair, dan tak perlu masukkan air suam)
1 cawan air suam (sy skip sbb dah letak banyak susu cair)
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecik esen vanila


# Belender jer semua bahan, buangkan buih2 batter dan terus tuang dalam loyang..




Senang sangat kan nak buat puding roti karamel ni..
Sy lebih suka puding roti ni berbanding yang guna telur sepenuhnya sebab kalau puding karamel biasa kene guna banyak telur..tu yang tak tahan tu..
Lagipon puding ni teksturnya lebih padat..




Kukus selama 40 minit..mula2 sy guna maxsimum tapi lepas tu tengok macam nak melimpah keluar jer puding tu terusla perlahankan api pengukus kepada sederhana sahaja..
Sy buat puding ni waktu malam, jadi lepas sejuk jer terus masukkan dalam peti ais..




Sy sampai rumah dalam pukul 7 petang, terus teringat puding roti yang masuk dalam peti pagi tadi..
Terus terbalikkan letak dalam pinggan..
Alaaa, tapi cacat sikitla puding roti sy sebab dah biarkan semalaman dalam peti..
Tak cun sangatla..tapi belasah jerlah..yang penting jadi dan sedap..hehe
 



Nyum2..sedap..
Tambah pulak dah sejuk, lagilah sedap berganda2...
Silalah mencuba yer..


Sekian, dari dapur mama Qayyum..
Terima kasih sudi baca..


2 comments:

  1. Replies
    1. Haah cik viva, tp puding ni cam terkeras sket..terlebih roti kot..hehe

      Delete